Bagaimanakah cara untuk mengagihkan kuota Internet kepada talian tambahan?

Modified on Thu, 26 Feb at 11:57 AM

Notis Penting:
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menambah baik perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik, pelanggan yang melanggan pelan dengan ciri perkongsian internet tidak akan dapat membuat pelarasan kuota perkongsian kepada talian tambahan buat sementara waktu bermula 1 April 2026 sehingga dimaklumkan kelak. 

Sila semak dan kemas kini kuota perkongsian internet anda melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi sebelum 31 Mac 2026. Tetapan perkongsian semasa anda (setakat 31 Mac 2026, 11:59 malam) akan kekal tanpa sebarang perubahan. 

Sebagai alternatif, anda boleh menaik taraf ke pelan CelcomDigi terkini kami yang menawarkan internet tanpa had, kelajuan tanpa had serta diskaun sehingga 50% untuk talian tambahan.


Sebagai pemilik talian utama, anda boleh mengurus dan mengagihkan jumlah kuota Internet tertentu untuk setiap talian tambahan anda. Harap maklum bahawa hanya pemilik talian utama yang boleh berkongsi Internet, dan caj tambahan mungkin dikenakan bergantung pada pelan langganan anda. 


Rujuk jadual di bawah untuk butiran caj dan pelan yang layak untuk perkongsian Internet:

Celcom

  • PERCUMA untuk pelanggan:
  • Pelan Celcom MEGA 80/ MEGA 98/ MEGA 128/ MEGA 158/ MEGA 188.
  • Pelan Celcom Mobile Gold/ Gold Plus/ Platinum/ Platinum Plus.

  • RM5 sebulan untuk Celcom MEGA dengan pas Lightning XL/ Lightning L/ Lightning M.
Digi
  • PERCUMA untuk pelanggan pelan Digi Postpaid 2021.
  • RM10 sebulan untuk pelanggan pelan Digi Postpaid lama (sebelum 23 Februari 2021).


Nota: Perkongsian Internet tidak tersedia untuk pelan tanpa had.

Cara untuk Mengagihkan Kuota Internet kepada Talian Tambahan melalui Aplikasi


Melalui aplikasi Celcom Life:


Melalui aplikasi MyDigi:


Penting: Jika anda tidak memperuntukkan sebarang kuota Internet untuk perkongsian, talian tambahan anda boleh menggunakan semua kuota yang boleh dikongsi dalam pelan anda.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article