Peranti Tambahan CelcomDigi Fiber: Pertanyaan Umum

Modified on Tue, 26 Nov at 3:48 PM

Umum


1. Apakah itu peranti tambahan CelcomDigi Fiber?

Peranti tambahan CelcomDigi Fiber adalah peranti & aksesori tambahan, sesuai untuk sambungan internet fiber rumah anda. Pilihan yang ada ditawarkan pada harga eksklusif untuk meningkatkan kualiti gaya hidup anda dalam pelbagai aspek ekosistem rumah anda.

 

2. Berapa kategori peranti tambahan yang ditawarkan pada masa ini?

Terdapat 3 kategori peranti tambahan CelcomDigi Fiber yang tersedia untuk anda dan mereka adalah:

  • Gaming
  • Rumah Pintar
  • Hiburan

 

3. Di manakah saya boleh melihat kesemua peranti tambahan yang ditawarkan oleh CelcomDigi?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranti tambahan CelcomDigi Fiber kami, anda boleh menyemak katalog kami yang lengkap dengan pelbagai peranti tambahan menarik di sini

                                                                                                                        

4. Adakah saya perlu mendaftar untuk pelan CelcomDigi Fiber baharu sebelum saya boleh membeli peranti tambahan?

Ya, untuk menikmati tawaran peranti tambahan, anda perlu terlebih dahulu melanggan pelan CelcomDigi Fiber 300Mbps atau pelan lebih tinggi.

 

5. Berapa banyak pembelian peranti tambahan yang boleh saya beli? Adakan ia terhad?

Ya, bilangan peranti tambahan yang boleh anda beli adalah terhad. Setiap pelanggan hanya layak untuk membeli jumlah peranti tambahan seperti yang tertera di bawah:

Jenis Peranti Tambahan

Kategori Peranti Tambahan

Had

Peranti 

(bernilai lebih dari RM500)

Gaming 

Terhad kepada 3 peranti tambahan bagi setiap akaun CelcomDigi Fiber

Rumah Pintar

Hiburan

Aksesori 

(bernilai lebih dari RM500) 

Gaming 

Tiada had

Rumah Pintar

Hiburan


6. Adakah saya akan terikat dengan kontrak untuk setiap pembelian peranti tambahan?

Anda akan terikat dengan kontrak pada pelan 300Mbps CelcomDigi Fiber kami. Jika anda memilih untuk membayar melalui EPP 0% (Pelan Pembayaran Mudah dengan faedah 0%), kad kredit anda akan dicaj setiap bulan sehingga 24 bulan, sepanjang tempoh ansuran, bergantung kepada tempoh ansuran pilihan anda.


Kelayakan


1. Siapakah yang layak untuk membeli peranti tambahan CelcomDigi Fiber?

Semua pelanggan CelcomDigi Fiber yang melanggan pelan CelcomDigi 300Mbps fiber dan ke atas layak untuk membeli peranti tambahan yang ditawarkan.

 

2. Jika saya menaik taraf pelan fiber Celcom atau Digi semasa saya kepada pelan CelcomDigi Fiber, adakah saya masih layak untuk membeli peranti tambahan CelcomDigi Fiber?

Sebarang naik taraf kepada CelcomDigi Fiber 300Mbps ke atas layak untuk membeli peranti tambahan yang ditawarkan.

 

3. Bolehkah saya menukar kadar pelan CelcomDigi Fiber saya selepas saya membeli peranti tambahan?
Ya, anda masih mempunyai fleksibiliti untuk menaik taraf pelan anda selepas membeli peranti tambahan.
 

 

Pembelian Peranti Tambahan


1. Bagaimanakah dan di manakah boleh saya membeli CelcomDigi Fiber dan peranti tambahan?

Berikut adalah panduan untuk membantu anda melalui proses pembelian:


Langkah 1: Daftar untuk pelan CelcomDigi Fiber 300Mbps dan ke atas di sini.

Langkah 2: Pakar fiber kami akan menghubungi anda untuk membantu pendaftaran fiber dan pembelian peranti tambahan anda.

Langkah 3: Selesaikan pembayaran anda, dan peranti akan dihantar ke rumah anda.

 

Anda juga boleh melawati mana-mana Celcom bluecube atau Digi Store berhampiran dengan anda.

 

2. Adakah saya akan menerima peranti tambahan semasa pemasangan perkhidmatan CelcomDigi Fiber saya? 

Tidak, peranti tambahan akan dihantar secara berasingan ke rumah anda. Penghantaran akan diatur mengikut jadual penghantaran rakan kongsi CelcomDigi Fiber, yang boleh didapati dalam butiran penghantaran yang disediakan untuk setiap kategori peranti tambahan.


Pembayaran

 

1. Apakah kaedah pembayaran yang sedia ada untuk pembelian peranti tambahan ini?

Kami menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang mudah untuk pilihan anda. Berikut adalah pilihan yang sedia ada:

  • [DIUTAMAKAN]: Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 0%: Anda boleh memilih untuk membayar peranti tambahan anda secara ansuran dengan faedah 0% untuk tempoh 12 bulan atau 24 bulan. Pilihan ini ditawarkan secara eksklusif kepada pemegang Kad Kredit Maybank dan CIMB.
  • Pembayaran penuh: Sekiranya anda ingin membuat pembayaran penuh, anda boleh memilih kaedah pembayaran berikut:
    1. Pembayaran atas talian
    2. Mana-mana kad kredit/debit
    3. Boost/GrabPay e-wallet

 

Jenis Peranti Tambahan

Ansuran EPP 12-Bulan

Ansuran EPP 24-Bulan

Pembayaran Penuh

Peranti 

(bernilai lebih dari RM1,000)

Kad Kredit Maybank & CIMB

Kad Kredit Maybank & CIMB

1. Pembayaran atas talian


2. Semua Kad Debit & Kredit VISA / Mastercard


3. Boost / GrabPay e-wallets

Peranti 

(bernilai lebih dari RM500 tetapi kurang dari RM1,000)

Kad Kredit Maybank & CIMB

 

N/A

 

Aksesori 

(bernilai kurang dari RM500)

N/A

N/A

 

2. Bolehkah saya membahagikan jumlah pembayaran ansuran EPP kepada beberapa kad kredit yang berlainan?

Pada masa ini, kami hanya menerima satu kaedah pembayaran, iaitu melalui satu kad Debit / Kredit.

 

3. Bolehkah saya membayar menggunakan lebih daripada satu kaedah pembayaran iaitu sebahagian pembayaran melalui kad debit & baki pembayaran melalui kad kredit?

Maaf, kami hanya menerima satu kaedah pembayaran menggunakan satu kad Debit/Kredit. 

 

4. Saya telah membuat bayaran pendahuluan penuh untuk pembelian peranti tambahan. Bolehkah saya membatalkan transaksi tersebut dan beralih kepada kaedah pembayaran ansuran EPP?

Untuk membatalkan dan menukar transaksi anda kepada ansuran EPP, anda perlu berhubung terus dengan pihak bank anda. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa keputusan untuk menawarkan ansuran EPP adalah tertakluk kepada terma & syarat pihak bank anda.

 

5. Saya tidak mempunyai kad kredit CIMB / Maybank. Bolehkah saya membeli peranti tambahan pada harga yang ditawarkan menggunakan kad kredit lain?

Ya, anda masih boleh membeli peranti tambahan pada harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh membuat pembelian secara pembayaran penuh menggunakan Kad Debit/Kredit. Kaedah pembelian ansuran tanpa faedah EPP 0% hanya ditawarkan untuk pemegang kad kredit CIMB & Maybank. 


Penghantaran


1. Bolehkah saya menukar alamat penghantaran setelah saya menyelesaikan transaksi pembelian?

Setelah pembayaran dibuat, alamat penghantaran adalah muktamad. Kami memohon agar anda menyemak dan mengesahkan alamat dengan teliti sebelum membuat pembayaran.


Penamatan

 

1. Apakah yang akan berlaku kepada peranti tambahan saya jika saya memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan CelcomDigi Fiber?
Walaupun anda memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan CelcomDigi Fiber, peranti tambahan anda masih milik anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda membeli peranti tambahan tersebut melalui kaedah pembayaran EPP, anda diwajibkan untuk menyelesaikan ansuran bulanan dengan pihak bank anda sehingga tamat tempoh ansuran.

  

Bayaran Balik

 

1. Saya telah membuat bayaran untuk peranti tambahan tetapi saya memutuskan untuk membatalkan transaksi tersebut dan memohon bayaran balik. Apakah proses untuk saya membatalkan transaksi dan memohon bayaran balik?
Sebaik sahaja anda membuat pesanan, pembatalan atau permohonan bayaran balik tidak dibenarkan. Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi pihak yang disenaraikan di atas untuk mendapatkan bimbingan dan bantuan.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article