Power Pass

Modified on Thu, 12 Sep at 9:20 AM

1. Apa itu Power Pass? 

Power Pass menawarkan kuota internet pantas yang besar untuk jangka masa yang pendek pada harga yang rendah. 


2. Berapa banyak jenis Power Pass yang ditawarkan? 

Ada tiga jenis Power Pass yang anda boleh beli: 

  1. RM2 untuk 100GB. sah selama 1 jam 
  2. RM5 untuk 100GB, sah selama 3 jam 
  3. 100 GB untuk RM 10, sah selama 12 jam. 


3. Apa beza di antara ketiga-tiga Power Pass? 

Perbezaannya adalah pada tempoh sah setiap pas - sah untuk 1 jam, 3 jam dan 12 jam. 

Dan sudah tentu, harga pun berbeza. 


4. Bagaimana cara untuk saya beli Power Pass? 

Untuk membeli Power Pass, anda perlu mempunyai Data Asas atau Data Booster pada pelan anda. Kemudian, klik butang pembelian untuk Power Pass pada skrin utama dan pilih Power Pass yang anda mahu. Power Pass anda akan diaktifkan serta-merta dan anda boleh jejak penggunaannya pada dashboard anda. Jika anda tidak mempunyai Data Asas atau Data Booster pada pelan anda, anda tidak boleh membeli Power Pass tersebut.

 

5. Bolehkah saya beli lebih daripada 1 jenis Power Pass dalam satu masa? 

Tidak, anda hanya boleh mengaktifkan satu Power Pass dalam satu-satu masa. Anda hanya boleh membeli Power Pass yang lain setelah Power Pass yang terdahulu luput. 


6. Berapa lama Power Pass saya akan bertahan? 

Power Pass anda akan luput apabila telah sampai ke had masa penggunaan. Namun, jika pelan asas anda luput sebelum tiba ke had masa, Power Pass anda akan luput bersama pelan asas anda. Contohnya, jika anda membeli Power Pass 100GB untuk 60 minit tetapi pelan asas anda luput dalam tempoh 30 minit, Power Pass anda akan mengikut had masa pelan asas anda dan hanya boleh bertahan selama 30 minit. 


7. Bagaimana cara untuk saya jejak Power Pass saya? 

Selepas membeli Power Pass, satu bar akan muncul pada dashboard Power Pass anda di skrin utama bagi membolehkan anda menjejak penggunaan kuota anda. Anda akan lihat waktu luput secara tepat di bawah bar tersebut. 


8. Boleh saya beli lebih daripada satu Power Pass? 

Ya, anda boleh beli seberapa banyak yang anda mahu dalam sehari, tetapi hanya SATU Power Pass boleh diaktifkan pada satu-satu masa. Pengguna hanya boleh membeli Power Pass yang lain setelah Power Pass yang terdahulu luput. 


9. Saya ada Add-On YouTube 20GB semasa saya membeli Power Pass. Data mana yang digunakan dahulu? 

Data Power Pass akan sentiasa digunakan dahulu, walaupun anda mempunyai Add-On. 


10. Boleh saya guna Power Pass semasa merantau? 

Malangnya, tidak boleh. Power Pass hanya boleh digunakan dalam negara. 


11. Boleh saya guna Data Power Pass untuk tethering? 

Ya, tiada had untuk seberapa banyak data yang mahu tether. Yang ada cuma had kuota anda. 


12. Saya melanggan pelan Unlimited, boleh saya beli Power Pass? Kemudian, boleh saya aktifkan hotspot menggunakannya? 

Sudah tentu! Anda boleh membeli Power Pass (kelajuan tinggi) pada pelan Unlimited anda, dan menggunakan data Power Pass untuk tujuan hotspot.  

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article