Penipuan E-Dagang

Modified on Wed, 24 Jul at 3:41 PM

Penipuan e-dagang, juga dikenali sebagai penipuan pembelian dalam talian, adalah aktiviti penipuan yang berlaku di platform beli-belah dalam talian atau melalui pasaran e-dagang dan platform media sosial. Dalam beberapa kes, scammer malah mengiklankan di media sosial untuk menipu orang ramai agar mempercayai mereka ialah peniaga yang sebenar.


Cara Mengesan Penipuan e-Dagang

  • Scammer akan mengiklankan produk & perkhidmatan pada harga yang rendah dan tidak masuk akal, untuk jangka masa terhad.
  • Laman e-dagang mungkin kelihatan sah tetapi tidak mempunyai maklumat penting atau terma & syarat yang tidak dinyatakan. 
  • Scammer akan cuba mengalih perbualan ke platform berbeza untuk mengelakkan daripada dikesan bahawa mereka sedang menipu.
  • Scammer akan meminta kaedah pembayaran di luar platform seperti pemindahan bank. 
  • Review yang kelihatan mencurigakan atau terlalu positif yang dimanipulasi oleh scammer
  • Scammer mungkin menghantar kepada mangsa fail atau pautan .APK (Kit Pembungkusan Aplikasi) untuk memasang aplikasi yang tidak disahkan untuk tujuan membuat temu janji dan pembayaran. Ketahui lebih lanjut tentang penipuan APK di sini. 
  • Scammer akan meminta butiran peribadi/perbankan/kod OTP yang mungkin meletakkan mangsa dalam risiko. 
  • Pembayaran pendahuluan dikenakan sebelum mereka menawarkan tawaran yang menarik.


Perkara yang perlu diingat:

  • JANGAN percaya tawaran yang tidak masuk akal. 
  • Beli di platform yang dipercayai, pastikan anda memilih penjual yang sah dan kedai jenama rasmi. 
  • Pastikan laman web mempunyai sambungan yang selamat (cari "https://" dan ikon kunci di bar alamat).
  • JANGAN bersetuju dengan mana-mana pemindahan bank daripada platform membeli-belah dalam talian. 
  • JANGAN klik pada pautan yang dihantar oleh penjual yang meminta pengesahan pembelian tambahan, kerana mereka mungkin mengumpul maklumat anda atau memuat turun perisian berbahaya ke peranti anda. 
  • Berhati-hati dengan review palsu atau terlalu positif.  
  • JANGAN berkongsi maklumat peribadi/kewangan, termasuk kod OTP/TAC kepada sesiapa. 
  • Pastikan perisian antivirus dan anti-malware peranti anda dikemas kini untuk melindungi anda daripada sebarang ancaman.

 

Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article