Facebook Walla

Modified on Mon, 20 Jan at 8:36 AM

1. Apakah Add-On Facebook Walla?

Internet kelajuan tinggi dalam aplikasi mudah alih / pelayar mudah alih Facebook, Twitter, WhatsApp, WeChat dan IMO.

 

2. Bagaimanakah saya boleh melanggan Add-On Facebook Walla?

Anda boleh melanggan melalui Aplikasi Celcom Life App atau dail *118*3#.

 

3. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk Add-On Facebook Walla?

Pembaharuan automatik tersedia untuk Add-On Facebook Walla mingguan dan bulanan.

 

4. Bagaimanakah saya menghentikan pembaharuan auto untuk Add-On Facebook Walla?

Anda boleh menghentikan pembaharuan automatik melalui Aplikasi Celcom Life atau hanya dail *118*3#.

 

5. Bagaimanakah kuota saya digunakan apabila saya melanggan Add-On Facebook Walla?

Jika anda mempunyai pelan Internet yang aktif, kuota pelan Internet anda tidak akan digunakan apabila anda mengakses laman Facebook yang dibenarkan pada kelajuan tinggi.

Jika anda tidak mempunyai pelan Internet yang aktif, anda akan menikmati laman Facebook yang dibenarkan pada kelajuan tinggi menggunakan kuota Add-On Facebook Walla.

 

6. Bagaimanakah jika saya mengakses pautan di Facebook?

Jika kandungan dalam Facebook, kuota Add-On Facebook Walla anda akan digunakan.

Jika pautan kandungan berada di luar Facebook: 

  • Dengan Pelan Internet aktif: kuota Pelan Internet anda akan digunakan.
  • Tanpa Pelan Internet yang aktif: anda akan melayari pada kelajuan dikurangkan 64kbps.

   

7. Adakah saya akan dikenakan bayaran kerana saya menggunakan data untuk aplikasi lain apabila saya melanggan Add-On Facebook Walla?

Tidak, sebaik sahaja anda melanggan Add-On Facebook Walla, anda tidak akan dikenakan bayaran berdasarkan penggunaan sepanjang tempoh sah Add-On tersebut.

   

Jika anda bukan pelanggan Magic SIM, Turbo atau pelan Celcom XPAX terkini dan anda melanggan Add-On Facebook Walla, anda juga akan diberikan 100MB Internet Asas Percuma dengan kelajuan dihadkan pada 64kbps sepanjang tempoh sah Facebook Walla.

   

Setelah 100MB digunakan sepenuhnya, akses anda akan disekat sehingga tamat tempoh sah Add-On.

Hanya beli Add-On lagi untuk menikmati Facebook berkelajuan tinggi sekali lagi.

 

8. Apakah kedudukan keutamaan penggunaan data untuk semua Internet?

  1. Hadiah percuma (freebies)
  2. Tambahan
  3. Pelan Internet
  4. Internet Asas Percuma
  5. Bayar setiap penggunaan

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article