Bagaimanakah kuota Internet saya ditolak?
Modified on Fri, 31 Jan at 2:20 PM
Celcom
1. Ganjaran Promosi
Jika anda menerima kuota Internet percuma daripada promosi atau kempen, kuota tersebut akan digunakan terlebih dahulu untuk semua penggunaan yang layak.
2. Add-On Kuota
Jika anda telah membeli kuota Internet tambahan atau Booster, penggunaan yang layak akan ditolak dari kuota ini selepas kuota dari ganjaran promosi.
3. Add-On Kuota dengan Kontrak (Berulang Secara Bulanan)
Seterusnya, penggunaan Internet anda akan ditolak daripada kuota ini jika anda melanggan Add-On Internet tambahan.
4. Kuota Internet Asas
Setelah habis kuota di atas, penggunaan Internet anda akan ditolak daripada kuota ini yang disertakan dengan langganan pelan pascabayar.
Digi
1. Ganjaran Promosi
Jika anda menerima kuota Internet percuma daripada promosi atau kempen, kuota tersebut akan digunakan terlebih dahulu untuk semua penggunaan yang layak.
2. Add-On Tanpa Had untuk Sosial / Penstriman / Gaming (Berulang Secara Bulanan)
Jika anda melanggan Add-On Tanpa Had untuk Sosial / Penstriman / Gaming, penggunaan Internet anda akan ditolak dari kuota ini apabila menggunakan aplikasi sosial media, penstriman atau permainan yang layak.
3. Akses Penuh Add-On Tambah Nilai Internet Tanpa Kontrak (Pembelian Sekali)
Jika anda telah membeli tambahan kuota Internet atau booster, penggunaan seterusnya yang layak akan ditolak dari kuota ini.
4. Kuota Hotspot
Kuota ini khusus untuk penggunaan hotspot/ tethering dan akan diberi keutamaan apabila tetapan hotspot dihidupkan dan disambungkan ke peranti lain.
5. Akses Penuh Add-On Tambah Nilai Internet Dengan Kontrak (Berulang Secara Bulanan)
Seterusnya, penggunaan Internet anda akan ditolak dari kuota ini jika anda melanggan Add-On Internet.
6. Kuota dari Perkongsian Internet
Jika talian anda adalah talian tambahan, penggunaan anda akan ditolak dari perkongsian kuota Internet yang dikongsi oleh talian utama anda.
7. Kuota Asas Internet
Setelah habis kuota di atas, penggunaan Internet anda akan ditolak daripada kuota ini yang disertakan dengan langganan pelan pascabayar.
Jika anda memerlukan bantuan, hantar permintaan kepada kami.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article