Soalan Lazim: Showtime with CelcomDigi – Disney and Pixar’s Toy Story 5

Modified on Wed, 10 Jun at 10:00 AM

1. Apakah kempen ini?
3-2-1 Showtime! menawarkan peluang kepada pelanggan yang layak untuk menerima sehingga empat (4) tiket wayang percuma bagi menonton Disney dan Pixar’s Toy Story 5 di TGV IMAX.

 

2. Apakah ganjaran yang ditawarkan dalam kempen ini?
Pelanggan yang layak akan menerima sehingga empat (4) tiket wayang percuma untuk Disney dan Pixar’s Toy Story 5, berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

 

3. Bilakah tempoh kempen ini berlangsung?
Kempen ini sah dari 10 hingga 24 Jun 2026.

 

4. Bagaimanakah saya boleh layak untuk mendapatkan tiket wayang percuma?

  • Menjadi pelanggan pelan CelcomDigi One Pro atau CelcomDigi One Ultra.
  • Tebus tiket wayang melalui aplikasi CelcomDigi di bahagian “3-2-1 Showtime!” setiap hari Rabu dari jam 3:21 petang hingga 11:59 malam, berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

 

5. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan tiket wayang percuma?
Untuk mendapatkan tiket wayang percuma, ikuti langkah mudah berikut:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi

Langkah 2: Klik “For You” dan pilih “3-2-1 Showtime!”

Langkah 3: Klik “Claim Now” untuk mendapatkan tiket percuma.

 

Pelanggan CelcomDigi One Pro boleh menebus sehingga dua (2) tiket wayang manakala pelanggan CelcomDigi One Ultra boleh menebus sehingga empat (4) tiket wayang sepanjang tempoh kempen.

 

6. Adakah terdapat had jumlah tiket wayang?
Ya, jumlah tiket adalah terhad setiap minggu. Pastikan anda menebus tiket percuma anda setiap hari Rabu dari jam 3:21 petang hingga 11:59 malam sebelum habis!

 

7. Saya baru sahaja mendaftar atau melanggan pelan yang layak. Berapa lama masa yang diambil untuk tiket wayang muncul dalam aplikasi CelcomDigi untuk ditebus?
Tiket wayang akan dipaparkan dalam aplikasi CelcomDigi dalam tempoh 15 minit selepas langganan berjaya. Sila semak aplikasi selepas 15 minit untuk meneruskan penebusan. Jika tiket masih tidak dipaparkan, cuba segarkan (refresh) semula aplikasi.

 

8. Bagaimanakah saya tahu jika penebusan tiket wayang saya berjaya?
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi > Shop > Tekan “View More” di bahagian baucar
Langkah 2: Tekan “My Vouchers” di penjuru kanan atas, dan baucar yang telah ditebus akan dipaparkan di situ. Setiap tiket wayang yang ditebus akan mempunyai satu baucar.

 

9. Bagaimanakah cara menggunakan kod voucher tiket wayang saya?
Sebaik sahaja anda menerima kod baucar dalam aplikasi CelcomDigi, anda boleh menebusnya di laman web atau aplikasi mudah alih TGV pada halaman pembayaran (checkout). Harap maklum bahawa Terma dan Syarat TGV adalah terpakai untuk penggunaan kod baucar tersebut.

 

10. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan dan menebus kod voucher di TGV?
Langkah 1: Buka aplikasi CelcomDigi dan klik tab “Shop”
Langkah 2: Pergi ke bahagian “Voucher” dan klik “View More”
Langkah 3: Klik “My Voucher” di penjuru kanan atas untuk melihat dan menyalin kod
Langkah 4: Layari laman web atau aplikasi mudah alih TGV
Langkah 5: Pilih lokasi pawagam, tarikh, masa dan tempat duduk untuk Disney dan Pixar’s Toy Story 5 di IMAX
Langkah 6: Masukkan kod baucar di bahagian “checkout” pada laman web atau aplikasi mudah alih TGV. Anda boleh menggunakan beberapa kod baucar dalam satu transaksi yang sama
Langkah 7: Lengkapkan pembayaran anda dan nikmati tayangan filem!

 

11. Apakah jenis dewan dan tempat duduk yang boleh ditebus menggunakan kod voucher yang dimenangi?

  • Satu (1) kod e-Voucher sah untuk SATU (1) tiket wayang di mana-mana TGV Cinemas dengan IMAX di seluruh negara.
  • e-Voucher ini sah untuk format filem berikut: IMAX.
  • e-Voucher ini sah untuk tempat duduk berikut: Normal.

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article