Soalan Lazim: Viu Bundle Pelan CelcomDigi Postpaid
Modified on Fri, 12 Sep at 12:01 AM
1. Apakah itu Viu?
Viu adalah platform hiburan utama anda, menawarkan drama dan filem Korea terbaik, rancangan variasi popular, Viu Originals yang memenangi anugerah, serta koleksi drama Melayu, Cina, Thai, dan Indonesia yang popular. Viu memastikan anda terus terhubung dengan dunia hiburan Asia dengan sari kata berkualiti tinggi dalam pelbagai bahasa. Dari thriller mendebar hingga komedi kelakar dan percintaan berkenang, Viu mempunyai segalanya, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
2. Di manakah saya boleh dapatkan aplikasi Viu?
Anda boleh muat turun aplikasi Viu dari Google Play Store atau Apple App Store.
3. Peranti apakah yang serasi dengan Viu?
Viu serasi dengan telefon pintar, tablet, desktop, TV pintar, dan peranti penstriman tertentu.
Telefon Pintar & Tablet |
|
PC/ komputer riba | Keperluan Perkakasan untuk PC/ komputer riba:
Keperluan Perisian untuk PC/ komputer riba Sistem Operasi Microsoft Windows:
Sistem Operasi Mac:
|
Apple TV, Smart TV, Android TV | Sistem operasi Apple TV:
Sistem operasi Sony Android TV:
Samsung Smart TV:
LG Smart TV:
Philips Smart TV:
|
4. Apakah akses yang tersedia dalam Viu?
Dengan langganan Premium, Viu menawarkan pengalaman penstriman yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri eksklusif berikut:
Pelan Viu Premium | |
Akses Kandungan | Semua |
Viu Originals | ✓ |
Filem | ✓ |
Iklan | Tiada iklan video |
Akses awal | ✓ |
Akses penuh | 5 |
Muat turun kandungan | ✓ |
Log masuk peranti maksimum | 5 Peranti |
Kualiti video maksimum | Sehingga Full HD (1080p) |
Cast/Airplay | ✓ |
Peranti serasi | Telefon, Tablet, Laptop/PC, Smart TV |
5. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Viu?
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Viu.
6. Apakah Viu bundle yang tersedia dalam pelan Pascabayar CelcomDigi terpilih?
Pas Viu | Harga | Kuota (5G+4G) | Tempoh Sah Kuota | Tempoh Sah Akses Viu | Pembaharuan Automatik |
Viu Premium + 5GB (5G+4G) | RM9.90 | 5GB* | 30 hari | 30 hari (akhir hari) | Ya |
Kuota 5GB* adalah data berkelajuan tinggi 5G+4G dan boleh digunakan untuk tethering/hotspot.
7. Pelan Pascabayar CelcomDigi yang manakah boleh melanggan StreamMORE Viu Add Ons?
Pelan CelcomDigi | Pelan Celcom | Pelan Digi |
|
|
|
8. Bagaimanakah cara untuk melanggan CelcomDigi Viu Bundle?
Saluran | Langkah-langkah |
Aplikasi Celcom Life & MyDigi
| Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life atau MyDigi Langkah 2: Pilih Shop Langkah 3: Plilih Lifestyle Langkah 4: Pilih Entertainment dan pilih ikon Viu Langkah 5: Pilih Viu (Premium) & 5GB internet Langkah 6: Klik Confirm Subscription untuk teruskan |
9. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi selepas pengaktifan bundle berjaya?
Ya, anda akan menerima SMS Aluan selepas langganan berjaya dan juga SMS yang mengandungi butiran log masuk untuk akses Viu. SMS ini akan dihantar ke nombor mudah alih utama anda.
Jika anda tidak menerima SMS tersebut, anda masih boleh mencuba untuk log masuk ke aplikasi Viu. Jika log masuk gagal, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
10. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit saya untuk mengaktifkan Viu. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor mudah alih anda adalah nombor CelcomDigi yang digunakan semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor mudah alih CelcomDigi tersebut.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
11. Selepas pengaktifan bundle berjaya, bagaimanakah saya log masuk ke Viu?
Untuk pelayar web:
- Masuk ke laman Viu dan pilih ‘Subscribe Now’.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan semasa melanggan).
- Sila setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia.
- Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada pelayar.
- Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP yang dihantar ke e-mel anda (langkah ini boleh diabaikan).
- Jika ini kali pertama anda log masuk ke Viu, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’.
- Pilih penarafan kandungan untuk Profil anda.
- Pilih bahasa kandungan pilihan anda.
- Mula Menstrim!
Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android:
- Muat turun aplikasi Viu.
- Sila setuju dengan Syarat Penggunaan, Dasar Privasi, dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk.
- Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod tersebut pada aplikasi.
- Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan dengan OTP (langkah ini boleh diabaikan).
- Jika ini kali pertama anda log masuk ke Viu, lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik ‘Create account’.
- Pilih penarafan kandungan untuk Profil anda.
- Pilih bahasa kandungan pilihan anda.
- Mula Menstrim!
Untuk peranti ruang tamu:
- Buka aplikasi Viu dari peranti ruang tamu.
- Klik ‘Agree and Continue’.
- Masukkan nombor telefon anda untuk log masuk.
- Masukkan OTP yang dihantar ke nombor anda.
- Anda kini telah log masuk ke peranti ruang tamu anda.
12. Saya telah melanggan CelcomDigi Viu bundle. Bilakah bundle ini akan tamat tempoh?
- Langganan kuota 5GB akan sah sehingga waktu langganan pada hari ke-30 langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan.
- Akses Viu akan sah sehingga jam 11.59 malam pada hari ke-30 langganan. Contoh seperti berikut:
Akses Viu Bermula | Akses Viu Tamat |
1 Disember 2024, 3:00 P.M. | 31 Disember 2024, 11:59 P.M. |
Anda boleh rujuk tempoh sah akses Viu dalam aplikasi Viu.
13. Saya melanggan StreamMORE Viu Add Ons. Bilakah langganan ini akan diperbaharui secara automatik?
Add-Ons StreamMORE Viu anda akan diperbaharui secara automatik setiap bulan pada akhir tempoh langganan.
Anda boleh menyemak tarikh pembaharuan melalui aplikasi CelcomDigi / Celcom Life / MyDigi dengan pergi ke Shop > Lifestyle > Entertainment > My Subscriptions.
Sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi 24 jam sebelum tamat tempoh langganan.
14. Saya melanggan StreamMORE Viu Add Ons. Bolehkah saya membatalkan langganan pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh membatalkan langganan melalui aplikasi Celcom Life/MyDigi (mana-mana yang berkenaan). Tiada prorata caj akan dikenakan, dan caj penuh akan tetap dikenakan. Selepas pembatalan, kuota dan akses Viu akan kekal aktif sehingga akhir tempoh sah langganan semasa.
Saluran | Langkah-langkah |
Aplikasi Celcom Life & MyDigi
| Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life atau MyDigi Langkah 2: Pilih Shop Langkah 3: Pilih Lifestyle & klik Entertainment Langkah 4: Klik My Subscription di penjuru atas kanan Langkah 4: Pilih iQIYI (Std VIP) & 5GB internet Langkah 5: Pilih Unsubscribe |
15. Saya melanggan StreamMORE Viu Add Ons. Bolehkah saya melanggan add on yang sama beberapa kali?
Tidak, pembelian dan langganan berulang untuk pas bundle CelcomDigi Viu tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, anda boleh melanggan perkhidmatan penstriman lain yang tersedia di bawah StreamMORE, seperti iQIYI, Disney dan Vision+.
16. Saya melanggan StreamMORE Viu Add Ons. Apa yang berlaku jika saya menamatkan talian pascabayar saya?
Jika anda menamatkan talian pascabayar anda, anda tidak akan dapat mengakses Viu serta-merta. Tiada prorata caj akan dikenakan, dan caj penuh tetap dikenakan.
17. Saya mempunyai langganan Viu direct billed yang sedia ada melalui pelbagai saluran pembayaran (bil operator/kad bank). Adakah saya masih boleh melanggan CelcomDigi Viu bundles dengan menggunakan nombor telefon bimbit yang sama?
Sila ambil perhatian, jika kedua-dua langganan aktif, kedua-duanya akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan ini, anda perlu memastikan langganan yang diingini kekal aktif dan membatalkan langganan yang lain.
18. Bolehkah saya menggunakan langganan CelcomDigi Viu bundle saya pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk ke peranti lain yang serasi menggunakan nombor telefon bimbit CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.
19. Bolehkah saya menggunakan kuota StreamMORE Viu Add Ons semasa roaming?
Tidak. Kuota ini hanya terpakai untuk penggunaan domestik sahaja (di dalam Malaysia).
20. Adakah StreamMORE Viu Add Ons dikenakan caj berdasarkan kitaran 30 hari?
Ya, StreamMORE Viu Add Ons dikenakan caj berdasarkan kitaran 30 hari dan akan diperbaharui secara automatik pada waktu langganan pada hari ke-31. Sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi 24 jam sebelum langganan tamat.
Sekiranya langganan semasa dan pembaharuan berikutnya jatuh dalam kitaran bil pascabayar yang sama, kedua-dua transaksi StreamMORE akan dicaj dalam bil pascabayar yang sama.
Contoh: Pelanggan membeli StreamMORE Viu pada 28 Julai 2024, dan secara automatik diperbaharui pada 27 Ogos 2024. Dalam bil pascabayar bertarikh 28 Ogos 2024, pelanggan akan melihat kedua-dua transaksi direkodkan dalam bil yang sama.
21. Talian pascabayar saya disekat/digantung. Apa yang akan berlaku kepada CelcomDigi Viu bundle saya?
Anda tidak akan dapat mengakses/menggunakan CelcomDigi Viu bundle anda.
22. Talian pascabayar saya disekat/digantung. Apa yang akan berlaku kepada CelcomDigi Viu bundle yang perlu diperbaharui?
StreamMORE Viu Add Ons anda akan dihentikan secara automatik, dan anda perlu melanggan semula untuk menikmati perkhidmatan ini.
23. Bolehkah saya memindahkan manfaat CelcomDigi Viu bundle saya yang dibeli daripada satu nombor telefon bimbit ke nombor telefon bimbit lain?
Tidak. Akses/manfaat bundle tidak boleh dipindahkan ke nombor telefon bimbit lain.
24. Saya telah memulakan pemadaman akaun Viu. Bolehkah saya membatalkan pemadaman akaun tersebut?
Tidak. Anda perlu melanggan semula add ons.
25. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau isu berkaitan langganan CelcomDigi Viu bundle. Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?
Sila hubungi kami melalui WhatsApp.
26. Apakah terma akses saya ke Viu?
Melalui langganan Viu, sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Viu, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa dia (anda) telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
- Terma & Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
- Terma Penggunaan Viu
- Terma Akaun Viu
- Dasar Privasi Viu
- Kenyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi Viu.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article