Promosi ‘Main PUBG MOBILE Secara Percuma’

Modified on Thu, 12 Sep at 10:00 AM

1. Apakah promosi ‘Main PUBG MOBILE Secara Percuma’? 

Promosi ‘Main PUBG MOBILE Secara Percuma’ menawarkan 20GB data secara percuma kepada pemain PUBG Mobile melalui langganan kepada Add-On PUBG MOBILE.

 

2. Berapa lama Promosi ini akan dijalankan? 

Promosi ini akan berlangsung dari 27 Januari 2019 sehingga notis selanjutnya.  


3. Siapakah yang boleh menikmati Promosi ini? 

Promosi ini terbuka kepada pelanggan Yoodo (oleh CelcomDigi) sedia ada. 


4. Saya adalah pelanggan Yoodo (oleh CelcomDigi) yang sedia ada. Bagaimanakah boleh saya menikmati Promosi ini?  

Pastikan anda telah mempunyai pelan data utama terlebih dahulu. Tekan ‘Tukar Pelan’ dan kemudian pilih 'Add-On percuma 20GB PUBG MOBILE'. Sekiranya pelan anda diperbaharui sebelum tempoh promosi ini, ianya akan berkuat kuasa pada kitaran bil seterusnya. 


5. Selepas melanggan Add-On percuma 20GB PUBG, adakah ia akan menjejaskan kuota pelan utama saya? 

Sebaik sahaja kuota Add-On 20GB PUBG MOBILE anda habis, ia akan ditolak dari kuota pelan data utama anda. 


6. Bagaimanakah jika kuota kandungan tambahan PUBG Mobile Add-On saya hampir habis? Bolehkah saya membuat langganan baru? 

Buat masa kini, anda tidak boleh membuat lebih daripada satu langganan untuk Add-On 20GB PUBG MOBILE pada bulan yang sama. Langganan Add-On 20GB PUBG MOBILE akan diperbaharui bersama dengan pelan utama anda. Jika anda memerlukan lebih banyak kuota serta-merta untuk pelan utama anda, anda boleh melanggani pelan data booster. 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article