Pelan Unlimited

Modified on Thu, 12 Sep at 9:59 AM

1. Apa itu pelan Unlimited? 

Ia adalah pelan boleh diubah suai yang menawarkan Data tanpa had! Ia juga menawarkan yang berikut secara PERCUMA: 

  • 100 Minit Panggilan 
  • Hotspot 6GB 
  • 20GB PUBG (Berkelajuan Tinggi) 
  • Data Roaming 2GB 


Tetapi seperti biasa, anda boleh ubai suai pelan sendiri mengikut citarasa sendiri. Luncur di sini untuk melihat berapa kadar dan harga untuk anda! 


2. Ada apa-apa yang baru pada pelan mudah alih Yoodo (oleh CelcomDigi)? 

Kini, kami beri anda pilihan untuk mendapatkan Data tanpa had yang boleh disuaikan mengikut kepantasan Data dan kuota hotspot anda. 


3. Apa yang saya dapat dengan pelan Unlimited? 

Pelan Data tanpa had ini datang dengan 2GB Data Roaming PERCUMA, serta 100 minit Panggilan dan 6GB Hotspot PERCUMA. 


4. Berapa banyak jenis pelan tanpa had yang ada? 

Cuma satu sahaja! Dan ia pelan tanpa had yang anda boleh ubah suai! 


5. Apa beza pelan Unlimited dengan pelan biasa? 

Dengan pelan Unlimited, Data anda tidak lagi terhad kepada kuota yang anda pilih. Selain itu, anda boleh suaikan kelajuan Data tanpa had anda dan juga memilih kuota untuk penggunaan hotspot. Juga, melalui pelan tanpa had, kami akan beri anda 2GB Data Roaming secara percuma! 


6. Boleh saya guna Power Pass dan Data Boosters untuk tujuan hotspot bagi pelan Unlimited saya? 

Ya, anda boleh menggunakan Data Booster atau Power Pass bagi tujuan hotspot. Kedua-duanya menawarkan internet berkelajuan tinggi dan tidak akan menggunakan kuota Hotspot anda. 


7. Siapa yang layak untuk melanggan pelan Unlimited? 

Pelan Unlimited ini boleh dilanggan oleh semua pengguna Yoodo (oleh CelcomDigi). 


8. Bagaimana cara nak tukar dari pelan semasa/biasa ke pelan Unlimited? 

Sila ke 'Dashboard' anda dan klik "Perbaharui/Tukar pelan". Pilih butang 'Tukar Pelan' dan teruskan dengan mengubah pilihan Data anda menjadi "Tanpa Had". 


9. Berapa lama tempoh sah pelan Unlimited? 

30 hari dari saat pelan berjaya dilanggan. Kami mencadangkan agar anda mengaktifkan 'Auto-Renew' untuk memastikan pelan anda diperbaharui dengan sendirinya pada akhir tempoh sah pelan anda. 

 

10. Adakah Data sedia ada akan dibawa ke pelan Unlimited yang saya baru langgan ini? 

Maaf, tak boleh! Ia akan tamat pada penghujung tempoh sah anda (tempoh sah pelan kami adalah selama 30 hari). Jika anda memperbaharui dengan serta-merta, baki data anda yang terdahulu akan dipadam. Oleh itu, pastikan anda menggunakan semua data anda sebelum pelan Unlimited baru anda bermula. 


11. Apa akan jadi kalau saya lupa nak perbaharui pelan Unlimited? 

Pelan anda akan luput dan anda perlu mengubah suai pelan yang baru. 


12. Saya boleh guna Data Unlimited ini untuk apa? 

Anda dapat menggunakannya pada hampir apa-apa sahaja pada peranti anda: melayar Internet dan laman web, aplikasi media sosial, aplikasi lain dan sebagainya. 

 

13. Adakah apa-apa sekatan pada penggunaan Data Unlimited saya? 

Tiada sekatan, melainkan kelajuan yang anda sudah pilih. 


14. Bagaimana saya dapat melihat jumlah Data yang saya telah guna dalam pelan Unlimited saya? 

Jika anda sudah melanggan Data Unlimited, anda dapat melihat jumlah Data yang sudah digunakan pada 'Dashboard' anda, di bawah "Pelan Saya".

 

15. Apa beza di antara dua pelan Unlimited yang disyorkan? 

Unlimited Bajet dilengkapi dengan kelajuan Data 3 Mbps manakala Unlimited Atas dilengkapi dengan kelajuan Data 6 Mbps. 


16. Dapatkah saya membeli Data tambahan (dan lain-lain produk tambahan)? 

Ya, boleh. Anda masih dapat membeli Booster Data, Panggilan dan SMS, dan juga Power Pass! 


17. Saya telah melanggan pelan Unlimited. Boleh saya beli booster Data tambahan? 

Ya, boleh. Anda dapat membeli Data tambahan (kelajuan tinggi) untuk pelan semasa anda dengan memilih "Tambah kuota" pada papan pemuka anda dan memilih jumlah Data yang diperlukan dengan slider. 

 

Data yang anda beli akan mengikut tarikh luput pelan semasa anda. Selepas anda sudah menghabiskan kuota Data kelajuan tinggi, penggunaan Data anda akan kembali pada kelajuan pelan Unlimited anda. 


18. Saya tengah melanggan pelan Unlimited. Apa yang akan terjadi jika saya membeli Power Pass? 

Data Power Pass anda akan digunakan dahulu. Selepas 100GB telah habis digunakan atau 1 jam sudah berlalu, penggunaan Data anda akan bersambung pada Data Unlimited anda. Anda dapat menggunakan Data Power Pass anda sebagai hotspot seperti biasa. 


19. Saya melanggan pelan Unlimited dan telah membeli Add-On Youtube. Adakah saya akan dapat data kelajuan tinggi untuk Youtube? 

Ya, sudah pasti! Begitu juga dengan mana-mana Add-On yang anda beli. Add-On ini akan menggunakan Data kelajuan tinggi. 


20. Saya telah menambah Data pada pelan Unlimited saya dengan Booster, tetapi sudah juga beli Power Pass. Mana yang akan digunakan dahulu? 

Penggunaan Data anda akan ditolak mengikut urutan ini: 

1. Power Pass (Data kelajuan tinggi) 

2. Data booster (Data kelajuan tinggi) 

3. Unlimited Data (3 or 6 Mbps). 


21. Boleh saya guna telefon saya sebagai hotspot jika saya melanggan pelan Unlimited? 

Boleh, tetapi anda perlu memilih jumlah kuota untuk hotspot anda. Jika anda tidak memilih sebarang kuota hotspot, anda tidak akan dapat menggunakan Data Asas Unlimited anda untuk menambat peranti yang lain. 


22. Apa yang perlu saya buat untuk menggunakan telefon saya sebagai hotspot? 

Untuk menambat peranti yang lain kepada telefon anda, anda perlu membeli kuota hotspot terlebih dahulu bersama pelan Data Unlimited anda, atau menambah Data pada 'Dashboard' anda di bawah Hotspot. Anda juga dapat membeli booster Data atau Power Pass dan menggunakannya untuk menjadikan telefon anda sebagai hotspot. 


23. Saya sudah habiskan kuota Hotspot 6GB percuma saya. Boleh saya dapatkan lagi? 

Sudah tentu! Anda hanya perlu pergi ke bahagian Hotspot pada 'Dashboard' anda dan tekan 'Add' untuk membeli kuota hotspot tambahan (1GB, 3GB atau 10GB). 


Selain itu, anda juga boleh membeli Booster data dan gunakannya untuk keperluan hotspot anda! 


24. Boleh saya gunakan data Unlimited saya di luar negara? 

Maaf, tidak boleh. Data Unlimited hanya dapat digunakan di dalam negeri. Caj biasa IDD dan perantauan akan dikenakan untuk penggunaan di luar negara. Tapi kami sudah memberi 2GB Data perantauan khas untuk tujuan ini. Anda hanya perlu membeli pas Roam Like Home untuk menggunakannya. 


Data Perantauan 2GB percuma anda akan mengikut kelajuan Data pelan anda, samada 3 Mbps atau 6 Mbps. 

 

25. Bagaimana saya boleh menggunakan Data Perantaun 2GB percuma? 

Anda mesti membeli pas Roam Like Home terlebih dahulu dan mengaktifkannya. Penggunaan 2GB Data pertama akan dikesan oleh donat Data Perantauan, dan 2GB itu adalah percuma. 


26. Apakah kelajuan Data Perantauan 2GB percuma (sebahagian daripada pelan Unlimited)? 

Data Perantauan anda akan mengikut kelajuan Data pelan anda, samada 3 Mbps atau 6 Mbps. 


27. Apa yang akan berlaku bila Data Perantauan 2GB saya habis? Bagaimana saya dapat tambahkan lagi? 

Anda perlu membeli booster Data untuk Data Perantau. Jangan lupa untuk membeli pas Roam Like Home untuk menggunakan booster tersebut semasa merantau. 


28. Saya tak perlu Data Perantauan 2GB. Boleh saya batalkannya? 

Data itu sudah percuma! Kami berikan secara ikhlas. Jika anda tak mahu Data tersebut, boleh diabaikan sahaja. Tiada apa-apa bayaran yang dikenakan! 


29. Apakah kelajuan booster Data yang saya beli untuk merantau? 

Anda akan merantau dengan Data kelajuan tinggi daripada booster tersebut! Jangan lupa untuk membeli pas Roam Like Home untuk menggunakan booster tersebut semasa merantau. 


30. Boleh saya menggunakan kelajuan Data selain daripada 3 Mbps atau 6 Mbps? 

Kami hanya menawarkan dua kelajuan 3 Mbps dan 6 Mbps buat masa ini. Namun begitu, anda tetap dapat membeli booster Data untuk menikmati data kelajuan tinggi, atau menukar daripada pelan Unlimited anda kepada pelan Data kelajuan tinggi yang biasa. 


31. Saya melanggan pelan Unlimited 3 Mbps. Boleh saya tukar kepada 6 Mbps? Saya nak data yang laju lagi... 

Ya, boleh! Anda dapat tukar dengan memilih "Perbaharui/Tukar pelan" pada 'Dashboard' anda dan menekan butang 'Tukar Pelan' untuk mengubah suai pelan baharu anda. Anda dapat memilih kelajuan 6 Mbps. Pastikan anda memilih "Tukar pelan sekarang" untuk menikmati kelajuan yang lebih tinggi dengan serta-merta! 

 

32. Boleh saya tukar balik dari pelan Unlimited ke pelan biasa? 

Ya, sudah tentu! Anda hanya perlu ke 'Dashboard' pada aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) dan klik "Perbaharui/Tukar pelan", dan kemudian klik pada butang "Tukar Pelan" dan anda boleh mula ubah suai pelan biasa anda dengan kuota untuk Data anda. 


33. Saya sudah cuba Unlimited tapi mahu tukar balik kepada pelan kelajuan tinggi biasa. Boleh saya tukar serta-merta atau harus tunggu sehingga pelan saya luput? 

Anda tak perlu tunggu! Anda dapat menukar pelan anda sekarang juga dengan memilih "Perbaharui/tukar pelan" pada papan pemuka anda. Selepas itu, tekan butang "Tukar Pelan" pada bahagian bawah skrin dan ubah suai pelan kelajuan tinggi anda yang baharu. Selepas anda sudah selesai, pastikan anda tekan "Tukar pelan sekarang" dan pelan baru anda akan bermula dari masa itu.  

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article