Tambah Nilai & Tempoh Sah

Modified on Fri, 11 Oct at 2:06 PM

1. Apakah tempoh sah kredit untuk Celcom XPAX Prepaid?

Setiap tambah nilai sebanyak RM1 adalah bersamaan dengan tempoh sah kredit  selama 1 hari. Sila rujuk jadual di bawah untuk tempoh sah kredit. 

 

Tambahan Nilai (RM)

Tempoh Sah Kredit

5

5 hari

10

10 hari

30

30 hari

50

50 hari

100

100 hari


Nota: Tarikh tempoh sah kredit akan bermula mengikut tarikh tambah nilai yang berjaya.
Warganegara asing akan dikenakan 6% SST untuk tambah nilai kredit.

 

2. Apakah denominasi tambah nilai kredit?

Denominasi tambah nilai minimum adalah RM5 dan maksimum adalah RM200.

 

3. Dimanakah saya boleh membuat tambah nilai untuk talian Celcom XPAX saya?

Anda boleh tambah nilai melalui aplikasi Celcom Life atau melalui laman web

 

4. Apakah itu Tambah Nilai Automatik?

Tambah Nilai Automatik adalah langganan yang membolehkan anda menambah nilai akaun prabayar anda secara automatik menggunakan kad kredit atau kad debit berdasarkan tarikh dan jumlah tambah nilai yang dipilih.

 

Tambah Nilai Automatik tersedia untuk semua pelanggan prabayar dengan kad debit atau kredit Visa/MasterCard yang dikeluarkan oleh bank di Malaysia. Langgan sekarang melalui aplikasi Celcom Life.

 

5. Bagaimanakah cara untuk langgan/berhenti langganan Tambah Nilai Automatik?

Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut untuk langgan/berhenti langganan Tambah Nilai Automatik: 

Langkah 1: Log masuk aplikasi Celcom Life

Langkah 2: Tekan 'Penggunaan' dan pilih 'Kredit'

Langkah 3: Tekan ‘Tambah Nilai Automatik' 

 

6. Bolehkah saya memilih tarikh dan jumlah nilai yang dikendaki untuk Tambah Nilai Automatik?

Ya. Anda boleh memilih jumlah dari RM5 hingga RM100 dan pilih mana-mana tarikh antara 1 hingga 28 hari bulan. Anda boleh menukar jumlah tambah nilai dan tarikh pada bila-bila masa dan langganan Tambah Nilai Automatik akan berkuat kuasa pada tarikh baru. 

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article