Tawaran Perantauan CelcomDigi Postpaid 5G / CelcomDigi ONE (Johor): Perantauan Tanpa Had Percuma di Singapura selama 12 Bulan
Modified on Fri, 20 Sep at 10:00 AM
1.Siapakah yang layak untuk Perantauan Tanpa Had Percuma di Singapura ini?
Semua pelanggan baharu CelcomDigi Postpaid 5G & CelcomDigi ONE yang mendaftar pelan tersenarai di bawah di mana-mana CelcomDigi Store, Celcom Bluecube, Celcom Certified Partner stores, Digi Store, Digi Store Express, atau pengedar Celcom atau Digi di negeri Johor bermula 20 September 2024 akan layak untuk tawaran ini.
Berikut adalah pelan CelcomDigi Postpaid 5G & CelcomDigi ONE yang layak:
- CelcomDigi Postpaid 5G 80
- CelcomDigi Postpaid 5G 100
- CelcomDigi Postpaid 5G 120
- CelcomDigi Postpaid 5G 140
- CelcomDigi Postpaid 5G 160
- CelcomDigi ONE Lite
- CelcomDigi ONE Pro
- CelcomDigi ONE Ultra
Nota: Pelanggan CelcomDigi sedia ada yang menukar pelan mereka kepada pelan CelcomDigi Postpaid 5G / CelcomDigi ONE yang tersenarai di atas tidak akan layak untuk tawaran ini.
2. Bagaimanakah saya akan mendapat tawaran ini?
Anda akan menerima tawaran ini sebaik sahaja talian anda berjaya diaktifkan. Tawaran ini sah selama 12 bulan.
3. Adakah tawaran ini disertakan dengan kontrak?
Tidak, setelah anda mendapat tawaran ini, anda akan terus menikmatinya selama 12 bulan.
4. Adakah terdapat dasar penggunaan yang adil (FUP) pada perantauan tanpa had?
Ya, terdapat FUP harian sebanyak 2GB pada kuota perantauan tanpa had. Sebaik sahaja 2GB digunakan sepenuhnya, kelajuan anda akan dikurangkan kepada 1Mbps.
5. Apakah yang akan berlaku jika saya membeli pas perantauan apabila saya pergi merantau di Singapura?
Kuota daripada pas perantauan yang anda beli akan digunakan terlebih dahulu. Setelah kuota pas perantauan telah digunakan sepenuhnya, ia akan bertukar kepada kuota Perantauan Tanpa Had Percuma.
6. Apakah yang akan berlaku kepada tawaran jika saya menukar pelan saya?
Jika anda menaik taraf kepada pelan dengan bayaran bulanan yang lebih tinggi, tawaran ini akan diteruskan. Jika anda menurun taraf kepada pelan dengan bayaran bulanan yang lebih rendah, tawaran ini akan diberhentikan.
7. Adakah saya akan kehilangan tawaran jika saya daftar untuk kontrak?
Tidak, anda akan terus menikmati tawaran ini untuk tempoh baki 12 bulan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article