Soalan Lazim: Kempen Google x PUBG Mobile
Modified on Wed, 4 Jun at 10:00 AM
1. Apakah promosi ini?
Tambah nilai kredit dalam permainan PUBG Mobile sebanyak 1,500 UC (RM115) atau lebih melalui Google Play Store dalam satu transaksi dan bayar menggunakan pengebilan terus (direct operator billing) CelcomDigi untuk menerima satu item dalam permainan secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat.
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Dari 4 Jun 2025 hingga 30 Jun 2025, selagi stok masih ada.
Semua pelanggan CelcomDigi yang menetap di Malaysia layak menyertai kempen ini, kecuali:
- Pelanggan pascabayar yang mempunyai bil tertunggak atau telah melebihi had transaksi.
- Pelanggan prabayar yang mempunyai kredit tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi.
- Pelanggan bukan pengguna Android dan bukan pengguna Google Play Store.
4. Adakah promosi ini sah di semua platform?
Tidak, promosi ini hanya sah bagi peserta yang membeli kredit permainan PUBG Mobile melalui Google Play Store dan membuat bayaran menggunakan pengebilan terus CelcomDigi.
5. Apakah denominasi kredit PUBG Mobile yang terpilih untuk kempen ini?
1,500 UC, 3,000 UC dan 6,000 UC.
6. Bagaimanakah untuk saya mengetahui jika saya menerima item dalam permainan PUBG Mobile?
Peserta yang memenuhi semua kriteria kempen akan menerima kod baucar melalui SMS dalam tempoh 7 jam. Jika anda tidak menerima kod tersebut, ini bermakna anda tidak memenuhi syarat kempen atau semua item dalam permainan telah ditebus sepenuhnya.
7. Adakah kod baucar ini boleh dipindah milik atau ditebus dengan wang tunai?
Kod baucar ini boleh dipindah milik tetapi tidak boleh ditebus dengan wang tunai.
8. Bagaimanakah saya boleh menebus item dalam permainan ini?
Hanya peserta yang mempunyai ID pemain PUBG Mobile yang sah boleh menebus item dalam permainan menggunakan kod baucar di PUBG Mobile Redemption Center: https://www.pubgmobile.com/my/event/redeemcode/.
9. Adakah terdapat had atau batasan dalam kempen ini?
- Promosi ini hanya sah untuk pembelian 1,500 UC, 3,000 UC dan 6,000 UC PUBG Mobile dari Google Play Store.
- Tidak sah untuk pakej lain dalam PUBG Mobile atau sebarang item selain kredit permainan.
- Perbelanjaan minimum sebanyak RM100 atau lebih dalam satu transaksi diperlukan.
- Satu nombor MSISDN/nombor mudah alih hanya boleh membuat satu tuntutan sepanjang tempoh kempen.
- Hanya transaksi melalui Google Play Store yang dibayar menggunakan pengebilan terus CelcomDigi akan diterima.
- Kod baucar adalah terhad dan akan diagihkan kepada peserta yang layak berdasarkan first-come, first-served.
10. Berapakah tempoh sah laku kod baucar ini?
Setiap kod baucar adalah sah sehingga 31 Julai 2025. Kod yang tidak digunakan selepas tempoh sah laku akan dibatalkan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article