Add-On, Booster, dan Add-On Booster

Modified on Thu, 12 Sep at 10:07 AM

1. Bagaimana boleh saya beli sebuah Add-On dan apakah tempoh sahnya? 

Pertama sekali, anda perlu mempunyai pelan data utama untuk membeli Add-On. Kemudian, anda boleh membeli sebarang Add-On melalui papan pemuka aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi). Secara ringkasnya, Add-On yang anda beli akan luput pada tarikh yang sama dengan tarikh luput pelan anda. Untuk membaharuinya, anda hanya perlu memilih pelan yang sama dalam aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi), atau kunjungi laman "Pelan Saya" dan pilih ‘buka pembaharuan secara automatik’. 


2. Berapa lamakah tempoh pelan/Add-On sebelum ia luput? 

Tempoh sah pelan asas dan Add-On anda adalah 30 hari. Di penghujung tempoh, pelan anda telah ditetapkan untuk pembaharuan auto, jadi anda tak perlu membeli pelan yang sama berulang-ulang kali. Jika anda ingin mengubah seting ini, kunjungi ruang "Pelan Saya" dalam aplikasi dan padamkan seting automatik ini. 


3. Apakah Add-On yang disediakan? 

Anda boleh menikmati Add-On bagi IDD, perantauan dan kandungan lain apabila anda membeli pelan anda. Add-On Kandungan untuk anda bersosial di atas talian adalah termasuk;

  • Facebook (20GB)
  • Instagram (20GB)
  • Whatsapp (20GB)
  • Youtube (20GB)
  • Telegram (20GB)
  • WeChat (20GB)
  • Signal (20GB)


Anda memerlukan pelan asas terlebih dahulu sebelum boleh membeli Add-On kandungan. Lihat tawaran kami di sini.  


4. Jika saya membeli pelan tambahan (Add-On) untuk Facebook atau YouTube, adakah saya akan dapat menjejak penggunaan Add-On tersebut sahaja? 

Ya, anda boleh melakukannya. Setelah anda membeli Add-On, anda akan dapat melihat meter berbentuk donut pada Papan Pemuka yang akan memaparkan kadar penggunaan Facebook atau YouTube anda. 


5. Apa perbezaan di antara Booster dan Add-On? 

Booster kami adalah paket Data/Panggilan/SMS tambahan yang anda boleh pilih untuk ditambah pada pelan anda, bagaimana sekali pun pada bila-bila masa yang anda mahukan dalam tempoh pelan 30 hari anda. Booster yang dipilih akan kekal aktif sepanjang tempoh aktif pelan anda, dan tidak akan memanjangkan jangka waktu pelan anda. Apabila pelan anda luput, ia tidak akan dibawa ke pelan seterusnya selepas pembaharuan. 

 

Add-On adalah 'bucket' data tambahan yang khusus untuk Instagram, Facebook, dan YouTube. Anda boleh menggunakan aplikasi yang dinyatakan menggunakan data add-ons secara berasingan tanpa menjejaskan data pelan utama anda, melainkan jika anda telah menghabiskan data add-ons tersebut.  


6. Adakah Data/Panggilan/SMS daripada Booster boleh dibawa kepada bulan seterusnya? 

Booster akan kekal sah sehingga penghujung kitaran pembilan. 


Sebagai contoh, jika anda memperbaharui pelan anda pada 9 julai, pelan anda akan luput dalam masa 30 hari iaitu 8 Ogos. Sebarang booster yang anda telah beli di antara 9 Julai sehingga 8 Ogos akan luput pada 8 Ogos. 


Kami juga akan memaparkan mesej tarikh luput apabila anda mahu mengesahkan pembelian Booster anda. 


7. Boleh saya buat Video Chat dan Instagram Live dengan Add-On Instagram saya? 

Maaf, tidak boleh. Add-On Instagram kami tidak termasuk Video Chat dan Instagram Live. Sekiranya anda membuat Video Chat atau Instagram Live, anda akan menggunakan Data Asas dan bukan Data Add-On Instagram anda 


8. Apa itu Add-On Booster? 

Sebelum ini, Add-On hanya boleh dipilih apabila anda memilih atau mengubah suai pelan anda. Selepas pelan anda telah disahkan dan diaktifkan, anda tidak dapat menambah sebarang Add-On yang lain. 


Mulai 15 April 2021, anda dapat menambah mana-mana Add-On yang anda pilih pada bila-bila masa dalam tempoh pelan anda iaitu dalam tempoh 30 hari. Anda dapat menggunakan aplikasi dengan kuota data khas yang tidak akan menjejaskan kuota data asas anda sehingga kuota khas telah dihabiskan.  


9. Add-On Booster apa yang boleh saya beli? 

Ada pelbagai Add-On Booster yang disediakan. 

BoostersAplikasi yang boleh digunakanKuota
Harga
Social Media Add-Ons
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • WhatsApp
  • WeChat
  • Signal
20GBRM3
Games Add-Ons
  • CODM
  • MLBB
  • PUBG
  • AOV 
20GBRM3
Music Add-Ons
  • Spotify
  • Joox
20GBRM3
Video Chat Add-Ons
  • Microsoft Teams
  • Zoom
  • Google Meet 
20GBRM3
Other Add-Ons
  • Boost
20GBRM3
Telegram Add-On
  • Telegram
20GBRM7
Video Streaming Add-Ons
  • AstroGO
  • VIU
  • Netflix
  • YouTube
  • iflix
20GBRM7
TikTok Add-On
(untuk Masa Terhad)
  • TikTok
20GBRM3


10. Bagaimana saya pilih Add-On Booster pada aplikasi saya? 

Layar ke Dashboard aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) anda dan tekan 'Tambah kuota' pada bahagian 'Kuota Anda'. Tekan Add-On dan pilih mana-mana add-on yang anda mahukan. Credits anda akan menjadi kaedah pembayaran biasa anda jika baki Points tidak mencukupi. 


11. Adakah Add-On Booster boleh dibawa ke bulan seterusnya selepas pelan saya diperbaharui? 

Add-On Booster akan sah sehingga tamatnya kitaran bil anda. Contohnya, jika anda memperbaharui pelan anda pada 9 Mac, pelan anda akan luput 30 hari selepas itu pada 8 April. Mana-mana Add-On Booster yang anda telah beli antara 9 Mac ke 8 April akan luput pada 8 April. 


Kami juga akan paparkan mesej mengenai tarikh luput sebelum anda mengesahkan pembelian Add-On Booster. 


12. Ada tak had pembelian untuk Add-On Booster yang saya mahukan? 

Anda dapat apa yang anda mahu, jadi tiada had pada Add-On yang anda beli sebagai Booster. Anda juga dapat memilih kesemua Add-On kami sebagai Booster jika anda mahu!

 

13. Apa yang akan terjadi jika saya membeli Add-On yang sama? Adakah kuotanya akan berganda? 

Jika anda membeli dua Add-On yang sama, kuotanya akan berganda. Contohnya, jika anda mempunyai Add-On Facebook 20GB dan anda membeli satu lagi Add-On Facebook 20GB, ia akan tertera sebagai Add-On Facebook 40GB pada Dashboard anda.


14. Kenapa saya tak ada Add-On Booster pada aplikasi saya? 

Sila pastikan aplikasi anda sudah dikemaskini. Add-On Booster tersedia dalam versi terkini aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi). 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article