Penipuan Tugas Dalam Talian
Modified on Thu, 9 Jan at 9:38 AM
Penipuan Tugas Dalam Talian memperdaya anda dengan janji untuk memperoleh upah dengan menyelesaikan tugas mudah dalam talian, seperti menyukai video, menilai produk, atau membuat pembelian kecil. Scammer sering mengatakan bahawa aktiviti ini ada untuk membantu meningkatkan jualan produk atau populariti. Tetapi jangan tertipu—komisen dan pembayaran tersebut hanyalah ilusi.
Bagaimana Penipuan Tugas Dalam Talian Berlaku?
- Scammer biasanya menghubungi anda melalui aplikasi mesej atau media sosial, menawarkan upah yang tinggi untuk tugasan mudah seperti menekan ‘suka’ pada pos atau klik pada pautan untuk meningkatkan populariti produk.
- Untuk memperdaya anda supaya mempercayai mereka, scammer akan membayar sejumlah kecil bagi tugasan pertama supaya anda merasakan bahawa ini adalah cara yang sah untuk memperoleh pendapatan.
- Untuk teruskan, mereka menawarkan tugas “pulangan tinggi” atau tugas bonus tetapi memerlukan anda membuat bayaran terlebih dahulu untuk menyertainya, dengan janji pembayaran penuh selepas tugas tersebut diselesaikan.
- Apabila anda cuba mengeluarkan pulangan ataupun wang anda, scammer akan menyukarkan proses tersebut dengan mengenakan bayaran pemprosesan yang tinggi. Setelah anda membayar, scammer akan menghilangkan diri tanpa sebarang bayaran balik atau pendapatan yang dijanjikan.
Contoh Penipuan Tugas Dalam Talian:
Perkara yang Perlu Diingati:
- Iklan yang menjanjikan pulangan tinggi untuk kerja yang sangat mudah, “kerja dari rumah”, atau tugas “hanya perlukan telefon pintar” selalunya adalah penipuan. Jika ia kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, ia adalah penipuan.
- Mana-mana pekerjaan yang meminta anda mengeluarkan wang sendiri sebelum anda dibayar adalah berisiko. Jangan sekali-kali bayar untuk mendapatkan bayaran.
- Iklan pekerjaan yang sah biasanya memerlukan kemahiran, kelayakan, atau pengalaman. Penipuan sentiasa membuatkan pekerjaan itu kelihatan terbuka untuk semua orang.
- Semak latar belakang dan reputasi syarikat sebelum menerima sebarang tawaran. Jika sukar untuk mengesahkannya, itu adalah petanda amaran.
- Sentiasa peka dengan penipuan yang biasa, kerana taktik penipuan sentiasa berkembang. Kesedaran adalah pertahanan terbaik anda untuk mengelak menjadi mangsa.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article