Bundle Roaming

Modified on Thu, 12 Sep at 9:20 AM

1. Kenapa saya perlukan Pas Roaming 3 hari atau 7 hari? 

Dengan Pas Roaming 3 hari atau 7 hari , anda tidak perlu lagi perlu membeli Pas Roaming setiap hari sepanjang percutian anda. Pas Roaming anda kini boleh bertahan selama 3 hari penuh (72 jam)/7 hari (168 jam) selepas pengaktifan.  


2. Boleh saya nyahaktif atau mengaktifkan Pas Roaming 3 hari/7 hari saya pada bila-bila masa? 

Tidak. Selepas pengaktifan, Pas Roaming anda akan berterusan sehingga ia luput. 


3. Jika saya mahu bercuti selama 4 hari di negara Zon A, boleh saya beli Roaming Pass 3 hari dan 1 hari terlebih dahulu? 

Sama seperti sebelum ini, hanya satu Roaming Pass boleh dibeli awal untuk setiap Zon Roam Like Home. Roaming Pass yang seterusnya hanya boleh dibeli selepas Roaming Pass yang ada diaktifkan. Contohnya, dalam kes ini, jika anda mempunyai Roaming Pass 3 hari, anda perlu menunggu sehingga ia diaktifkan terlebih dahulu sebelum anda boleh membeli Roaming Pass 1 hari.


4. Boleh saya beli pas 3-hari Roam Like Home Zon A dan pas 3-hari Roam Like Home Zon B sekaligus? 

Ya, sudah tentu. Ini kerana pas 3-hari Roam Like Home Zon A dan pas 3-hari Roam Like Home Zone B adalah dua pas yang berbeza. 


5. Saya akan ke Singapura hari ini dan ke Filipina esok. Saya sudah beli Pas 1 hari Roam Like Home Zon A dan Pas 1 hari Roam Like Home Home Zon B terlebih dahulu. Bagaimana untuk saya aktifkan pas-pas saya? 

Pas Roaming Zon A anda akan diaktifkan pada penggunaan Data/Panggilan/SMS yang pertama di Singapura dan akan bertahan selama 24 jam. Apabila anda tiba di Filipina esok, Pas Roaming Zon B anda akan diaktifkan pada penggunaan Data/Panggilan/SMS yang pertama di sana. 

 

6. Saya kehabisan data semasa perantauan. Boleh saya langgan semula pelan Data Asas yang baru? 

Ya, sudah tentu. Dengan Renew Anytime, anda kini boleh melanggan pelan Asas baru pada bila-bila masa, walaupun anda baru sahaja memperbaharui pelan anda. Namun, kesemua Data/Panggilan/SMS pada pelan terdahulu akan dibatalkan. Dapatkan info lanjut mengenai Renew Anytime di sini. 


Selain itu, anda juga boleh membeli Data Booster. 


7. Boleh saya guna Power Pass semasa perantauan? 

Tidak. Power Pass hanya terdapat untuk penggunaan domestik sahaja.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article