Renew Anytime

Modified on Thu, 12 Sep at 9:20 AM

1. Apa itu Renew Anytime? 

Renew Anytime membolehkan pengguna untuk memperbaharui pelan Asas mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja tanpa perlu menunggu penghujung kitaran 30 hari. Namun, kesemua baki yang tinggal tidak akan dibawa ke hadapan dan akan diganti. Wang tidak akan dikembalikan untuk pelan yang terdahulu.  


2. Bagaimana cara untuk saya guna Renew Anytime? 

  1. Klik ‘Tukar Pelan’ pada paparan utama aplikasi Formerly anda 
  2. Ubah suai pelan yang anda mahukan 
  3. Sahkan pelan yang anda telah ubah suai 
  4. Selepas pengesahan, anda akan diberi pilihan untuk 'Tukar pelan sekarang' atau 'Tukar pelan dalam # hari' (# adalah jumlah hari yang masih tinggal untuk pelan yang sedia ada). 
  5. Jika anda pilih untuk memperbaharui sekarang, anda perlu bersetuju untuk membatalkan Data/Panggilan/SMS anda. 


3. Boleh saya pindahkan Data/Panggilan/SMS dari pelan sebelum ini semasa pembaharuan pelan? 

Kesemua baki Data/Panggilan/SMS yang masih ada pada pelan terdahulu akan terbatal semasa anda memperbaharui pelan anda. Ini termasuk Add-On percuma yang anda tebus melalui Ganjaran, bonus pengaktifan, dan Power Pass. Hanya Pas Roaming dan minit IDD anda yang akan kekal kerana ia mempunyai tarikh luput tersendiri. 


4. Pelan saya akan diperbaharui secara automatik sebelum bermulanya kempen ini. Adakah saya layak untuk sertai kempen jika saya memperbaharui pelan sejurus selepas kempen bermula? 

Ya, sudah tentu. Dengan Renew Anytime, anda boleh melanggan pelan Asas pada bila-bila masa, walaupun anda baru sahaja memperbaharuinya. 


5. Berapa lama tempoh sah Pelan Data Asas dengan fungsi baru ini? 

Ia masih 30 hari. Apa yang berubah adalah anda kini mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk memperbaharui/melanggan semula Pelan Data Asas baru pada bila-bila masa yang anda mahukan. 


6. Apa akan jadi kepada Booster yang saya beli semalam jika saya mahu memperbaharui pelan saya sekarang? 

Ia tidak akan dibawa ke hadapan dan akan dibatalkan. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article