Soalan Lazim: Kempen Pra-Tempah Siri OPPO Find X10

Modified on Thu, 22 Oct at 6:30 PM

1. Bilakah tempoh kempen pra-tempah? 
Pra-tempahan siri OPPO Find X10 akan tersedia bermula jam 3:00 petang pada 22 Oktober 2026 sehingga 11:59 malam pada 29 Oktober 2026 melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.


2. Apakah kelebihan mendaftar semasa tempoh pra-tempah?

Siri OPPO Find X10 boleh dipra-tempah dengan kontrak pembiayaan peranti Easy360 bermula dari pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas.


Pra-tempahan dengan pelan CelcomDigi Postpaid terpilih layak menikmati tawaran eksklusif seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, selagi stok masih ada. Warna bagi hadiah promosi adalah tertakluk kepada ketersediaan dan akan diperuntukkan secara rawak. CelcomDigi berhak untuk menggantikan atau menukar hadiah promosi tanpa notis awal.

Model Peranti yang Layak
OPPO Find X10 5G (512GB)
OPPO Find X10 Pro Max 5G (512GB)
Pelan yang Layak
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 2026
  • CelcomDigi Postpaid 5G 190 2026
  • CelcomDigi One Pro 2026
  • CelcomDigi One Ultra 2026
Pakej Tawaran yang Layak
  1. Kotak Hadiah Pelancaran (RM299)
  2. OPPO Enco Air 5 (RM249)
  1. OPPO Pad SE 4 (RM949)
  2. Kotak Hadiah Pelancaran (RM299)
  3. OPPO Enco Air 5 (RM249)
Keistimewaan Digital Aplikasi My OPPO
  1. RM400 – Baucar X10 Series Hasselblad Teleconverter Kit
  2. RM30 – Baucar Diskaun Screen Protector
  3. RM200 Baucar IoT x 3
  4. Keistimewaan Masterclass OPPO bernilai RM1,194 

Baca My OPP App x OPPO Find X10 Series Exclusive Privileges Terms and Conditions untuk maklumat lanjut.

 

3. Bagaimanakah cara untuk membuat pra-tempahan?

  • Langkah 1: Log masuk ke laman web CelcomDigi
  • Langkah 2: Pilih peranti, pelan, dan tawaran yang berkenaan
  • Langkah 3: Teruskan untuk membuat pembayaran. Bayaran pendahuluan mungkin diperlukan.


4. Siapakah yang layak untuk kempen ini? 

Kempen ini terbuka kepada:

  • Pelanggan sedia ada CelcomDigi Postpaid tanpa kontrak aktif dan/atau sekatan panggilan atau sekatan akaun. 
  • Pelanggan baharu, termasuk pendaftaran talian baharu, port-in dan pertukaran dari prabayar ke pascabayar.


5. Apakah pilihan penghantaran yang tersedia untuk pra-tempahan dalam talian?

Hanya penghantaran ke rumah tersedia semasa tempoh pra-tempah.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article