Soalan Lazim: Kempen Pulangan Tunai CelcomDigi x Garena

Modified on Tue, 1 Jul at 10:00 AM

1. Apakah promosi ini?

Belanja RM100 atau lebih di Garena Top-Up Center (https://shop.garena.my/) dan bayar melalui Celcom untuk menikmati RM5 pulangan tunai! Tertakluk kepada terma dan syarat.
 

2. Bilakah tempoh kempen ini?

Dari 1 Julai 2025 hingga 31 Julai 2025, selagi stok masih ada.

 

3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?

Pelanggan Celcom yang menerima notifikasi mengenai Kempen Pulangan Tunai RM5, kecuali yang berikut:

  • Pelanggan pascabayar yang mempunyai bil tertunggak atau telah melebihi had transaksi.
  • Pelanggan prabayar yang mempunyai baki kredit tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi.
  • Pemain yang tidak mempunyai akaun atau ID pemain Garena.

 

4. Adakah promosi ini sah di semua platform?

Tidak. Promosi ini hanya sah untuk peserta yang membeli Garena Shells melalui Garena Top Up Center dan bayar melalui Celcom.

 

5. Apakah denominasi Garena Shells yang terpilih untuk kempen ini?

Denominasi yang terpilih ialah 1,300 Shells, 2,600 Shells, 3,900 Shells dan 5,200 Shells.

 

6. Bagaimanakah untuk saya ketahui jika saya menerima pulangan tunai RM5?
Peserta yang memenuhi semua syarat kempen akan menerima SMS pengesahan pulangan tunai dalam masa 2 jam. Jika anda tidak menerima SMS tersebut, ini bermakna syarat kempen tidak dipenuhi atau kuota pulangan tunai telah habis ditebus.

 

7. Adakah jumlah pulangan tunai ini boleh dipindah milik atau ditebus dalam bentuk wang tunai?

Tidak. Jumlah pulangan tunai ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditebus dalam bentuk wang tunai.

 

8. Bagaimanakah saya boleh menuntut pulangan tunai ini?

Tiada tuntutan secara manual diperlukan. Jika peserta memenuhi semua syarat kempen dan kuota pulangan tunai masih tersedia, pulangan tunai RM5 akan dikreditkan secara automatik ke akaun bil peserta.

  • Pengguna pascabayar yang layak akan menerima pulangan tunai sebagai rebat dalam kitaran bil semasa.
  • Pengguna prabayar yang layak akan menerima pulangan tunai sebagai kredit prabayar.

 

9. Adakah terdapat had atau sekatan untuk kempen ini?

  • Promosi ini hanya sah untuk pembelian 1,300 Shells, 2,600 Shells, 3,900 Shells dan 5,200 Shells dari Garena Top Up Center.
  • Tidak sah untuk tawaran Garena lain atau sebarang item selain daripada denominasi yang disenaraikan di atas.
  • Perbelanjaan minimum sebanyak RM100 dalam satu transaksi diperlukan.
  • Hanya satu tuntutan pulangan tunai dibenarkan bagi setiap nombor mudah alih (MSISDN) sepanjang tempoh kempen.
  • Hanya transaksi yang dibayar melalui pengebilan Celcom di Garena Top Up Center yang layak.
  • Kuota pulangan tunai adalah terhad dan akan diberikan kepada peserta yang layak berdasarkan konsep first-come, first-served.

 

10. Apakah tempoh sah pulangan tunai ini?

Tempoh sah pulangan tunai RM5 bergantung kepada jenis akaun anda:

  • Pengguna pascabayar: Pulangan tunai akan ditunjukkan sebagai rebat dalam kitaran bil semasa.
  • Pengguna prabayar: Pulangan tunai akan dikreditkan sebagai kredit prabayar dan mengikut tempoh sah baki kredit prabayar anda. Pastikan talian anda kekal aktif untuk menggunakan pulangan tunai ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article