Penipuan Pinjaman Guna Identiti Orang Lain

Modified on Thu, 14 May at 2:03 PM

Penipuan ini berlaku apabila penjenayah menggunakan butiran identiti yang dicuri untuk memohon pinjaman bank atas nama mangsa. Duit pinjaman yang diluluskan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mangsa, seolah-olah transaksi itu sah. Selepas itu, penipu akan segera hubungi mangsa dan mendakwa duit tersebut “tersalah masuk”, lalu mendesak supaya dipulangkan. Hakikatnya, mangsa yang perlu menanggung bayaran balik pinjaman, manakala penipu lesap dengan duit tersebut. 


Bagaimanakah ia berlaku?

  • Kecurian identiti: Penipu mendapatkan atau membeli maklumat peribadi mangsa (IC, nombor telefon, maklumat perbankan) dan menggunakannya untuk memohon pinjaman tanpa pengetahuan mangsa. 
  • Pinjaman diluluskan dan duit dimasukkan: Selepas diluluskan, jumlah pinjaman akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank mangsa tanpa disedari. 
  • Dakwaan “tersalah pindahan”: Penipu akan menghubungi mangsa dan mendakwa bahawa duit tersebut telah tersalah dimasukkan atau sebenarnya milik mereka. 
  • Tekanan dan ugutan: Mangsa akan didesak dengan alasan kecemasan, dipengaruhi dengan rasa bersalah, atau diugut dengan tindakan undang-undang serta laporan polis. 
  • Mangsa memindahkan duit: Oleh sebab mangsa mempercayai ia merupakan suatu kesilapan, mangsa akan memindahkan duit tersebut ke akaun penipu atau akaun keldai. 
  • Akhirnya: Mangsa tetap bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman sepenuhnya, manakala penipu menghilangkan diri bersama duit tersebut. 


Perkara yang perlu diingati

  • Wang yang tidak dijangka adalah tanda amaran: Sebarang kredit pinjaman yang tidak anda mohon perlu dianggap mencurigakan sehingga disahkan dengan pihak bank. 
  • Jangan pindahkan wang berdasarkan tuntutan lisan: Jangan sekali-kali mengikut arahan daripada pemanggil yang tidak dikenali, walaupun dalam keadaan mendesak, emosi, atau dakwaan kesusahan. 
  • Berhenti sebelum bertindak: Penipu menggunakan panik untuk mengaburi pertimbangan. Ambil masa untuk mengesahkan maklumat sebelum bertindak, dan jangan sesekali memindahkan wang di bawah tekanan. 
  • Sahkan melalui saluran rasmi sahaja: Hubungi bank anda hanya melalui nombor hotline rasmi atau aplikasi perbankan yang selamat. Jangan bergantung pada maklumat hubungan yang diberikan oleh pemanggil, SMS, atau platform mesej. 
  • Biarkan bank uruskan transaksi yang tersilap atau penipuan: Semua kes yang melibatkan transaksi tersilap atau penipuan akan diuruskan secara dalaman oleh pihak bank. Pelanggan tidak perlu dan tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang pemindahan dana secara langsung antara akaun. 
  • Laporkan segera: Segera maklumkan kepada pihak bank dan pihak berkuasa yang berkaitan jika anda mengesyaki penyalahgunaan identiti atau menerima sebarang kredit atau dana pinjaman yang mencurigakan atau tidak dijangka. 


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article