Pengklonan Akaun Media Sosial
Modified on Mon, 19 May at 2:15 PM
Pengklonan akaun media sosial ialah sejenis pencurian identiti di mana penipu mencipta akaun palsu dengan meniru maklumat yang boleh dilihat secara terbuka seperti nama, gambar, bio, senarai rakan dan hantaran daripada pengguna sebenar, terutamanya di platform seperti Facebook, Instagram dan LinkedIn, untuk mencipta akaun tiruan yang hampir sama dengan akaun asal.
Dengan menggunakan akaun palsu ini, scammer akan menghantar permintaan menjadi rakan kepada kenalan mangsa sambil menyamar sebagai mangsa. Setelah dipercayai, scammer akan mula menghantar mesej kepada kenalan tersebut dengan meminta wang, menghantar pautan penipuan atau fail APK berbahaya, meminta maklumat peribadi atau kewangan yang sensitif, atau mempromosikan skim pelaburan palsu — semuanya ketika menyamar sebagai individu sebenar untuk kelihatan lebih meyakinkan.
Cara Mengenal Pasti Pengklonan Media Sosial
1. Permintaan menjadi rakan yang pelik
Anda menerima permintaan rakan daripada seseorang yang sudah pun ada dalam senarai rakan anda.
2. Mesej yang mencurigakan
Akaun itu mula menghantar mesej pelik seperti minta wang segera, kongsi pautan meragukan, atau guna bahasa yang janggal.
3. Profil nampak baru atau kosong
Akaun palsu biasanya tiada sejarah aktiviti, atau hanya ada beberapa hantaran terkini sahaja.
4. Nama pengguna yang pelik
Terdapat sedikit perubahan pada nama seperti ejaan berbeza atau nombor ditambah.
5. Ramai rakan menerima permintaan sama
Rakan-rakan anda juga mungkin dapat permintaan rakan dari akaun yang sama, menandakan cubaan penipuan sedang berlaku.
Perkara yang perlu diingati:
- Tetapkan privasi akaun media sosial anda. Hadkan paparan hantaran, gambar dan maklumat peribadi hanya kepada rakan yang dipercayai. Terlalu banyak perkongsian memudahkan scammer menyamar sebagai anda.
- Sembunyikan senarai rakan anda dengan menutup tetapan yang benarkan orang lain melihat siapa rakan-rakan anda di media sosial.
- Berhati-hati dengan permintaan rakan. Jangan terus terima dan sahkan dulu identiti, terutamanya jika anda rasa anda sudah jadi rakan sebelum ini.
- Elakkan klik sebarang pautan atau mesej yang mencurigakan selagi anda belum pasti ia datang dari sumber yang sah.
- Lindungi maklumat peribadi anda. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi atau kewangan tanpa pastikan siapa yang memintanya.
- Cari nama anda di internet sekali-sekala untuk menyemak jika ada akaun palsu yang menyamar sebagai anda. Jika ada, maklumkan kepada kenalan supaya mereka tidak terpedaya dan laporkan akaun itu kepada pihak platform.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article