Soalan Lazim: Mega Add-Ons Prime Video dengan CelcomDigi Postpaid
Modified on Tue, 16 Dec at 10:06 AM
1. Apakah itu Prime Video?
Prime Video ialah akses kepada hiburan premium yang menampilkan filem blockbuster, Amazon Originals eksklusif dan pelbagai kandungan popular dari seluruh dunia. Strim perlawanan terbesar NBA dan saksikan aksi sengit bintang-bintang mereka, hanya di Prime Video tanpa caj tambahan. Dari siri epik seperti Fallout Season 2 dan A Working Man hingga drama Korea kegemaran ramai seperti Surely Tomorrow dan Nice to Not Meet You, pasti ada sesuatu untuk setiap mood dan setiap detik.
2. Apakah itu Mega Add-Ons Prime Video?
Ia merupakan langganan Prime Video berasaskan kontrak dengan kadar bulanan yang lebih rendah apabila anda komited untuk tempoh tetap selama 12 bulan. Selain akses penuh kepada kandungan Prime Video, setiap langganan juga disertakan dengan kuota tambahan 5GB setiap bulan. Untuk maklumat harga terkini, sila layari laman web CelcomDigi.
3. Di manakah saya boleh menonton Prime Video?
Anda boleh menonton Prime Video melalui pilihan berikut:
- Muat turun aplikasi Prime Video dari platform berikut:
- Android: Play Store
- iOS: App Store
- Tersedia di kebanyakan Smart TV & peranti penstriman
- Melalui laman web www.primevideo.com untuk strim terus tanpa memuat turun aplikasi.
Kelayakan
4. Adakah saya layak untuk membeli Mega Add-Ons Prime Video?
Berikut ialah pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak untuk membuat pembelian:
- CelcomDigi One Ultra
- CelcomDigi One Pro
- CelcomDigi One Lite
- CelcomDigi One Pro DS
- CelcomDigi One Lite DS
- CelcomDigi Postpaid 5G 160
- CelcomDigi Postpaid 5G 140
- CelcomDigi Postpaid 5G 120
- CelcomDigi Postpaid 5G 100
- CelcomDigi Postpaid 5G 80
- CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE
- CelcomDigi Postpaid 5G 160 DS
- CelcomDigi Postpaid 5G 140 DS
- CelcomDigi Postpaid 5G 120 DS
- CelcomDigi Postpaid 5G 100 DS
- CelcomDigi Postpaid 5G 80 DS
Langganan, Pengaktifan, Penggunaan & Pembatalan
5. Apakah pakej Prime Video yang tersedia di bawah Mega Add-Ons?
Add Ons | Pelan | Harga | Internet Pantas (5G/4G) | Tempoh Sah Kuota | Tempoh Sah Akses Prime Video | |
Prime Video | CelcomDigi Postpaid 60 SE CelcomDigi Postpaid 80 CelcomDigi Postpaid 100 | RM13.00 | 5GB | Berdasarkan kitaran bil Bulanan Postpaid anda Nota: Kuota akan diperbaharui setiap bulan sepanjang tempoh kontrak 12 bulan | 12 bulan berturut-turut dari tarikh langganan | |
CelcomDigi Postpaid 120 CelcomDigi Postpaid 140 CelcomDigi One Lite CelcomDigi One Pro CelcomDigi One Ultra | RM4.00 | |||||
Nota penting:
- Harga yang dinyatakan di atas tidak termasuk cukai 6%
- Caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya anda membatalkan sebelum kontrak 12 bulan tamat.
- Kuota 5GB adalah Internet berkelajuan tinggi dan boleh digunakan untuk tethering/hotspot.6. Apakah akses yang tersedia untuk Prime Video dengan CelcomDigi?
Prime Video | |
Tonton semua tajuk | ✓ |
Muat turun kandungan terpilih (hanya pada peranti mudah alih dan tablet) | Ya, anda boleh memuat turun tajuk yang tersedia pada maksimum dua (2) peranti pada satu masa. Jika anda telah memuat turunnya pada dua peranti, anda perlu memadam kandungan tersebut daripada salah satu peranti sebelum memuat turun ke peranti lain. |
Cipta profil | Sehingga 6 profil |
Penstriman serentak | Sehingga 3 peranti. Namun, untuk satu tajuk yang sama (filem/siri), anda hanya boleh menstrim serentak pada 2 peranti. |
Jumlah log masuk peranti maksimum | Sehingga 3 peranti |
Cast/ Airplay | ✓ Maklumat Cast di sini |
Kualiti video maksimum | Sehingga 4K Ultra HD dengan HDR |
Kualiti audio maksimum | Sehingga Dolby Atmos (Dolby 5.1) |
Peranti yang serasi | Senarai peranti yang disokong di sini |
7. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Prime Video?
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.primevideo.com.
8. Bagaimanakah cara saya untuk melanggan Mega Add-Ons Prime Video?
Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.
Saluran | Cara melanggan |
Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi |
9. Adakah saya akan menerima notifikasi selepas Mega Add-Ons Prime Video berjaya diaktifkan?
Ya, anda akan menerima SMS selepas langganan berjaya, serta notifikasi melalui aplikasi CelcomDigi mengenai maklumat log masuk untuk akses Prime Video. SMS & notifikasi aplikasi akan dihantar ke nombor mudah alih yang digunakan untuk melanggan pakej ini.
Penting untuk diketahui bahawa anda perlu mengaktifkan akaun Prime Video melalui pautan pengaktifan dalam notifikasi aplikasi CelcomDigi. Oleh itu, sila pastikan anda telah memuat turun aplikasi CelcomDigi dan membuat pendaftaran akaun sebelum melanggan.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
10. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit untuk mengaktifkan Prime Video. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor mudah alih anda adalah nombor CelcomDigi yang sama digunakan semasa melanggan. OTP hanya akan dihantar ke nombor CelcomDigi tersebut.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
11. Selepas pengaktifan berjaya untuk pakej ini, bagaimanakah cara untuk saya log masuk ke Prime Video?
Sila ikuti langkah berikut untuk mengaktifkan akaun Prime Video anda:
Untuk pelayar desktop:
- Pergi ke laman utama Prime Video dan pilih Sign in.
- Masukkan nombor telefon mudah alih (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
- Anda akan menerima One-Time Password (OTP) melalui SMS; masukkan OTP pada pelayar.
- Mulakan penstriman!
Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android:
- Muat turun aplikasi Prime Video.
- Masukkan nombor telefon mudah alih (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
- Anda akan menerima OTP melalui SMS; masukkan OTP pada aplikasi.
- Mulakan penstriman!
Untuk peranti ruang tamu:
- Buka aplikasi Prime Video pada peranti TV anda.
- Masukkan nombor telefon untuk log masuk (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
- Anda akan menerima OTP melalui SMS; masukkan OTP pada aplikasi.
- Mulakan penstriman!
12. Saya telah melanggan Mega Add-Ons Prime Video. Berapa lamakah tempoh sah langganan saya?
Jenis Langganan | Tamat Tempoh Kandungan | ||||
Tempoh Sah Kuota Internet | Kuota Internet Tambahan Mega Add-Ons Prime akan diperbaharui setiap bulan berdasarkan tarikh kitaran bil Postpaid anda, dan akan berterusan sepanjang tempoh kontrak selama 12 bulan. | ||||
Tempoh Sah Akses Prime Video | Akses Prime Video adalah sah selama satu (1) bulan dan akan diperbaharui selama 12 bulan berturut-turut dari tarikh langganan. Akses akan tamat pada tarikh yang sama pada tahun berikutnya, melainkan ditamatkan lebih awal oleh pelanggan. Contoh seperti di bawah:
|
13. Bolehkah saya melanggan pakej Prime Video lebih daripada sekali pada hari yang sama?
Tidak, anda hanya boleh mempunyai satu langganan Prime Video yang aktif pada satu-satu masa. Untuk melanggan StreamMORE Prime Video Add-Ons, anda perlu menamatkan langganan Mega Add-Ons Prime Video sedia ada terlebih dahulu. Jika langganan masih dalam tempoh kontrak, caj penamatan awal akan dikenakan.
14. Bolehkah saya menggunakan langganan Prime Video pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.
15. Bolehkah saya menggunakan kuota bonus Mega Add-Ons Prime Video ketika roaming?
Tidak. Kuota ini hanya untuk penggunaan domestik (dalam Malaysia) sahaja.
16. Bolehkah saya membatalkan langganan Mega Add-Ons Prime Video pada bila-bila masa?
Ya, tetapi anda perlu mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi untuk membuat pembatalan. Namun, jika pembatalan dilakukan sebelum kontrak 12 bulan tamat:
- Tiada bayaran balik secara pro-rata akan diberikan
- Kuota anda akan dihentikan serta-merta & anda tidak boleh menggunakannya untuk baki kitaran bil semasa
- Akses Prime Video anda akan ditamatkan serta-merta
- Caj penamatan awal akan dikenakan, dikira berdasarkan:
- Caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya kontrak ditamatkan sebelum tempoh tamat. Caj ini dikira berdasarkan Harga Runcit Disyorkan (RRP) seperti dinyatakan dalam Helaian Pendedahan Produk.
17. Apakah berlaku jika saya menamatkan talian postpaid saya?
Jika anda menamatkan talian postpaid, akses Prime Video akan dihentikan serta-merta. Tiada caj pro-rata, dan caj penuh akan dikenakan. Caj penamatan awal juga akan dikenakan berdasarkan baki tempoh kontrak.
18. Saya mempunyai langganan Prime Video sedia ada melalui kaedah pengebilan lain (pengebilan operator/kad bank). Bolehkah saya tetap melanggan Mega Add-Ons Prime Video menggunakan nombor yang sama?
Ya, boleh. Namun, jika kedua-dua langganan aktif, caj bagi kedua-duanya akan dikenakan. Untuk mengelakkan caj berganda, pastikan hanya satu langganan yang aktif dengan membatalkan langganan yang lain.
19. Talian postpaid saya digantung/dihalang. Apakah yang akan berlaku kepada langganan Mega Add-Ons Prime Video saya?
Anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan manfaat Mega Add-Ons Prime Video serta-merta dan caj penalti akan dikenakan.
20. Bolehkah saya memindahkan manfaat Mega Add-Ons Prime Video ke nombor lain?
Tidak. Akses/manfaat ini tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.
21. Saya mempunyai beberapa nombor CelcomDigi. Bolehkah saya menukar log masuk Prime Video ke nombor lain?
Tidak, akses tidak boleh dipindahkan ke nombor lain. Pelanggan hanya boleh log masuk Prime Video menggunakan nombor CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.
Jika anda mempunyai nombor CelcomDigi lain, anda perlu membuat langganan baru Mega Add-Ons Prime Video menggunakan nombor tersebut melalui aplikasi CelcomDigi.
22. Saya bukan pelanggan CelcomDigi. Bolehkah saya memindahkan langganan Prime Video sedia ada kepada langganan Mega Add-Ons Prime Video?
Untuk menikmati Mega Add-Ons Prime Video, anda perlu port-in ke pelan CelcomDigi Postpaid dan batalkan langganan sedia ada bagi mengelakkan caj berganda. Setelah selesai, anda boleh melanggan dan mengaktifkan Mega Add-Ons Prime Video mengikut langkah yang dinyatakan.
23. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan Mega Add-Ons Prime Video. Di manakah boleh saya dapatkan bantuan?
Sila hubungi kami melalui WhatsApp.
24. Apakah terma akses saya kepada Prime Video?
Dengan melanggan Prime Video, tanpa mengambil kira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran Prime Video, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
- Terma & Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
- Terma Penggunaan Amazon Prime Video - Global
- Amazon Prime Video - Peraturan Penggunaan
- Amazon Prime Video - Syarat Penggunaan
- Amazon Prime Video - Dasar Privasi
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article