Penipuan Penyamar Keluarga

Modified on Thu, 7 Nov at 11:44 AM

Penipuan penyamar keluarga berlaku apabila scammer berpura-pura menjadi ahli keluarga mangsa, seperti cucu, untuk mencipta situasi kecemasan palsu. Penipuan ini boleh menyasarkan sesiapa dalam keluarga. Ia adalah taktik yang sangat manipulatif, memperalatkan kasih sayang dan keprihatinan orang tua terhadap keluarga mereka. Mengetahui taktik ini dan mengekalkan komunikasi terbuka dalam keluarga dapat membantu melindungi individu daripada kerugian kewangan dan emosi.


Bagaimana Penipuan Penyamar Keluarga Berlaku?

  • Scammer menghubungi warga emas, berpura-pura menjadi anak atau cucu mereka, menggunakan nama mangsa dan mendakwa mereka dalam masalah (seperti kemalangan atau ditahan).
  • Scammer menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat peribadi (seperti maklumat keluarga dan kejadian terkini) supaya penyamaran mereka lebih meyakinkan.
  • Scammer bercakap dengan suara tertekan atau diubah (kadang-kadang sambil menangis) untuk menyembunyikan identiti sebenar dan meningkatkan rasa cemas.
  • Scammer mendesak mangsa untuk menghantar wang segera supaya mengelakkan akibat serius.
  • Mereka meminta mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa, sering mengatakan ini untuk mengelakkan rasa malu atau masalah yang lebih besar.
  • Dengan kecerdasan buatan (AI), scammer kini mampu meniru suara orang yang dikenali, menjadikan penyamaran lebih realistik.
  • Selepas penipuan pertama, scammer lain mungkin menyamar sebagai peguam atau pegawai polis untuk menambah rasa mendesak dan penipuan mereka kelihatan lebih meyakinkan.

 

Perkara yang Perlu Diingati:

  • Jangan bertindak segera, menilai panggilan yang anda terima dengan tenang.
  • Letak telefon jika anda tidak pasti siapa yang menelefon atau jika anda menerima permintaan yang mencurigakan. Hubungi orang tersebut dengan nombor yang anda biasa gunakan. Jika tidak dapat menghubungi mereka, tanyakan kepada rakan atau ahli keluarga lain yang mungkin tahu keberadaan mereka.
  • Tanyakan pemanggil soalan yang hanya ahli keluarga anda yang tahu, seperti memori atau gurauan keluarga.
  • Pilih kata kunci bersama ahli keluarga dan rakan rapat untuk pengesahan identiti, dan minta kata kunci ini untuk memastikan pemanggil adalah orang yang benar-benar dikenali.
  • Jangan berkongsi maklumat peribadi atau kewangan dengan pemanggil yang tidak dikenali melalui telefon.
  • Tingkatkan tetapan privasi media sosial anda dan hadkan perkongsian maklumat secara umum.

 

Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article