Helaian Pendedahan Produk Raja Kombo 5G
Modified on Tue, 8 Sep at 9:29 AM
Gambaran Produk:
Pelan Raja Kombo 5G ialah Pelan 5G baharu yang menawarkan pengalaman 5G sepantas kilat, sambungan tanpa kebimbangan dan pengalaman menyemak imbas video dengan sosial tanpa had YouTube tanpa had pada pelan kemasukan mampu milik dari RM30/bulan.
Pelan Raja Kombo 5G dipertingkatkan untuk memberikan lebih nilai dan fleksibiliti kepada pelanggan dengan pilihan tawaran pelan Pembaharuan Automatik Bulanan. Selain itu, pelanggan diberikan pilihan baharu dengan lebih banyak Kuota Tambahan dan Pas Sekali serendah RM1.
Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Mac 2024 – semasa
Maklumat Produk
Pembaharuan automatik bulanan
Pelanggan yang memilih Pembaharuan Automatik bulanan boleh nikmati Internet 5G dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelan prabayar akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari.
Pelan Pas | Harga | Kuota Asas | Kuota Tanpa Had | Kuota Hotspot | Panggilan | Minit IDD | Tempoh Sah |
5G 30 | RM30 | 6GB | YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, IMO Tanpa Had (3Mbps) | Kongsi dengan kuota internet asas | N/A | 45 minit (Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) | 30 hari |
5G 35 (Raja Kombo) | RM35 | 30GB | YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, IMO Tanpa Had (3Mbps) | Kongsi dengan kuota internet asas | Tanpa Had untuk semua rangkaian | 60 minit (Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) | 30 hari |
5G 30 (Juara Keren) | RM30 | N/A | Tanpa Had (3Mbps) | 3GB (100 Mbps) | N/A | 60 minit (Bangladesh, Indonesia) | 30 hari |
5G 35 (Juara Keren) | RM35 | N/A | Tanpa Had (6Mbps) | 3GB (100 Mbps) | 120 minit, kemudian RM0.30/minit | 120 minit (Bangladesh, Indonesia) | 30 hari |
Raja Kombo+ 30 | RM30 | 30GB (100mbps) | Facebook, INstagram, IMO & TikTok tanpa had (18 Mbps) | Kongsi dengan kuota internet asas | Tanpa Had untuk semua rangkaian | 45 minit (Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) | 30 hari |
Juara Keren+ 35 | RM35 | - | Tanpa Had (18Mbps) | Kongs dengan internet tanpa had | Tanpa Had untuk semua rangkaian | 60 minit (Bangladesh, Indonesia, India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan, Filipina) | 30 hari |
Kuota Tambahan & Pas Sekali
Pelanggan boleh memilih Kuota Tambahan Bulanan jika kuota Internet mereka tamat sebelum tempoh sah langganan 30 hari. Pelanggan juga boleh memilih Pas Sekali dengan tempoh sah yang lebih pendek.
1. Kuota Tambahan
Kategori | Harga | Kuota (5G/4G) | Tempoh Sah |
Semua Penggunaan | RM10 | 20GB | Kuota Tambahan mengikut tempoh sah Pas Internet Bulanan |
2. Pas Sekali
Kategori | Harga | Kuota (5G/4G) | Tempoh Sah |
Setiap Jam | RM1 | Internet Tanpa Had | 1 Jam |
RM2 | 10GB | 4 Jam | |
RM2.50 | 100GB | 3 Jam | |
Setiap Hari | RM3 | 3GB | 1 Hari |
RM5 | Internet Tanpa Had (18Mbps) | 1 Hari | |
RM6 | 9GB | 3 Hari | |
RM6 | 300GB Pas Video Pantas | 4 Hari | |
RM7 | Internet Tanpa Had (18Mbps) | 3 Hari | |
RM8 | 1000GB | 3 Hari | |
| RM9 | 2025GB | 4 Hari | |
Setiap Minggu | RM8 | 299GB | 7 Hari (9pm - 9am) |
RM12 | 20GB | 7 Hari | |
RM15 | Internet (18Mbps) & Panggilan Tanpa Had + 2GB Hotspot | 7 Hari | |
| RM16 | 2000GB | 9 Hari |
Kadar Asas – Panggilan Suara, SMS dan MMS
Kategori | Denominasi |
Panggilan | RM0.30/ min 60 saat blok pengecasan |
SMS | RM0.20/ SMS |
MMS | RM0.50/MMS |
Yuran & Pembayaran
1. Bagaimanakah pembayaran untuk pelan Internet pembaharuan automatik bulanan berfungsi?
Pelan Internet pembaharuan automatik bulanan direka untuk memudahkan perjalanan pembaharuan pelan Internet untuk pelanggan. Sebaik sahaja tempoh sah Internet yang dimaksudkan telah luput, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran pelan Internet pilihan akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan bagi melengkapkan pembaharuan langganan. Untuk memastikan proses pembaharuan automatik tanpa gangguan, pelanggan perlu memastikan baki kredit mencukupi dalam baki akaun utama.
2. Apa yang berlaku jika saya tidak mempunyai kredit yang mencukupi untuk pembaharuan automatik bulanan?
Sekiranya baki akaun utama prabayar pelanggan tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk yuran pembaharuan pelan Internet, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan digantung apabila tamat tempoh. Hanya apabila pelanggan tambah nilai prabayar dan baki kredit utama yang mencukupi, langganan pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan untuk melengkapkan pembaharuan langganan.
Daftarkan Pelan Raja Kombo 5G
Pelanggan boleh mendaftar Pelan Raja Kombo 5G melalui:
- Pengaktifan Nombor Baharu: Aktifkan nombor baharu Raja Kombo 5G.
- Pertukaran Pelan Kadar: Tukar pelan prabayar sedia ada kepada Raja Kombo 5G.
- Port-in: Kekalkan nombor mudah alih sedia ada apabila bertukar daripada penyedia perkhidmatan lain kepada Raja Kombo 5G.
- Tukar daripada Pascabayar kepada Prabayar.
Nota:
- Bagi pelanggan yang melakukan pendaftaran SIM baharu di kedai pengedar yang dibenarkan, proses pendaftaran akan dibantu dan diselesaikan oleh pengedar.
- Pelanggan bukan MyKad perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri asal. Warganegara asing juga perlu mengemukakan visa pelajar yang sah atau permit kerja semasa proses pendaftaran.
- Pemegang MyKad yang mengaktifkan SIM melalui saluran layan diri perlu mempunyai MyDigital ID yang sah.
- Pelanggan berumur 12 hingga 17 tahun (termasuk) (“Bawah Umur”) memerlukan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga untuk pendaftaran. Ibu bapa atau penjaga dan pemohon Bawah Umur perlu hadir untuk tujuan pengesahan.
- Had maksimum pendaftaran SIM ialah lima (5) SIM bagi pemegang MyKad dan dua (2) SIM bagi pemegang bukan MyKad.
Pembelian Pas Internet
Pelanggan Raja Kombo 5G boleh melanggan pass Internet pembaharuan automatik bulanan, Internet tambahan, dan pas sekali melalui saluran berikut:
- Aplikasi CelcomDigi
- Dail *118#
- Kedai CelcomDigi
- Kios CelcomDigi
Kitaran Hayat Pelan Raja Kombo 5G
Status Kitaran Hayat | Butiran |
Tempoh Aktif (Mengikuti tempoh sah langganan Internet) | Akaun Prabayar akan diaktifkan apabila pelanggan Prabayar CelcomDigi:
|
Tempoh Tangguh (60 hari) | Akaun Prabayar CelcomDigi akan masuk ke dalam tempoh tangguh selepas tamat tempoh sah akaun.
Tempoh tangguh berfungsi sebagai selang untuk pelanggan Prabayar CelcomDigi untuk memuat semula atau memperbaharui langganan pelan Internet apabila tamat tempoh.
Semasa tempoh tangguh, pelanggan boleh menerima panggilan suara dan SMS masuk, tetapi tidak boleh membuat sebarang panggilan suara asal, menghantar SMS atau menggunakan data mudah alih.
Untuk mengaktifkan semula akaun prabayar dalam tempoh tangguh, pelanggan dikehendaki melakukan tambah nilai sebarang jumlah. |
Penamatan | Akaun Prabayar CelcomDigi akan ditamatkan apabila tempoh tangguh telah luput. Selepas itu, nombor akaun prabayar (MSISDN) akan dikitar semula apabila akaun Prabayar ditamatkan. |
Keutamaan Penggunaan Data
Internet anda akan digunakan berdasarkan keutamaan berikut bergantung pada kategori internet yang tersedia pada bila-bila masa:
- Internet Freebie
- Pas Sekali
- Kuota Tambahan
- Pas Internet Bulanan
- Internet Asas Percuma
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article