Celcom just4ME
Modified on Mon, 3 Feb at 8:43 AM
Celcom just4ME ialah program kesetiaan yang membolehkan semua pelanggan Celcom menerima ganjaran dan menikmati diskaun hebat dengan menyertai aktiviti serta melengkapkan transaksi yang berjaya.
1. Ganjaran Selamat Datang
Hanya pelanggan baharu yang mendaftar dengan Celcom atau pelanggan yang memuat turun aplikasi Celcom Life buat pertama kali akan menerima ganjaran. Banner selamat datang akan muncul di halaman just4ME. Ganjaran ini hanya boleh ditebus sekali sahaja.
2. Ganjaran Hari Lahir
Anda boleh menemui ganjaran hari lahir anda dalam aplikasi Celcom Life. Klik ikon hadiah di halaman utama, kemudian anda akan menjumpai halaman just4ME dan banner hari lahir.
3. Ganjaran Ulang Tahun
Pelanggan terpilih akan menerima ganjaran berdasarkan tempoh langganan berikut:
Pascabayar | Ganjaran |
Bulan ke 12 | Data 5GB percuma selama 1 minggu |
Bulan ke 36 | Baucer Peranti RM100 |
Bulan ke 60 | Baucer Peranti RM100 |
Bulan ke 120 | Baucer Peranti RM100 |
Bulan ke 180 | Baucer Peranti RM150 |
Bulan ke 240 | Baucer Peranti RM250 |
Prabayar | Ganjaran |
Bulan ke 12 | Bulan ke 12 |
Bulan ke 36 | Data 20GB percuma selama 1 bulan |
Bulan ke 60 | Data 30GB percuma selama 1 bulan |
Bulan ke 120 | Data 50GB percuma selama 1 bulan |
Bulan ke 180 | Baucer peranti RM100 |
Bulan ke 240 | Baucer peranti RM200 |
4. Baucer Peranti
Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk menebus baucer peranti anda:
Langkah 1: Anda perlu menebus baucer peranti sebagai ganjaran ulang tahun melalui aplikasi Celcom Life
Langkah 2: Klik pada banner atau notifikasi dalam aplikasi untuk menebus kod baucer (banner boleh didapati di halaman just4ME)
Langkah 3: Klik pada tab 'Ganjaran Saya' dan cari kod baucer peranti yang ditebus di bawah 'Ganjaran Ditebus'
Langkah 4: Kunjungi Celcom bluecube untuk menggunakan baucer peranti
Langkah 5: Klik pada baucer peranti, kemudian klik 'Gunakan Sekarang'
Langkah 6: Klik untuk mendapatkan kod dan kod unik akan dipaparkan di skrin
Langkah 7: Tunjukkan kod tersebut kepada pekerja di Celcom bluecube dan tuntut peranti anda.
Nota: Kod unik tidak boleh ditebus oleh wakil pihak ketiga.
5. Baucer Tawaran Gaya Hidup
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menebus baucer tawaran gaya hidup anda:
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life
Langkah 2: Klik ikon hadiah di bahagian atas untuk pergi ke halaman just4ME
Langkah 3: Klik 'Tawaran Gaya Hidup' dan senarai tawaran katalog akan dipaparkan
Langkah 4: Klik 'Tebus' pada mana-mana tawaran
Langkah 5: Baucer akan ditambahkan ke tab 'Ganjaran Saya'
Langkah 6: Untuk menggunakan baucer, pergi ke 'Ganjaran Saya' dan gunakan kod yang diberikan
Langkah 7: Baucer boleh ditebus di kedai atau secara dalam talian.
6. Ganjaran Pengisian Automatik / Auto Reload
Pengisian automatik bermaksud jumlah akan ditolak secara automatik dari akaun bank atau kad kredit anda setiap bulan. Ganjaran akan diberikan setelah anda melanggan perkhidmatan pengisian automatik.
Nota: Anda akan mendapat ganjaran pada hari berikutnya selepas melanggan dan ganjaran akan ditambah ke dalam tab 'Ganjaran Saya'. Jika anda menyahaktifkan dan mengaktifkan semula pengisian automatik pada bulan berikutnya, anda tidak layak untuk mendapat ganjaran. Ganjaran ini diberikan sekali setahun sahaja.
7. Ganjaran Log Masuk
Log masuk ke aplikasi Celcom Life beberapa kali seminggu untuk menerima ganjaran log masuk. Ganjaran ini hanya akan tersedia sekali sebulan.
- Pascabayar: Log masuk 3 kali seminggu
- Prabayar: Log masuk 5 kali seminggu
Nota: Sebarang ganjaran data mudah alih atau Internet akan dipaparkan di skrin penggunaan sebagai ganjaran khas. Ia tidak akan ditambah ke dalam baki data mudah alih semasa anda.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article