Bonus Kesetiaan Prabayar Digi

Modified on Sun, 2 Feb at 2:54 AM

Pelanggan Prabayar Digi akan menerima sehingga 6GB Internet bonus kesetiaan tambahan apabila memperbaharui pelan Internet bulanan aktif sebagai ganjaran kerana setia bersama Prabayar Digi. Lebih lama pelanggan kekal bersama Prabayar Digi, lebih banyak Internet bonus kesetiaan percuma yang akan diberikan.


Kelayakan

Pelanggan Prabayar Digi dengan tempoh langganan minimum 1 bulan atau lebih lama serta mempunyai langganan pelan Internet bulanan aktif layak menerima Internet bonus kesetiaan tambahan secara percuma selepas berjaya memperbaharui langganan pelan Internet bulanan aktif.


Tawaran Bonus Kesetiaan 

Pelanggan Prabayar Digi yang melanggan salah satu pelan Internet bulanan aktif berikut layak untuk menerima tawaran Internet bonus kesetiaan:

  • NEXT15, NEXT30, NEXT35, NEXT45
  • Pakej Data Khas Belia
  • Abadi
  • Raja Kombo 15, Raja Kombo 30, Raja Kombo 35, Raja Kombo 45

Tempoh Pelanggan

(berdasarkan tarikh pengaktifan talian prabayar)

Bonus Internet

Kesahan Internet

1 bulan

500MB

30 hari

2 bulan

1GB

3 - 6 bulan

2GB

7 - 12 bulan

3GB

13 - 23 bulan

4GB

24 bulan dan lebih

6GB

 

Cara Menebus Internet Bonus Kesetiaan 

Pelanggan yang layak akan menerima pemberitahuan SMS bonus kesetiaan apabila berjaya memperbaharui langganan pelan Internet bulanan aktif yang layak. 


  • Penebusan melalui aplikasi MyDigi

Langkah 1: Muat turun dan log masuk ke aplikasi MyDigi

Langkah 2: Pilih 'Inbox MyDigi' di panel bawah

Langkah 3: Pilih 'Anda mendapat freebies baru' dan pilih 'Bonus Kesetiaan' untuk menebus Internet percuma

Langkah 4: Pilih 'Sahkan' untuk melengkapkan penebusan bonus kesetiaan Internet

Langkah 5: Internet bonus kesetiaan percuma akan dipaparkan sebagai kuota data individu di bawah tab 'Penggunaan' dalam aplikasi MyDigi.

  • Penebusan melalui UMB

Langkah 1: Dail kod ringkas *888*1# untuk menebus Internet bonus kesetiaan

Langkah 2: Pilih '1 XGB Percuma (30 Hari)' untuk melengkapkan penebusan Internet bonus kesetiaan percuma.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article