Bagaimanakah cara untuk saya melakukan pinjaman kredit?

Modified on Wed, 19 Nov at 11:09 AM

Pendahuluan Kredit untuk Celcom dan Pendahuluan Talktime untuk Digi


1. Apakah Pendahuluan Kredit/Talktime (Credit/Talktime Advance)?

Pendahuluan Kredit/Talktime ialah perkhidmatan yang menyediakan kredit kecemasan apabila baki Prabayar anda rendah atau tidak mencukupi.


2. Siapakah yang layak untuk Pendahuluan Kredit/Talktime?

Semua pelanggan Prabayar CelcomDigi.


3. Adakah terdapat sebarang caj untuk menggunakan Pendahuluan Kredit/Talktime?

Ya, terdapat caj perkhidmatan yang kecil. Jumlah bayaran balik keseluruhan (kredit yang dipinjam ditambah yuran) akan diperincikan dalam SMS yang anda terima dan akan ditolak daripada tambah nilai (reload) anda yang seterusnya.


4. Adakah Pendahuluan Kredit/Talktime akan melanjutkan tempoh sah talian saya (line validity)?

Ya, tempoh sah talian anda akan dilanjutkan. Tempoh lanjutan akan dinyatakan dalam SMS yang anda terima.


5. Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pendahuluan Kredit/Talktime?

Anda boleh memohon Pendahuluan Kredit/Talktime melalui saluran:

  • Celcom: Melalui saluran SMS dan USSD
  • Digi: Melalui saluran USSD dan aplikasi MyDigi


Sebagai alternatif, anda akan menerima tawaran SMS apabila kredit anda rendah atau tidak mencukupi. Jika talian anda tidak aktif, anda mungkin menerima tawaran untuk melanjutkan tempoh sah dan mengaktifkan semula nombor anda.

Anda juga boleh memohon Pendahuluan Kredit/Talktime pada bila-bila masa dengan mendail *118*3# (Celcom & Digi) atau dengan menghantar kata kunci yang relevan melalui SMS ke 22262 (Celcom sahaja) tertakluk kepada kelayakan anda.


6. Berapa kali saya boleh memohon Pendahuluan Kredit/Talktime?

Anda boleh memohon beberapa kali, dengan syarat semua jumlah tertunggak sebelum ini (termasuk yuran) telah dibayar balik sepenuhnya.


7. Bagaimanakah saya membayar balik Pendahuluan Kredit/Talktime?

Bayaran balik adalah secara automatik—tambah nilai kredit anda yang seterusnya akan digunakan untuk melangsaikan jumlah tertunggak (kredit dan yuran perkhidmatan).


8. Bagaimanakah saya tahu Pendahuluan Kredit/Talktime saya telah dibayar?

Notifikasi SMS akan mengesahkan bahawa jumlah tertunggak telah ditolak daripada baki kredit anda.


9. Apakah itu Kredit Automatik (Auto Credit)?

Kredit Auto ialah ciri pilihan yang secara automatik menyediakan kredit berdasarkan kelayakan anda, tanpa memerlukan anda menerima setiap tawaran secara manual.


10. Bagaimanakah cara untuk saya melanggan/berhenti melanggan Kredit Automatik?

Pelan

Saluran

Permohonan Sekali Sahaja

Kredit Automatik

Celcom

USSD

  1. Dail *118#
  2. Pilih 'Credit Advance & Services'
  3. Pilih 'Get Credit Advance'
  4. Pilih jumlah ‘Credit Advance’ daripada senarai

Langganan:

  1. Dail *118#
  2. Pilih 'Credit Advance & Services'
  3. Pilih 'Get Credit Advance'
  4. Pilih 'Auto Credit'
  5. Pilih 'Subscribe'

Pembatalan:

  1. Dail *118#
  2. Pilih 'Credit Advance & Services'
  3. Pilih 'Get Credit Advance'
  4. Pilih 'Auto Credit'
  5. Pilih 'Unubscribe'

SMS

SMS ‘ADVx’ ke 22262


Nota: ‘x’ merujuk kepada jumlah pendahuluan kredit

Langganan: 


Hantar SMS ‘OK’ ke 22262

Pembatalan: 


Hantar SMS ‘QUIT’ ke 22262

Digi

USSD

  1. Dail *118#
  2. Pilih Talktime Advance & Services'
  3. Pilih 'Get Talktime Advance'
  4. Pilih jumlah ‘Talktime Advance’ daripada senarai

Tidak berkenaan

Aplikasi MyDigi

  1. Log masuk ke aplikasi MyDigi
  2. Di halaman utama, tekan butang 'Reload'
  3. Pilih 'Advance' dalam panel di bahagian atas
  4. Pilih 'Talktime Advance RMXX' untuk melengkapkan transaksi


Nota: RMXX merujuk kepada jumlah yang dikehendaki

Tidak berkenaan


11. Mengapakah baki saya ditolak selepas saya tambah nilai (reload)?

Sebarang Pendahuluan Kredit/Talktime tertunggak (termasuk yuran perkhidmatan) akan ditolak secara automatik daripada baki kredit utama anda selepas tambah nilai. Jika kredit anda tidak mencukupi, potongan separa akan dibuat, dan baki akan dikutip daripada tambah nilai yang akan datang.

 

12. Bolehkah saya memohon Pendahuluan Kredit/Talktime lain jika saya belum membayar balik yang sedia ada?

Ya, anda boleh memohon beberapa kali pendahuluan kredit, tertakluk kepada kelayakan pada masa permohonan.

 

13. Mengapakah terdapat yuran perkhidmatan walaupun saya tidak menggunakan Pendahuluan Kredit/Talktime?

Yuran perkhidmatan dicaj semasa langganan perkhidmatan, tanpa mengira penggunaan. Bayaran balik tidak disediakan.

 

14. Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan dalam jumlah Pendahuluan Kredit/Talktime yang ditawarkan kepada setiap pelanggan?

Jumlah Pendahuluan Kredit/Talktime yang ditawarkan adalah tidak tetap. Ia diberikan berdasarkan kriteria kelayakan CelcomDigi yang berbeza-beza, yang mungkin berbeza antara satu pelanggan dengan yang lain.

 

15. Mengapakah saya layak sebelum ini tetapi tidak lagi?

Kelayakan adalah berdasarkan pelbagai faktor yang boleh berubah, seperti corak tambah nilai dan sejarah penggunaan. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menambah nilai secara berkala untuk meningkatkan peluang anda.


16. Jika talian saya tidak aktif dan saya menggunakan Pendahuluan Kredit/Talktime, bolehkah saya mengakses internet mudah alih?

Tidak, Pendahuluan Kredit/Talktime tidak akan mengaktifkan internet mudah alih jika talian anda tidak aktif.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article