Soalan Lazim: CelcomDigi Phone Care

Modified on Mon, 18 Nov at 3:27 PM

1. Apakah Phone Care?

Phone Care adalah pelan perlindungan peranti mudah alih yang membolehkan anda menukar atau menggantikan peranti anda atas sebarang sebab, tertakluk kepada terma dan syarat Phone Care CelcomDigi.


Anda boleh mendaftar untuk Phone Care di mana-mana CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store, Celcom Certified Partner, atau Digi Store Express.


2. Siapakah yang layak untuk Phone Care?

Phone Care terbuka kepada semua pelanggan pascabayar CelcomDigi di bawah syarat-syarat berikut:

  1. Untuk pelanggan baharu pascabayar CelcomDigi, anda perlu membeli telefon mudah alih, tablet, atau wearable device (dengan fungsi selular) baharu bersama pelan mudah alih CelcomDigi.
  2. Untuk pelanggan sedia ada pascabayar CelcomDigi:
  • Anda boleh membeli peranti tanpa pelan baharu, tetapi hanya satu peranti boleh didaftarkan pada setiap nombor atau pelan pascabayar CelcomDigi.
  • Jika anda baru sahaja membeli peranti daripada CelcomDigi, anda boleh mendaftarkannya (dengan kad SIM) dalam keadaan berfungsi sepenuhnya dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian. Bukti pembelian diperlukan.


3. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Phone Care?

Terdapat dua jenis perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Tukar Peranti (Phone Swap):

  • Anda boleh menukar peranti anda dengan peranti yang serupa sehingga dua kali setahun. Untuk permohonan penukaran peranti, anda perlu memulangkan peranti yang didaftar untuk mendapatkan peranti yang baharu.
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih untuk membaik pulih (refurbish) atau refresh peranti sedia ada anda. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.


  • Ganti Peranti (Phone Replacement):

  • Jika peranti anda tidak lagi berada dalam simpanan anda, anda boleh mendapatkan pengganti untuk model yang sama atau serupa, sehingga dua kali setahun.
  • Tiada laporan diperlukan untuk penggantian ini.

Nota: Semua perkhidmatan adalah disediakan oleh rakan kongsi kami, Asurion Technology Malaysia Sdn. Bhd. dan caj permohonan perkhidmatan akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://phonecare.asurion.com/.

4. Apakah caj yang perlu saya bayar?

Terdapat dua jenis caj akan dikenakan dan ia berbeza bergantung kepada jenis peranti dan harga runcit yang disyorkan (RRP) oleh CelcomDigi. Sila rujuk jadual harga di bawah untuk maklumat lanjut:


Caj Langganan (Subscription Fee)

Caj ini akan dikenakan sepanjang tempoh langganan anda dan boleh dibayar secara bulanan, dicaj terus ke bil pascabayar anda.

Harga Runcit Peranti
(RRP)

Caj Bulanan

Tukar Peranti

Tukar & Ganti Peranti

RM0 - RM500

RM4

RM8

RM501 - RM1,000

RM6

RM12

RM1,001 - RM1,500

RM8

RM18

RM1,501 - RM3,000

RM12

RM25

RM3,001 - RM6,000

RM21

RM35

Melebihi RM6,001

RM24

RM45

Semua caj adalah tidak termasuk SST 6%, jika berkenaan.


Caj Permohonan Perkhidmatan (Service Request Fee)

Caj ini akan dikenakan apabila anda membuat permohonan untuk menukar atau menggantikan peranti. Bayaran perlu dibuat terus kepada pembekal perkhidmatan Phone Care, Asurion, melalui kad kredit atau tunai semasa penghantaran (cash on delivery).

Harga Runcit Peranti
(RRP)

Tukar Peranti

(setiap permohonan)

Penggantian Peranti (setiap permohonan)

Dalam tempoh 24 bulan dari pendaftaran

Selepas 24 bulan dari pendaftaran

RM0 - RM500

RM60

RM120

RM100

RM501 - RM1,000

RM120

RM240

RM200

RM1,001 - RM1,500

RM220

RM440

RM400

RM1,501 - RM3,000

RM440

RM880

RM800

RM3,001 - RM6,000

RM700

RM1,400

RM1,200

Melebihi RM6,001

RM1,000

RM2,000

RM1,800

Semua caj adalah tidak termasuk SST 6%, jika berkenaan.


5. Adakah terdapat tempoh kontrak untuk Phone Care?

Langganan Phone Care akan diperbaharui secara automatik setiap bulan.

Untuk pengguna pascabayar, perkhidmatan Phone Care akan diteruskan selagi langganan pelan mudah alih pascabayar anda aktif.


6. Saya mempunyai peranti dengan multi-SIM. Bolehkah saya mendaftar untuk Phone Care?

Ya, anda boleh mendaftar peranti multi-SIM dalam Phone Care. IMEI utama pada peranti ini akan digunakan sebagai 'IMEI berdaftar' untuk rujukan perkhidmatan Phone Care anda.


7. Adakah sebarang dokumen sokongan diperlukan untuk pendaftaran Phone Care?

Anda perlu menyediakan bukti pembelian (resit rasmi peranti) bagi peranti mudah alih anda. Harap maklum bahawa tempoh selama 30 hari (grace period) dari tarikh pembelian peranti diberikan untuk pendaftaran Phone Care, tertakluk kepada pemeriksaan fizikal di kedai.


8. Adakah perkhidmatan Phone Care meliputi peranti boleh pakai dengan fungsi SIM seperti Apple Watch (versi selular)?

Ya, anda boleh mendaftar peranti boleh pakai dengan fungsi SIM ke dalam Phone Care.


9. Berapa banyak peranti yang boleh saya daftar dalam Phone Care di bawah pelan mudah alih saya?

Anda hanya boleh mendaftar satu peranti sahaja, sama ada telefon, tablet, atau wearable device dengan fungsi SIM di bawah pelan mudah alih anda.


10. Apa yang akan berlaku kepada Phone Care jika saya tidak membayar bil saya?

Perkhidmatan Phone Care anda akan ditamatkan secara automatik jika akaun CelcomDigi anda digantung selama lebih daripada 60 hari.


11. Apakah langkah yang perlu saya ambil jika saya ingin membuat permohonan perkhidmatan tukar atau ganti?

Jika anda adalah pelanggan Phone Care, anda boleh menghantar permohonan tukar atau ganti peranti melalui portal dalam talian Phone Care.


12. Apakah waktu operasi portal dalam talian Phone Care?

Portal dalam talian Phone Care tersedia 24 jam sehari.


13. Adakah dokumen sokongan diperlukan untuk membuat permohonan perkhidmatan tukar atau ganti?

Tidak ada dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan perkhidmatan, selagi langganan tukar sahaja atau tukar dan ganti anda aktif serta akaun CelcomDigi anda tidak disekat.


14. Adakah saya akan menerima pakej telefon baharu untuk permphonan perkhidmatan tukar atau ganti?

Apabila anda menukar atau menggantikan peranti anda, anda akan menerima:

  • Peranti serupa yang telah diperbaharui (refurbished) dengan:
    • Model dan kapasiti memori (RAM/ROM) yang sama;
    • Fungsi, kualiti dan jenis yang serupa;
    • Kemungkinan perbezaan dalam jenama, model, dan/ atau warna;
    • Peranti yang diperbaharui (refurbished) oleh penyedia perkhidmatan yang disahkan OEM.
  • Untuk telefon dan tablet, aksesori seperti fon telinga, pengecas dan kabel tidak disertakan.


15. Bilakah peranti saya akan dihantar?

Peranti anda akan dihantar dalam masa 6 jam jika anda berada di Lembah Klang dan permohonan dibuat sebelum jam 3:00 petang setiap hari.


Sila rujuk jadual penghantaran berdasarkan lokasi di bawah:

Lokasi Penghantaran

Permohonan Penukaran atau Penggantian Diterima

Waktu Penghantaran

Lembah Klang

Setiap hari dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang

Penghantaran hari sama dalam 6 jam

Setiap hari dari 3:00 petang hingga 9:00 malam

Penghantaran keesokan harinya

Bandar-bandar Utama

Setiap hari dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang

Penghantaran keesokan harinya

Setiap hari dari 3:00 petang hingga 9:00 malam

Dalam 48 jam

Kawasan Lain

Setiap hari dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang

72 jam

Bandar-bandar utama termasuk: Alor Setar, George Town, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kuantan, Melaka dan Seremban.


  • Untuk permohonan yang dihantar selepas jam 3:00 petang, penghantaran akan dibuat pada hari bekerja berikutnya, tidak termasuk Ahad dan cuti umum.
  • Untuk penghantaran di luar Lembah Klang, penghantaran akan dibuat dalam tempoh 3 hari, tidak termasuk Ahad dan cuti umum peringkat negeri.
  • Untuk Kelantan dan Terengganu, tiada penghantaran pada hari Jumaat atau cuti umum peringkat negeri.


16. Berapa kali saya boleh menukar atau menggantikan telefon saya?

Anda boleh membuat maksimum dua permohonan perkhidmatan (sama ada tukar atau ganti) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran Phone Care anda. Contohnya, jika anda mendaftar pada 1 Ogos 2024, anda boleh membuat permohonan pertama dan kedua sebelum 31 Julai 2025.


17. Apa yang akan berlaku kepada Phone Care saya jika saya menukar pelan mudah alih saya?

Perkhidmatan Phone Care anda akan dibawa ke pelan mudah alih baharu anda. Anda tidak perlu membayar bayaran pendahuluan sekali lagi untuk Phone Care.


18. Apa yang akan berlaku kepada Phone Care saya jika saya membeli peranti baharu dari CelcomDigi?

Anda mempunyai dua pilihan:

  • Kekalkan Phone Care pada peranti asal yang didaftarkan; atau
  • Pindahkan Phone Care ke peranti baharu anda.
  • Jika anda pilih untuk memindahkan, Phone Care pada peranti asal anda akan dibatalkan. Phone Care akan diaktifkan untuk peranti baharu anda dengan caj langganan berdasarkan harga runcit peranti baharu (RRP) seperti dalam jadual caj langganan.
  • Jika anda memilih untuk mengekalkan Phone Care pada peranti asal, peranti baharu anda tidak akan didaftarkan dalam Phone Care.


19. Apa yang akan berlaku kepada Phone Care saya jika saya menukar nombor telefon mudah alih saya?

Perkhidmatan Phone Care anda akan kekal aktif di bawah nombor mudah alih baharu anda.


20. Adakah Phone Care akan menerima peranti dalam pelan penukaran sahaja jika IMEI tidak dapat dikesan?

Untuk kes di mana peranti tidak dapat dihidupkan atau rosak teruk, kami akan menerima permohonan penukaran berdasarkan jenama dan model yang sama seperti peranti asal yang didaftarkan. Pengesahan akan dilakukan untuk memastikan pertukaran dibuat oleh dan dihantar kepada pelanggan yang didaftarkan.


21. Saya menjumpai peranti saya yang hilang. Bolehkah saya meminta untuk membuka sekatan IMEI?

Jika anda menemui peranti anda yang hilang dan menghubungi kami sebelum menerima penghantaran peranti gantian, kami boleh membuka sekatan IMEI dan membatalkan permohonan perkhidmatan. Namun, jika anda telah menerima peranti gantian, anda perlu memulangkan peranti yang dijumpai kepada CelcomDigi.


22. Bolehkah saya meminta untuk menamatkan perkhidmatan Phone Care?

Ya, anda boleh memohon untuk menamatkan Phone Care di mana-mana CelcomDigi Store atau dengan menghubungi hotline, +60196011111 untuk pengguna Celcom dan +60162211800 untuk pengguna Digi. Harap maklum bahawa anda tidak akan dapat mendaftar semula ke Phone Care dengan peranti yang sama setelah menamatkan perkhidmatan.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article