Ganjaran Hari Jadi

Modified on Thu, 12 Sep at 9:20 AM

1. Bilakah promosi Ganjaran Hari Jadi ini akan bermula?
Promosi Ganjaran Hari Jadi akan bermula pada Januari 2024 dan akan berterusan sehingga notis selanjutnya.

2. Siapakah yang layak menebus Ganjaran Hari Jadi 2GB?
Untuk layak menebus Ganjaran Hari Jadi 2GB, anda perlu memiliki talian aktif.

3. Hari jadi saya pada bulan Januari; bila saya boleh mula menebus Ganjaran Hari Jadi 2GB?
Anda boleh mula menebus Ganjaran Hari Jadi 2GB dari 1 Januari hingga 31 Januari.

4. Berapa lamakah tempoh sah data Ganjaran Hari Jadi 2GB ini?
Data Ganjaran Hari Jadi 2GB ini akan sah selama 10 hari. Tempoh sah 10 hari ini melampaui kitaran bil dan hari terakhir bulan kelahiran anda.

6. Adakah data Ganjaran Hari Jadi 2GB atau data asas saya yang akan digunakan terlebih dahulu?
Data Ganjaran Hari Jadi 2GB anda akan digunakan terlebih dahulu sebelum data asas anda.

7. Saya mempunyai 5 talian dalam akaun saya; bolehkah saya menebusnya untuk kesemua 5 talian?
Anda boleh memilih untuk menebus Ganjaran Hari Jadi 2GB hanya untuk satu talian aktif dalam akaun anda.

8. Bagaimana untuk menebus Ganjaran Hari Jadi 2GB?
Ikuti langkah-langkah ini untuk menebus Ganjaran Hari Jadi 2GB:  

Langkah 1: Klik ikon 'Tebus Ganjaran' dalam tab 'Utama' anda.  

Langkah 2: Skrol ke 'Ganjaran Hari Jadi' dan klik 'Tebus Ganjaran". 

Langkah 3: Sahkan dan nikmati! 


9. Kini bulan kelahiran saya dan saya memenuhi semua kriteria kelayakan, namun butang 'Tebus Ganjaran' tidak boleh diklik. Apa yang patut saya lakukan? 

Sila hubungi pasukan hidmat pelanggan kami supaya kami dapat memeriksa dan membantu anda. 


10. Bagaimana cara untuk saya menyemak sama ada Ganjaran Hari Jadi 2GB telah ditambah ke pelan saya? 

Setelah Ganjaran Hari Jadi ditambah, anda boleh melihatnya di 'Pelan Saya' dalam tab 'Utama'. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article