Soalan Lazim: StreamMORE Premium Bundle (Postpaid)
Modified on Thu, 24 Sep at 10:00 AM
Umum
1. Apakah itu StreamMORE Premium Bundle?
StreamMORE Premium Bundle ialah add-on untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak. Ia menggabungkan lima perkhidmatan penstriman premium bersama kuota internet tambahan dalam satu langganan. StreamMORE Premium Bundle akan tersedia mulai 24 September 2026.
2. Apakah yang termasuk dalam StreamMORE Asian Bundle?
Bundle ini termasuk:
- Disney+ Premium
- iQIYI (Premium VIP)
- sooka (Premium)
- Prime Video
- Viu (Premium)
- Kuota internet bulanan 15GB
- RM109.90 sebulan, tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 6%
3. Siapakah yang boleh melanggan bundle ini?
StreamMORE Premium Bundle tersedia untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak, kecuali pelanggan yang menggunakan pelan atau langganan berikut:
- CelcomDigi One Ultra 2026
- CelcomDigi One Pro 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 2026 100
- CelcomDigi Postpaid 5G 2026 120
- CelcomDigi Postpaid 5G 2026 140
- CelcomDigi Postpaid 5G 2026 160
- CelcomDigi Postpaid 5G 2026 190
- Pakej Mega Jimat with FREE Viu
- Mega Add-Ons Disney+ (mana-mana pelan)
- Mega Add-Ons sooka (mana-mana pelan)
- Mega Add-Ons Prime Video
- Mega Add-Ons Viu
4. Apakah akses yang saya dapat untuk setiap perkhidmatan penstriman ini?
Anda akan menerima akses dan manfaat berikut:
a. Disney+ Premium
Akses | |
Tonton semua tajuk Disney+ | ✓ |
Muat turun kandungan terpilih | ✓ |
Profil | Sehingga 7 |
Penstriman Serentak | 3 |
Log masuk peranti maksimum | 10 |
Kualiti Video maksimum | Sehingga 4K |
Peranti yang serasi | Telefon, Tablet, Komputer Riba, TV |
Pautan bantuan | |
Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
b. iQIYI (Premium VIP)
Akses | |
Tontonan serentak pada pelbagai skrin | 4 |
Iklan langkau VIP | ✓ |
Kualiti aliran | ✓ |
Dolby Atmos | Sehingga 4k |
Muat turun VIP | ✓ |
Tontonan awal | ✓ |
Kandungan eksklusif | ✓ |
Blockbusters | ✓ |
Peranti Serasi | ✓ |
Pautan Bantuan | Telefon, Tablet, Komputer Riba, Smart TV dan Android TV |
Versi Terkini | |
Menonton serentak pada pelbagai skrin | 24 September 2026 |
c. Prime Video
Akses | |
Tontonan serentak pada pelbagai skrin | 3 |
Iklan | Tiada |
Kualiti Penstriman | 4K Ultra HD dengan HDR |
Muat Turun VIP | ✓ |
Keserasian peranti | Telefon, Tablet, Komputer Riba, Smart TV dan Android TV |
Pautan Bantuan | |
Kemas Kini Terakhir | 28 Mei 2026 |
d. sooka (Premium)
Akses | |
Iklan | x |
Sukan | ✓ |
Rancangan TV, Filem & Siaran Langsung | ✓ |
Peranti Serentak | 3 Peranti |
Log masuk peranti maksimum | 4 |
Resolusi | 1080p Full HD |
Peranti yang serasi | Telefon Pintar, Tablet, Komputer dan TV |
Pautan bantuan | |
Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
e. Viu (Premium)
Akses | |
Iklan | x |
Bilangan peranti | Strim sehingga 5 peranti |
Akses kandungan | Akses penuh |
Viu Originals eksklusif | ✓ |
Akses awal | ✓ |
Filem | ✓ |
Muat turun tanpa had | ✓ |
Peranti serasi | Telefon, Tablet, Komputer Riba, Smart TV |
Pautan bantuan | |
Versi Terkini | 28 Mei 2026 |
Kandungan yang tersedia, kualiti penstriman, had penstriman serentak dan peranti yang disokong adalah tertakluk kepada terma dan kelayakan yang ditetapkan oleh setiap rakan kongsi perkhidmatan penstriman.
Langganan
5. Bagaimanakah cara untuk melanggan?
Anda boleh melanggan melalui:
- Aplikasi CelcomDigi
- Laman Web CelcomDigi
- Kedai CelcomDigi
6. Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle?
Ya, anda boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle selagi perkhidmatan penstriman yang disertakan tidak bertindih.
Jika anda melanggan Premium Bundle semasa mempunyai langganan StreamMORE lain yang mempunyai perkhidmatan penstriman bertindih, langganan yang bertindih tersebut akan ditamatkan dan digantikan serta-merta. Sebarang manfaat, tempoh sah, kuota atau kelayakan yang belum digunakan akan luput tanpa bayaran balik atau pengiraan secara prorata.
Contoh: Jika anda melanggan StreamMORE Family Bundle dan kemudian melanggan StreamMORE Premium Bundle, Family Bundle akan digantikan kerana kedua-dua pakej merangkumi Disney+, sooka dan Viu.
7. Pelan saya sudah disertakan dengan perkhidmatan penstriman. Bolehkah saya masih melanggan bundle ini?
Anda hanya boleh melanggan jika pelan atau langganan CelcomDigi sedia ada anda tidak mempunyai perkhidmatan penstriman yang bertindih dengan Premium Bundle. Pelanggan yang menggunakan pelan atau langganan yang disenaraikan dalam soalan 3 tidak layak melanggan.
8. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum perubahan dibuat?
Ya. Anda akan menerima mesej pengesahan sebelum meneruskan sebarang langganan atau penggantian bundle.
9. Berapa lamakah tempoh sah Premium Bundle?
Premium Bundle sah selama 30 hari dari masa langganan berjaya dibuat.
10. Apakah yang berlaku jika kuota internet saya habis digunakan?
Setelah kuota 15GB habis digunakan, penggunaan internet akan diteruskan menggunakan kuota data daripada pelan postpaid asas anda, jika masih tersedia.
11. Adakah Premium Bundle diperbaharui secara automatik?
Ya. Premium Bundle akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari, melainkan anda membatalkan langganan.
12. Bilakah saya akan dikenakan caj?
- Caj langganan akan dikenakan selepas langganan berjaya dibuat.
- Caj berulang akan dikenakan setiap 30 hari.
Pengaktifan
13. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan setiap perkhidmatan penstriman?
Selepas langganan berjaya dibuat, anda akan menerima notifikasi pengaktifan melalui SMS dan push notification dalam aplikasi CelcomDigi. Untuk mula menonton:
- Langkah 1: Pergi ke Lifestyle > My Subscriptions
- Langkah 2: Pilih StreamMORE Premium Bundle
- Langkah 3: Pilih pautan 'Access Via' bagi perkhidmatan penstriman yang berkenaan dan lengkapkan proses pengaktifan atau log masuk untuk setiap perkhidmatan penstriman.
Nota Penting: Gunakan nombor mudah alih yang sama seperti yang digunakan semasa melanggan Premium Bundle untuk proses pengaktifan dan log masuk.
14. Bilakah saya boleh mula menonton?
Anda boleh mula menonton setiap perkhidmatan penstriman sebaik sahaja pengaktifan berjaya dilakukan.
Urus Langganan Anda
15. Bagaimanakah cara untuk membatalkan langganan Premium Bundle?
Anda boleh membatalkan langganan melalui: Aplikasi CelcomDigi > Urus Langganan Digital > Pilih StreamMORE Premium Bundle > Nyahlanggan.
16. Bolehkah saya membatalkan atau berhenti melanggan perkhidmatan penstriman tertentu dalam bundle ini?
Tidak. Premium Bundle perlu dibatalkan secara keseluruhan. Perkhidmatan penstriman individu dalam bundle ini tidak boleh dibatalkan, ditamatkan atau diuruskan secara berasingan.
17. Di manakah saya boleh membatalkan langganan bundle ini?
Pembatalan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi CelcomDigi dan tidak boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan penstriman secara individu.
18. Apakah yang berlaku selepas saya membatalkan langganan?
Langganan anda akan kekal aktif sehingga tamat tempoh langganan 30 hari semasa. Tiada caj selanjutnya akan dikenakan selepas tempoh tersebut tamat.
Nota Penting: - Anda boleh melanggan beberapa StreamMORE Add-Ons selagi perkhidmatan penstriman yang disertakan tidak bertindih. - Bundle baharu yang mempunyai perkhidmatan penstriman bertindih akan menggantikan langganan sedia ada yang bertindih serta-merta. - Sebarang manfaat, tempoh sah, kuota dan kelayakan yang belum digunakan akan luput tanpa bayaran balik atau pengiraan secara prorata apabila langganan sedia ada digantikan. - Perkhidmatan penstriman individu dalam Premium Bundle tidak boleh diuruskan secara berasingan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article