Soalan Lazim: KL Headline Season 2026 (Live Nation)​

Modified on Mon, 13 Jul at 10:00 AM

1. Konsert manakah yang saya berpeluang untuk memenangi tiket?

Peserta yang layak berpeluang memenangi dua (2) tiket konsert Live Nation untuk konsert yang berlangsung pada:

  • Konsert 1: 7 atau 8 Ogos 2026 (Unifi Arena); atau
  • Konsert 2: 26 Ogos 2026 (Idea Live Arena)


Rujuk kalendar KL Headline Season untuk senarai penuh konsert.

*Tertakluk kepada ketersediaan tiket.

 

2. Jika saya ingin berpeluang memenangi tiket untuk konsert lain (contohnya konsert pada 4 November 2026), apakah yang perlu saya lakukan untuk layak?

Ikuti laman media sosial rasmi CelcomDigi di @celcomdigi untuk mendapatkan maklumat terkini dan pengumuman mengenai peraduan konsert akan datang.

 

3. Apakah itu Peraduan Konsert KL Headline Season?

Peraduan Konsert KL Headline Season merupakan kerjasama khas antara Live Nation dan CelcomDigi di mana pelanggan yang layak berpeluang memenangi dua (2) tiket konsert Live Nation bagi konsert di bawah kalendar KL Headline Season.

 

4. Bilakah tempoh peraduan berlangsung?

Peraduan berlangsung dari 13 Julai 2026 (12:00 tengah malam) hingga 26 Julai 2026 (11:59 malam). Semua pendaftaran pelan, naik taraf atau langganan add-on yang layak mestilah berjaya diselesaikan dalam tempoh ini untuk melayakkan diri.

 

5. Bagaimanakah saya boleh menjadi peserta yang layak untuk menyertai peraduan ini?

 

Langkah 1: Cara Menyertai Peraduan

Daftar atau naik taraf pelan CelcomDigi anda di mana-mana Kedai CelcomDigi, laman web atau aplikasi CelcomDigi.

Semua peserta yang layak perlu berjaya melengkapkan satu daripada pelan dan transaksi yang layak berikut:

 

Kriteria Kelayakan

Saluran yang Layak

CelcomDigi Prepaid

Pelanggan baharu:

Daftar atau naik taraf ke pas CelcomDigi Prepaid 5G Power+ 65. 

 

Pelanggan sedia ada:

Naik taraf ke pas Power+ 65. 

 

* Jika anda merupakan pelanggan sedia ada pas Prepaid 5G Power+ 65, naik taraf ke pelan CelcomDigi One atau pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas* dan langgan satu daripada pilihan berikut:

  • Daftar kontrak peranti baharu (Easy360 atau Pakej MegaJimat); atau
  • Langgan mana-mana Mega Add-Ons (Entertainment, Security atau Roaming).
  • Kunjungi mana-mana pengedar sah di seluruh negara untuk naik taraf.
  • Langgan melalui laman web CelcomDigi.
  • Pergi ke aplikasi CelcomDigi > Internet Add-Ons > Monthly > Power+ 65.

 

CelcomDigi Postpaid

 

Pelanggan baharu:

Daftar atau naik taraf ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas*, dan langgan satu daripada pilihan berikut:

  • Daftar kontrak peranti baharu (Easy360 atau Pakej MegaJimat); atau
  • Langgan mana-mana Mega Add-Ons (Entertainment, Security, atau Roaming).

 

Pelanggan sedia ada:

Untuk pelanggan sedia ada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas* perlu melengkapkan satu daripada berikut untuk layak:

  • Daftar kontrak peranti baharu (Easy360 atau Pakej MegaJimat); atau
  • Langgan Mega Add-Ons baharu (Entertainment, Security atau Roaming)

 

* Jika anda merupakan pelanggan sedia ada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas* dan kini mempunyai kontrak peranti aktif (Easy360 atau Pakej MegaJimat) atau kontrak Mega Add-Ons aktif, anda perlu naik taraf ke pelan CelcomDigi One untuk layak menyertai peraduan ini.

CelcomDigi One

 

Pelanggan baharu:
Daftar atau naik taraf ke pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro untuk layak.

 

Pelanggan sedia ada:
Untuk pelanggan sedia ada pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro perlu melengkapkan satu daripada berikut untuk layak:

  • Langgan mana-mana StreamMORE Add-Ons (Asian Bundle, Asian & Sports Bundle, Sports Bundle, Family Bundle, Viu, iQIYI, VISION+, Disney+, Prime Video or sooka); atau
  • Daftar kontrak peranti baharu (Easy360 atau Pakej MegaJimat); atau
  • Langgan Mega Add-Ons baharu (Entertainment, Security atau Roaming).

 

Sudah melanggan StreamMORE Add-On? Anda hanya perlu melanggan satu lagi StreamMORE Add-On tambahan untuk layak menyertai peraduan.

  • Kunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi untuk naik taraf.
  • Langgan StreamMORE Add-Ons melalui aplikasi CelcomDigi di Lifestyle > Entertainment.
  • Daftar kontrak peranti (Easy360 atau Pakej MegaJimat) melalui laman web CelcomDigi.
  • Langgan mana-mana Mega Add-Ons melalui laman web CelcomDigi. Sebagai alternatif, anda juga boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi dengan pergi ke Shop > Mega Add-Ons > Pilih add-on pilihan anda.

* Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 dan ke atas merujuk kepada: Postpaid 5G 100, Postpaid 5G 120, Postpaid 5G 140, Postpaid 5G 160, Postpaid 5G 190, CelcomDigi One Ultra atau One Pro.

 

Langkah 2: Hantar Penyertaan Peraduan Anda

Selepas melengkapkan transaksi yang layak, hantar penyertaan anda melalui laman web celcomdigi.com/livenationmy untuk menyertai peraduan ini.

  • Penting: Pastikan nombor mudah alih yang dimasukkan dalam borang penyertaan adalah nombor yang sama digunakan untuk berjaya melengkapkan mana-mana satu pelan dan transaksi yang layak seperti dinyatakan dalam Langkah 1.
  • Pastikan anda menghantar penyertaan peraduan antara 13 Julai 2026 (12:00 pagi) hingga 26 Julai 2026 (11:59 malam) untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini.

 

6. Bagaimanakah saya akan tahu jika saya layak?

Peserta yang berjaya melengkapkan salah satu transaksi yang layak dan telah menghantar penyertaan peraduan akan menerima mesej WhatsApp daripada CelcomDigi pada 31 Julai 2026.

 

7. Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima mesej WhatsApp?

Pilih jawapan yang betul bagi soalan dalam mesej WhatsApp untuk berpeluang melayakkan diri menyertai peraduan.

 

8. Bagaimanakah pemenang dipilih?

Pemenang yang disenarai pendek akan dipilih berdasarkan perkara berikut:

  • Berjaya melengkapkan transaksi yang layak dalam tempoh peraduan dan menghantar penyertaan melalui laman web celcomdigi.com/livenationmy.
  • Memilih jawapan yang betul bagi soalan dalam mesej WhatsApp mengikut prinsip siapa cepat, dia dapat (first-come, first-served), tertakluk kepada ketersediaan tiket.

 

9. Saya merupakan pelanggan sedia ada Postpaid 5G RM100/bulan dan ke atas* dan telah melanggan salah satu Mega Add-Ons (contohnya Entertainment). Bolehkah saya melanggan Mega Add-Ons lain (contohnya Roaming) untuk layak menyertai peraduan?

Tidak. Pelanggan sedia ada Postpaid 5G RM100/bulan dan ke atas* yang mempunyai mana-mana langganan Mega Add-Ons sedia ada (Entertainment, Security atau Roaming) tidak akan dianggap layak menyertai peraduan ini.

 

Anda boleh naik taraf ke pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro untuk melayakkan diri sebagai peserta peraduan ini.

 

10. Saya merupakan pelanggan sedia ada Postpaid 5G RM100/bulan dan ke atas* dan telah mempunyai salah satu kontrak peranti (contohnya Easy360). Bolehkah saya mendaftar kontrak peranti lain (contohnya Pakej MegaJimat) untuk layak menyertai peraduan?

Tidak. Pelanggan sedia ada Postpaid 5G RM100/bulan dan ke atas* yang mempunyai kontrak peranti sedia ada (Easy360 atau Pakej MegaJimat) tidak akan dianggap layak menyertai peraduan ini.

 

Anda boleh naik taraf ke pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro untuk melayakkan diri sebagai peserta peraduan ini.

 

11. Saya merupakan pelanggan sedia ada Postpaid 5G RM100/bulan dan ke atas* dan telah melanggan kontrak peranti (Easy360 atau Pakej MegaJimat). Bolehkah saya melanggan Mega Add-Ons untuk layak menyertai peraduan? Atau sebaliknya?

Tidak. Pelanggan sedia ada Postpaid 5G RM100/bulan dan ke atas* yang mempunyai sama ada:

  • Kontrak peranti sedia ada (Easy360 atau Pakej MegaJimat); atau
  • Kontrak Mega Add-Ons sedia ada (Entertainment, Security atau Roaming) tidak akan dianggap layak menyertai peraduan ini.

 

Anda boleh naik taraf ke pelan CelcomDigi One Ultra atau One Pro untuk melayakkan diri sebagai peserta peraduan ini.

 

12. Saya merupakan pelanggan sedia ada CelcomDigi One Ultra atau One Pro dan telah melanggan salah satu StreamMORE Add-Ons (contohnya Viu). Adakah saya secara automatik layak menyertai peraduan ini?

Jika anda telah mempunyai StreamMORE Add-On sedia ada, anda perlu melanggan satu lagi StreamMORE Add-On tambahan untuk layak menyertai peraduan ini.

 

13. Saya baru sahaja bertukar ke CelcomDigi dan telah melengkapkan salah satu pelan dan transaksi yang layak. Adakah saya akan menjadi peserta yang layak?

Anda hanya akan dianggap sebagai peserta yang layak menyertai peraduan sekiranya proses port-in anda ke CelcomDigi berjaya diselesaikan, dan anda telah melengkapkan satu daripada transaksi yang layak serta menghantar penyertaan peraduan anda selewat-lewatnya pada 26 Julai 2026, 11:59 malam. Sekiranya proses port-in anda ke CelcomDigi tidak berjaya atau belum selesai pada penghujung tempoh peraduan (26 Julai 2026, 11:59 malam), anda tidak akan dianggap sebagai peserta yang layak menyertai peraduan.

 

14. Bagaimana jika saya tersilap memilih jawapan dalam mesej WhatsApp?

Harap maklum, selepas anda menghantar jawapan, anda tidak boleh menukar respons tersebut. Sila pastikan anda memilih jawapan yang betul sebelum menghantarnya.

 

15. Bilakah saya akan mengetahui jika saya dipilih sebagai pemenang?

Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang peraduan, anda akan menerima panggilan telefon daripada 010-2011423 (wakil rasmi CelcomDigi) pada 3 Ogos 2026. Sebanyak tiga (3) percubaan panggilan akan dibuat. Sekiranya pemenang yang disenarai pendek tidak menjawab selepas percubaan panggilan yang ketiga, dua (2) tiket konsert Live Nation akan dibatalkan.

 

16. Bagaimanakah saya boleh menebus tiket konsert saya?

Semua pemenang perlu hadir ke kedai CelcomDigi terpilih di Lembah Klang untuk pengesahan maklumat dan penebusan tiket. Tarikh, masa dan lokasi penebusan tiket akan dimaklumkan melalui WhatsApp.

 

17. Bolehkah saya mengambil dua (2) tiket konsert Live Nation bagi pihak pemenang?

Setiap pemenang peraduan perlu hadir sendiri untuk mengambil dua (2) tiket konsert Live Nation di Kedai CelcomDigi yang ditetapkan. Pemenang juga perlu menunjukkan mesej pengesahan WhatsApp serta aplikasi CelcomDigi mereka bagi tujuan pengesahan dan penebusan tiket. Tiket konsert tidak boleh dipindah milik.

 

18. Bolehkah saya memindahkan atau menukar tiket konsert?

Tidak. Tiket konsert tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article