Soalan Lazim: Vision+ Bundle CelcomDigi Prepaid 5G - SpeedSTREAM Vision+ (Premium)
Modified on Thu, 17 Jul at 12:32 PM
Apakah itu Vision+?
Vision+ ialah perkhidmatan media digital, penstriman TV secara langsung dan video atas permintaan yang menyediakan pelbagai kandungan seperti saluran TV tempatan, antarabangsa, dan premium, serta video atas permintaan terbaik dengan pelbagai genre.
Vision+ adalah perkhidmatan penstriman video over-the-top dari Indonesia yang dimiliki oleh MNC Group, kumpulan media terbesar di Asia Tenggara. Kandungan perkhidmatan Vision+ terdiri daripada video atas permintaan (tajuk asal, drama dan rancangan TV, filem), saluran bebas udara dan premium (termasuk saluran antarabangsa).
2. Di manakah saya boleh strim dengan Vision+?
Anda boleh menstrim melalui aplikasi Vision+ yang tersedia di Google Play Store untuk peranti Android dan Apple App Store untuk peranti iOS dan iPadOS. Anda juga boleh menstrim menggunakan laman sesawang yang disokong melalui https://www.visionplus.id/ untuk peranti lain.
3. Peranti apakah yang serasi dengan Vision+?
Vision+ tersedia pada senarai luas peranti mudah alih yang disokong internet, tablet, pelayar web dan peranti pintar:
Telefon Pintar & Tablet |
|
PC/Laptop |
|
Apple TV, Smart TV, Android TV | Android TV (OS 7.0 or above) Chromecast [Gen2 above (Firmware 1.43+)] Apple tvOS 11+ (Gen 4 above) Apple TV 4K (all 3 generations) LG TV (2018 models/ web OS 4.0 or above- not available on TV M3) Samsung TVs (2017 and above models with Tizen operating system) Hisense Smart TVs and Toshiba Smart TVs with VIDAA OS U6 1.2 and few other models |
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman web Vision+.
4. Apakah akses yang tersedia dalam Vision+?
Dengan langganan Premium, Vision+ menawarkan pengalaman penstriman yang dipertingkatkan denagn ciri-ciri eksklusif berikut:
Vision+ Premium Malaysia | |
Tonton semua tajuk | ✓ |
Muat turun kandungan terpilih | ✓ |
Cipta Profil | Sehingga 8 |
Penstriman serentak | 2 Skrin |
Maksimum log masuk peranti | 5 peranti |
Cast/Airplay | ✓ |
Kualiti Video Maksimum^^ | Sehingga Full HD (1080p) |
Kualiti Audio Maksimum | Sehingga Dolby Atmos |
Peranti serasi | Telefon, Tablet, Laptop, Android TV |
5. Di manakah sayan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vision+?
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman utama Vision+.
6. Bagaimanakah saya boleh menikmati Vision+?
Pelanggan CelcomDigi yang melanggan pas penstriman berikut boleh menikmati Vision+ secara automatik sebahagian daripada langganan mereka.
Pas Vision+ | Harga | Kuota (5G/4G) | Panggilan | Tempoh Sah Kuota | Tempoh Sah Vision+ | Pembaharuan Automatik |
SpeedSTREAM Vision+ Premium | RM49.00 | Internet & Hotspot Tanpa Had (48Mbps) | Tanpa Had (Semua Rangkaian) | 30 hari | N+30 hari (akhir hari) | Ya |
7. Adakah saya layak untuk melanggan SpeedSTREAM Vision+ (Premium)?
Pelanggan CelcomDigi Prabayar dengan pelan-pelan berikut layak untuk melanggan pas Pembaharuan Auto ini:
Pas Tanbahan | Celcom Rate Plans | Digi Rate Plans |
|
|
|
8. Bagaimanakah saya boleh melanggan SpeedSTREAM Vision+?
Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi.
Saluran | Langkah melanggan |
Aplikasi Celcom Life | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life Langkah 2: Pilih Add-Ons dan klik StreamMORE Langkah 3: Klik SpeedSTREAM Langkah 4: Pilih Vision+ (Premium) with Unlimited Internet Langkah 5: Klik untuk mengesahkan pembelian pas Vision+ yang diingini |
Aplikasi MyDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi Langkah 2: Pilih Buy Add-Ons dan klik StreamMORE Langkah 3: Klik SpeedSTREAM Langkah 4: Pilih Vision+ (Premium) with Unlimited Internet Langkah 5: Klik untuk mengesahkan pembelian pas Vision+ yang diingini |
9. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi selepas pengaktifan bundle berjaya?
Ya, anda akan menerima SMS aluan setelah langganan berjaya. SMS tersebut akan dihantar ke nombor talian CelcomDigi yang membuat langganan.
10. Bagaimanakah saya boleh mengakses akaun Vision+ saya?
Anda boleh log masuk melalui OTP yang dihantar ke nombor talian CelcomDigi anda semasa log masuk. Sila rujuk soalan #12 untuk maklumat lanjut.
11. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit sata untuk mengaktifkan Vision+. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor talian anda adalah nombor CelcomDigi yang sama digunakan semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor talian CelcomDigi tersebut.
Untuk bantuan lanjut, anda boleh menghubungi kami dengan menghantar tiket atau menghubungi kami melalui WhatsApp di sini.
12. Selepas pengaktifan bundle berjaya, bagaimanakah saya log masuk ke Vision+?
Pada pelayar desktop:
- Pergi ke Vision+ dan pilih ‘Log Masuk/Daftar’
- Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
- Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Setuju dengan Terma Penggunaan, Polisi Privasi dan Polisi Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan mengklik butang di bawah.
- Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod 4 digit tersebut ke dalam pelayar.
- Masukkan alamat emel anda dan sahkan dengan OTP yang dihantar ke emel anda (langkah ini boleh diabaikan).
- Pilih penilaian kandungan untuk Profil anda.
- Pilih bahasa kandungan yang anda inginkan.
- Mula Menstrim!
Untuk aplikasi mudah alih OIS / Android:
- Muat turun aplikasi Vision+ dari Apple App Store atau Google Play Store.
- Buka aplikasi dan klik ‘Log Masuk’.
- Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
- Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Setuju dengan Terma Penggunaan, Polisi Privasi dan Polisi Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan klik ‘Setuju & Teruskan’.
- Masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod 4 digit tersebut ke dalam aplikasi.
- Pilih penilaian kandungan untuk Profil anda.
- Pilih bahasa kandungan yang anda inginkan.
- Mula Menstrim!
Untuk peranti ruang tamu:
- Buka aplikasi Vision+ pada Peranti Ruang Tamu anda
- Klik pada ‘Setuju dan Teruskan’ dan ‘Log Masuk’.
- Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
- Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Anda kini telah log masuk ke peranti Ruang Tamu anda.
13. Saya telah melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium. Bilakah pas dan akses ini akan tamat tempoh?
- Tempoh Sah Pas Kuota Internet: Langganan kuota Internet SpeedSTREAM Vision+ akan sah sehingga 11:59pm pada hari ke-30 dari Tarikh langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan.
- Tempoh Sah Akses Vision+: Tempoh sah akses Vision+ akan mengikuti pengiraan bulan kalendar, dengan tarikh luput pada hari yang sama bulan berikutnya, atau hari terakhir bulan berikutnya, yang mana lebih awal. Contoh seperti yang ditunjukkan di bawah.
Akses Vision+ Bermula | Akses Vision+ Tamat |
30 Dec 2024 3:00 p.m. | 30 Jan 2025 2:59 p.m. |
30 Jan 2025 3:00 p.m. | 28 Feb 2025 2:59 p.m. |
28 Feb 2025 3:00 p.m. | 28 Mar 2025 2:59 p.m. |
14. Bolehkah saya melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium yang sama berkali-kali?
Tidak, anda tidak dibenarkan membuat pembelian untuk pas SpeedSTREAM Vision+ Premium yang sama berkali-kali semasa langganan masih aktif.
Walau bagaimanapun, jika anda membeli secara serentak pas Vision+ Premium yang berbeza (contohnya bermula dengan pas SpeedSTREAM Vision+ Premium, kemudian pas StreamMORE Vision+ Premium), pas Vision+ Premium yang pertama akan dibatalkan dan tidak akan diperbaharui.
Dalam contoh ini, pembaharuan hanya akan diteruskan dengan langganan terbaru sahaja, iaitu pas SpeedSTREAM Vision+ Premium. Tiada pengiraan prorata bagi caj langganan yang dibatalkan.
15. Bolehkah saya membeli pas StreamMORE atau SpeedSTREAM untuk platform penstriman yang berbeza walaupun saya telah melanggan pas Vision+ Premium dari CelcomDigi?
Ya, anda dibenarkan membeli pas StreamMORE atau SpeedSTREAM lain untuk platform penstriman yang berbeza selepas melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium.
16. Saya telah melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium. Apakah yang akan berlaku jika saya tamatkan talian atau port-out?
Jika anda menamatkan talian atau melakukan port-out, anda tidak akan dapat mengakses Vision+ serta-merta. Tiada pengiraan prorata bagi caj, dan caj penuh akan dikenakan.
17. Saya telah melanggan pas SpeedSTREAM Vision+ Premium. Apakah yang akan berlaku jika saya memindahkan talian saya ke nama pemilik lain (Transfer of Ownership)?
Akses kandungan akan dipindahkan kepada pemilik baru nombor talian tersebut. Kami menyarankan supaya anda membatalkan langganan perkhidmatan tersebut sebelum melakukan pemindahan pemilikan ke nama pemilik lain.
18. Saya telah habiskan kuota internet saya untuk menstrim kandungan di Vision+. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh melanggan Pas One-Time CelcomDigi atau melanggan Pas Bulanan dengan kuota internet yang mencukupi untuk terus menikmati kandungan di Vision+.
19. Apakah yang akan terjadi dengan pembaharuan automatik SpeedSTREAM Vision+ Premium saya jika baki talian saya tidak mencukupi?
Pembaharuan automatik SpeedSTREAM Vision+ Premium akan dibatalkan dan anda perlu melanggan semula pas tersebut.
20. Saya mempunyai langganan Vision+ yang lain melalui pelbagai saluran pembayaran (Pengebilan Operator / Kad Perbankan). Bolehkah saya melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium menggunakan nombor talian yang sama?
Untuk makluman, jika kedua-dua langganan adalah aktif, anda akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan perkara ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan membatalkan langganan yang lain.
21. Saya mempunyai lebih dari satu nombor talian CelcomDigi, bolehkah saya tukar log masuk Vision+ saya ke nombor lain?
Tidak, akses Vision+ Premium tidak boleh dipindahkan ke nombor talian lain. Pelanggan hanya boleh log masuk ke Vision+ menggunakan nombor talian CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.
Jika anda mempunyai nombor talian CelcomDigi yang lain, anda perlu melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium yang baru menggunakan nombor telefon baru melalui aplikasi Celcom Life / MyDigi.
22. Bolehkah saya menggunakan SpeedSTREAM Vision+ Premium saya pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti yang serasi menggunakan nombor talian CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.
23. Saya bukan pelanggan CelcomDigi, bolehkah saya melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium?
Hanya pelanggan CelcomDigi yang layak untuk membeli SpeedSTREAM Vision+ Premium. Anda perlu menjadi pelanggan CelcomDigi sebelum dapat melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium dan menikmati penstriman dengan nilai dan penjimatan yang lebih baik.
24. Bolehkah saya menggunakan kuota SpeedSTREAM Vision+ Premium saya semasa perantauan (roaming)?
Tidak. Kuota ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja (di dalam Malaysia).
25. Apakah terma akses saya ke Vision+?
Dengan melanggan Vision+, dalam setiap kes sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Vision+, Pelanggan (anda) juga bersetuju dan mengesahkan bahawa dia/anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut.
- Terma & syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
- Terma Penggunaan Vision+
- Lesen Perisian
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article