Soalan Lazim: StreamMORE Asian & Sports Bundle (Postpaid)

Modified on Fri, 29 May at 10:00 AM

Umum

1. Apakah itu StreamMORE Asian & Sports Bundle?

StreamMORE Asian & Sports Bundle adalah add-on untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid yang memberikan akses kepada pelbagai perkhidmatan penstriman termasuk kandungan sukan dalam satu langganan, berserta dengan kuota Internet tambahan.

 

2. Apakah yang termasuk dalam StreamMORE Asian & Sports Bundle?

Bundle ini termasuk:

  • iQIYI (Standard VIP) 
  • Viu (Premium) 
  • sooka (Sports & Entertainment)
  • Kuota Internet bulanan 10GB

 

3. Siapakah yang boleh melanggan bundle ini?

StreamMORE Asian & Sports Bundle tersedia untuk semua pelanggan CelcomDigi Postpaid, kecuali:

  • Pelanggan pelan CelcomDigi berikut yang sudah termasuk Viu:
    1. CelcomDigi Postpaid 5G 2026 100
    2. CelcomDigi Postpaid 5G 2026 120
    3. CelcomDigi Postpaid 5G 2026 140
    4. CelcomDigi Postpaid 5G 2026 190
    5. Pakej Mega Jimat dengan kontrak 12 bulan
  • Pelanggan yang melanggan Mega Add-Ons Viu & Mega Add-Ons sooka (versi semua)  

 

4. Apakah akses yang saya akan dapat dengan perkhidmatan penstriman ini?

Anda akan menikmati akses bagi semua perkhidmatan penstriman yang disertakan seperti berikut:

a. iQIYI (Standard VIP)

Akses
Menonton serentak pada pelbagai skrin
Iklan langkau VIP✓  
Kualiti aliran1080P 
Dolby Atmos ✓ 
Muat turun VIP✓ 
Tontonan awal✓ 
Kandungan eksklusif✓ 
Blockbusters ✓ 
Peranti SerasiTelefon, Tablet, Laptop, Smart TV, Android TV    
Pautan BantuaniQIYI Help Page
Versi Terkini28 Mei 2026

 

b. sooka (Sports & Entertainment)

Akses
Iklan
Sukan
Rancangan TV, Filem & Siaran Langsung
Peranti Serentak2 peranti
Resolusi720p HD
Peranti serasi3  (Telefon Pintar, Tablet dan Komputer)
Pautan bantuansooka Help Center
Versi Terkini28 Mei 2026

 

c. Viu (Premium) 

Akses  
Iklanx
Bilangan perantiStrim sehingga 5 peranti
Akses kandunganAkses penuh
Viu Originals eksklusif
Akses awal
Filem
Muat turun tanpa had
Peranti serasiTelefon, Tablet, Laptop/PC, Smart TV
Pautan bantuanViu Help Centre
Versi Terkini28 Mei 2026

 

Langganan

5. Bagaimanakah cara untuk melanggan?

Anda boleh melanggan melalui:

  • Aplikasi CelcomDigi  
  • Laman web CelcomDigi 
  • Kedai CelcomDigi

 

6. Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle? 

Ya, anda boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Bundle selagi perkhidmatan penstriman yang disertakan tidak bertindih (overlap).

 

Jika anda melanggan bundle lain yang mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti bundle sedia ada, langganan semasa anda akan diganti serta-merta. Bundle baru akan berkuat kuasa serta-merta dan tiada bayaran balik akan diberikan untuk sebarang tempoh yang tidak digunakan.

 

Contoh: 

Jika anda sudah mempunyai StreamMORE Asian Bundle dan melanggan StreamMORE Asian & Sports Bundle (yang juga mengandungi Viu dan iQIYI), StreamMORE Asian Bundle anda akan digantikan dengan StreamMORE Asian & Sports Bundle serta-merta.

 

7. Pelan saya sudah disertakan dengan perkhidmatan penstriman. Adakah saya masih boleh melanggan bundle ini?

Ya, anda masih boleh melanggan. Namun, anda hanya boleh memilih bundle yang tidak mengandungi perkhidmatan penstriman yang sama seperti yang sudah disertakan dalam pelan anda. 

 

Contoh: Pelan semasa anda adalah CelcomDigi Postpaid 5G 190 yang sudah termasuk Viu, maka anda tidak boleh melanggan StreamMORE Asian & Sports Bundle.

 

8. Adakah saya akan dimaklumkan sebelum perubahan tersebut dibuat?

Ya, mesej pengesahan akan dipaparkan sebelum anda meneruskan sebarang langganan atau perubahan bundle.

 

9. Apakah tempoh sah bundle ini?

Bundle ini sah selama 30 hari dari tarikh langganan.

 

10. Apakah yang akan terjadi kepada kuota Internet saya yang telah habis digunakan?

Setelah kuota anda digunakan sepenuhnya, penggunaan akan diteruskan daripada pelan data Postpaid asas anda.

 

11. Adakah ini langganan pembaharuan automatik?

Ya, bundle akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari melainkan anda membatal langganan.

 

12. Bilakah saya akan dikenakan caj?

  • Caj dikenakan semasa langganan dibuat 
  • Caj berulang akan dikenakan setiap 30 hari 

 

Pengaktifan

13. Bagaimanakah cara untuk mengaktif setiap perkhidmatan penstriman?

Selepas langganan berjaya, anda akan menerima notifikasi pengaktifan melalui SMS dan Push Notification di aplikasi CelcomDigi. Untuk mula menonton:

  • Pergi ke Lifestyle → My Subscriptions
  • Pilih StreamMORE Bundle yang diingini
  • Klik “Access Via” untuk mengaktifkan perkhidmatan penstriman anda

 

Nota penting:

Pelanggan perlu menggunakan nombor telefon yang sama digunakan semasa langganan untuk proses pengaktifan dan log masuk.

 

14. Bilakah saya boleh mula menonton?

Anda boleh mula menonton sebaik sahaja pengaktifan berjaya dilakukan.

 

Urus Langganan Anda

15. Bagaimanakah cara membatal atau hentikan langganan Asian & Sports Bundle?

Anda boleh membatal melalui: CelcomDigi App → My Subscriptions → Pilih Asian & Sports Bundle → Unsubscribe

 

16. Bolehkah saya membatal perkhidmatan penstriman tertentu dalam bundle terpilih?

Tidak. Bundle perlu dibatalkan secara keseluruhan dan perkhidmatan penstriman individu tidak boleh dibatalkan secara berasingan.

 

17. Di manakah saya boleh membuat pembatalan atau hentikan langganan bundle?

Pembatalan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi CelcomDigi dan tidak boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan penstriman. 

 

18. Apakah yang akan berlaku selepas pembatalan atau hentikan langganan?

Langganan anda akan kekal aktif sehingga tamat kitaran bil semasa. Tiada caj tambahan akan dikenakan selepas itu.

 

Nota Penting:

  • Pelanggan boleh melanggan lebih daripada satu StreamMORE Add-Ons (single atau bundle) selagi perkhidmatan penstriman tidak bertindih (overlap).
  • Bundle dengan perkhidmatan penstriman yang bertindih (overlap) akan menggantikan langganan sedia ada serta-merta.
  • Perkhidmatan penstriman individu tidak boleh diurus secara berasingan.
  • Semua perubahan langganan perlu dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article