Soalan Lazim: CelcomDigi Postpaid StreamMORE Vision+
Modified on Thu, 17 Jul at 12:32 PM
1. Apakah itu Vision+?
Vision+ adalah perkhidmatan penstriman video over-the-top dari Indonesia yang dimiliki oleh MNC Group, kumpulan media terbesar di Asia Tenggara. Kandungan perkhidmatan Vision+ terdiri daripada video atas permintaan (tajuk asal, drama dan rancangan TV, filem), saluran bebas udara dan premium (termasuk saluran antarabangsa).
2. Apakah StreamMORE Vision+?
StreamMORE Vision+ ialah perkhidmatan penstriman yang membolehkan anda mengakses kandungan Vision+, dengan langganan yang akan dibilkan terus ke akaun CelcomDigi Postpaid bulanan anda. Setiap langganan juga disertakan dengan kuota bonus 5GB berkelajuan tinggi 4G & 5G.
3. Di manakah saya boleh mendapatkan aplikasi Vision+?
Anda boleh muat turun aplikasi Vision+ melalui:
- Android: Play Store
- iOS: App Store
- Pelayar Web: https://www.visionplus.id/ untuk peranti lain
4. Peranti apakah yang serasi dengan Vision+?
Vision+ tersedia pada senarai luas peranti mudah alih yang disokong internet, tablet, pelayar web dan peranti pintar:
PC/Laptop | Telefon & Tablet | Peranti Ruang Tamu |
|
|
|
5. Apakah akses yang tersedia dalam Vision+?
Vision+ Premium Malaysia | |
Tonton semua tajuk | ✓ |
Muat turun kandungan terpilih | ✓ |
Cipta Profil | Sehingga 8 |
Penstriman serentak | 2 Skrin |
Maksimum log masuk peranti | 5 peranti |
Cast/Airplay | ✓ |
Kualiti Video Maksimum^^ | Sehingga Full HD (1080p) |
Kualiti Audio Maksimum | Sehingga Dolby Atmos |
Peranti serasi | Telefon, Tablet, Laptop, Android TV |
6. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vision+?
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Vision+ di laman web CelcomDigi atau laman web Vision+.
7. Apakah pakej Vision+ yang tersedia pada pelan CelcomDigi Postpaid terpilih?
Add-ons | Harga | Kuota (5G+4G) | Tempoh Sah Kuota | Tempoh Sah Akses Vision+ | Pembaharuan Automatik |
Vision+ +5GB (5G+4G) | RM14.90 | 5GB | 30 Hari | 30 Hari | Ya |
Nota: Kuota 5GB adalah Internet pantas 5G+4G dan boleh digunakan untuk tethering atau hotspot. Vision+ dengan StreamMORE akan dikenakan caj berdasarkan kitaran 30 hari. Pada hari ke-31 langganan, pembaharuan automatik akan diaktifkan. Sila ambil perhatian bahawa apabila pembaharuan ini berlaku, caj akan dikenakan secara serentak.
8. Pelan CelcomDigi Postpaid manakah yang layak untuk melanggan Vision+ di bawah StreamMORE?
Berikut adalah pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak:
Pelan CelcomDigi | Pelan Celcom | Pelan Digi |
|
|
|
9. Bagaimanakah saya boleh melanggan StreamMORE Vision+?
Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi.
Saluran | Langkah melanggan |
Aplikasi Celcom Life | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life |
Aplikasi MyDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi Langkah 2: Pilih Buy Add-Ons dan klik StreamMORE Langkah 3: Pilih Vision+ (Premium) with 5GB Internet Langkah 4: Klik untuk mengesahkan pembelian pas Vision+ yang diingini |
10. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi selepas pengaktifan berjaya?
Ya, anda akan menerima SMS aluan setelah langganan berjaya dan satu lagi SMS berasingan mengenai butiran log masuk untuk akses Vision+. SMS tersebut akan dihantar ke nombor utama telefon bimbit.
Jika anda tidak menerima sebarang SMS pemberitahuan dengan pautan untuk mengakses Vision+, anda masih boleh cuba log masuk ke aplikasi Vision+. Jika masih tidak dapat log masuk, sila layari Bantuan CelcomDigi kami.
11. Saya tidak menerima OTP di telefon bimbit saya untuk mengaktifkan akses Vision+. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan anda menggunakan nombor talian CelcomDigi yang sama seperti semasa membuat langganan — OTP hanya akan dihantar ke nombor tersebut. Jika anda masih memerlukan bantuan, sila layari Bantuan CelcomDigi.
12. Setelah pengaktifan berjaya, bagaimana saya boleh log masuk ke Vision+?
Anda boleh log masuk menggunakan OTP yang dihantar ke nombor talian CelcomDigi anda.
Pada pelayar desktop:
- Pergi ke Vision+ dan pilih ‘Log Masuk/Daftar’
- Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
- Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Setuju dengan Terma Penggunaan, Polisi Privasi dan Polisi Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan mengklik butang di bawah.
- Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod 4 digit tersebut ke dalam pelayar.
- Masukkan alamat emel anda dan sahkan dengan OTP yang dihantar ke emel anda (langkah ini boleh diabaikan).
- Pilih penilaian kandungan untuk Profil anda.
- Pilih bahasa kandungan yang anda inginkan.
- Mula Menstrim!
Untuk aplikasi mudah alih OIS / Android:
- Muat turun aplikasi Vision+ dari Apple App Store atau Google Play Store.
- Buka aplikasi dan klik ‘Log Masuk’.
- Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
- Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Setuju dengan Terma Penggunaan, Polisi Privasi dan Polisi Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan klik ‘Setuju & Teruskan’.
- Masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod 4 digit tersebut ke dalam aplikasi.
- Pilih penilaian kandungan untuk Profil anda.
- Pilih bahasa kandungan yang anda inginkan.
- Mula Menstrim!
Untuk peranti ruang tamu:
- Buka aplikasi Vision+ pada Peranti Ruang Tamu anda
- Klik pada ‘Setuju dan Teruskan’ dan ‘Log Masuk’.
- Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
- Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
- Anda kini telah log masuk ke peranti Ruang Tamu anda.
13. Saya melanggan Vision+ melalui StreamMORE. Adakah akses dan kuota laju bonus saya akan diperbaharui secara automatik?
Kuota bulanan akan diperbaharui pada hari ke-31 langganan. Sila ambil perhatian bahawa apabila pembaharuan ini berlaku, caj langganan StreamMORE akan dikenakan secara serentak.
Tempoh sah akses Vision+ akan diperbaharui selepas langganan sebelumnya tamat.
14. Saya melanggan Vision+ dengan StreamMORE. Bilakah langganan akan diperbaharui secara automatik?
Jenis Langganan | Pembaharuan Kandungan | Pembaharuan Bonus Kuota |
StreamMORE | Akan diperbaharui selepas langganan sebelumnya tamat. | Pada hari ke-31 langganan Nota: Apabila pembaharuan ini berlaku, caj langganan akan dikenakan secara serentak. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan terhapus. |
15. Bolehkah saya membatalkan langganan Vision+ melalui StreamMORE pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh membatalkan pada bila-bila masa melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Tiada bayaran balik pro-rata, dan anda akan terus menikmati:
- kuota sehingga tamat kitaran bil semasa anda;
- akses Vision+ sehingga tamat tempoh langganan bulanan 30 hari anda.
Saluran | Cara membatalkan langganan |
Aplikasi Celcom Life |
|
Aplikasi MyDigi |
|
16. Saya kini melanggan Vision+ dengan StreamMORE. Bolehkah saya membuat langganan berganda untuk add-on yang sama?
Tidak. Pembelian atau langganan berganda untuk perkhidmatan yang sama di bawah StreamMORE tidak dibenarkan.
17. Apa akan berlaku jika saya tamatkan talian pascabayar saya?
Jika anda tamatkan talian pascabayar, anda tidak akan dapat mengakses Vision+ serta-merta. Tiada pengiraan caj pro-rata, dan caj penuh akan dikenakan.
18. Saya mempunyai langganan Vision+ secara bil terus yang dibeli melalui pelbagai saluran pembayaran (pengebilan operator / kad bank). Bolehkah saya masih melanggan Vision+ CelcomDigi dengan StreamMORE menggunakan nombor mudah alih yang sama?
Untuk makluman, jika kedua-dua langganan adalah aktif, anda akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan ini, anda perlu memastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan batalkan langganan yang satu lagi.
19. Bolehkah saya menggunakan langganan Vision+ dengan StreamMORE pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor talian CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.
20. Bolehkah saya menggunakan kuota bonus yang datang bersama Vision+ di bawah StreamMORE semasa perantauan?
Tidak. Kuota ini hanya terpakai untuk penggunaan domestik (dalam Malaysia sahaja).
21. Adakah Vision+ dengan StreamMORE dikenakan caj berdasarkan kitaran 30 hari?
Ya. Vision+ dengan StreamMORE dikenakan caj berdasarkan kitaran 30 hari dan akan diperbaharui secara automatik pada hari ke-31 langganan. Sila dimaklum bahawa apabila pembaharuan ini berlaku, caj perkhidmatan di bawah StreamMORE akan dikenakan secara serentak.
22. Sekiranya langganan semasa dan pembaharuan seterusnya jatuh dalam kitaran bil pascabayar yang sama, kedua-dua transaksi StreamMORE akan dibayar dalam bil pascabayar yang sama.
Pelanggan yang mula-mula membeli Vision+ dengan StreamMORE pada 28 Julai 2025 dan kemudian diperbaharui secara automatik pada 27 Ogos 2025, dalam bil pascabayar bertarikh 28 Ogos 2025, pelanggan akan melihat kedua-dua transaksi dimasukkan dalam bil yang sama.
23. Talian pascabayar saya disekat / digantung. Apa akan berlaku kepada Vision+ CelcomDigi saya dengan StreamMORE?
Anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan perkhidmatan Vision+ CelcomDigi dengan StreamMORE serta-merta.
24. Talian pascabayar saya disekat / digantung. Apa akan berlaku kepada Vision+ dengan StreamMORE yang akan diperbaharui?
Perkhidmatan Vision+ di bawah StreamMORE akan dibatalkan secara automatik, dan anda perlu melanggan semula untuk terus menikmati perkhidmatan tersebut.
25. Bolehkah saya memindahkan faedah Vision+ CelcomDigi dengan StreamMORE dari satu nombor talian ke nombor talian yang lain?
Tidak. Akses atau faedah tidak boleh dipindah milik kepada nombor talian lain.
26. Saya telah memulakan proses pemadaman akaun Vision+. Bolehkah saya batalkan pemadaman akaun tersebut?
Tidak boleh. Anda perlu melanggan semula Vision+ dengan StreamMORE.
27. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan StreamMORE Vision+ saya. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Sila layari Bantuan CelcomDigi.
28. Apakah termak akses saya ke Vision+?
Dengan melanggan Vision+, dalam setiap kes sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Vision+, Pelanggan (anda) juga bersetuju dan mengesahkan bahawa dia/anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut.
- Terma & syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
- Terma Penggunaan Vision+
- Dasar Privasi Vision+
- Lesen Perisian
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article