Soalan Lazim: Showtime with CelcomDigi - Moana 2

Modified on Thu, 7 Nov at 2:38 PM

1. Apakah tujuan kempen ini?

Showtime with CelcomDigi menawarkan peluang kepada pelanggan yang layak untuk memenangi hadiah menarik, seperti tiket wayang percuma untuk menonton filem blockbuster terkini dan barangan eksklusif filem.

 

2. Apakah hadiah untuk kempen ini?

Pelanggan CelcomDigi yang layak boleh memenangi tiket wayang percuma!

 

3. Bilakah tempoh kempen?

Tempoh kempen ini sah dari 7 November – 30 November 2024.

 

4. Siapakah yang boleh menuntut tiket wayang percuma ini?
Penyertaan adalah berdasarkan first come, first serve dan layak untuk semua pelanggan CelcomDigi yang telah melanggan StreamMORE, SpeedStream (Disney+ Hotstar) , atau ONE Ultra.

 

Selain itu, pelanggan juga perlu menyertai kempen ini melalui tab Showtime dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

 

5. Adakah hadiah tiket wayang percuma ini mempunyai had bilangan tertentu? 

Ya, hanya sebanyak 250 pasang tiket (500 jumlah tiket) yang disediakan. Oleh itu, cepat tebus tiket percuma sebelum habis!

 

6. Bagaimanakah saya boleh ketahui jika saya telah menang?
Jika anda adalah salah seorang pemenang bertuah, kami akan menghantar notifikasi melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.


Jangan risau, jika anda tidak menang kali ini, nantikan lebih banyak hadiah menarik dengan filem blockbuster baharu dalam kempen Showtime with CelcomDigi yang akan datang!

 

7. Bagaimanakah saya akan menerima tiket wayang saya?
Jika anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang, anda akan menerima kod baucar melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang anda gunakan untuk mendaftar dalam kempen.


Untuk memastikan anda menerima kod baucar anda, kami mencadangkan anda untuk:

  • Aktifkan Notifikasi: Ini akan memberi peringatan kepada anda sebaik sahaja baucar anda telah tersedia.
  • Semak Rewards Anda: Pergi ke bahagian 'Rewards' dalam aplikasi anda untuk menyemak kod baucar.


8. Bagaimanakah cara untuk menggunakan kod baucar tiket wayang saya?
Setelah anda menerima kod baucar melalui notifikasi dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi, anda boleh menebus tiket wayang percuma di laman web atau aplikasi mudah alih GSC.

Nota: Terma dan syarat GSC adalah terpakai untuk penggunaaan kod baucar ini. 


Aplikasi Celcom Life

Langkah 1: Buka aplikasi Celcom Life

Langkah 2: Klik ‘Rewards’ di sudut kanan atas laman utamaLangkah 3: Pilih tab 'My Rewards' dan klik 'Use Now' pada baucar wayang GSC
Langkah 4: Terima terma dan syarat, kemudian klik 'Use Now'

Penting: Kod hanya boleh dilihat sekali sahaja. Sila tangkap layar halaman tersebut dengan segara sekiranya anda ingin menggunakan kod pada masa yang lain

Langkah 5: Lawati laman web atau aplikasi mudah alih GSC

Langkah 6: Pilih tarikh, masa, dan tempat duduk untuk judul filem yang dipilih 

Langkah 7: Masukkan kod baucar pada bahagian ‘checkout’ di laman web atau aplikasi GSC

Langkah 8: Tiket wayang anda telah berjaya ditebuskan, selamat menonton!


Aplikasi MyDigi

Langkah 1: Buka aplikasi MyDigi dan klik tab 'Shop'

Langkah 2: Klik kategori 'Rewards'

Langkah 3: Pilih tab 'MyRewards' dan klik 'View' pada baucar wayang GSC 

Langkah 4: Klik ‘View Voucher’ untuk menyemak dan menyalin kod tersebut.

Langkah 5: Lawati laman web atau aplikasi mudah alih GSC

Langkah 6: Pilih tarikh, masa, dan tempat duduk untuk judul filem yang dipilih 

Langkah 7: Masukkan kod baucar pada bahagian ‘checkout’ di laman web atau aplikasi GSC

Langkah 8: Tiket wayang anda telah berjaya ditebuskan, selamat menonton!

 

9. Apakah jenis dewan dan tempat duduk yang boleh saya tebus dengan kod baucar yang saya menangi?

  • Satu (1) kod e-Baucar hanya sah untuk SATU (1) tiket wayang di mana-mana Golden Screen Cinemas seluruh negara, KECUALI Aurum Theatres (KL & JB), Premiere Class, Gold Class, Twin Seats, Dolby Atmos, D-Box, 4DX, Maxx Hall, IMAX, Big Screen, Screen X, PlayPlus dan Onyx Hall.
  • E-baucar ini sah untuk format filem berikut: 2D.
  • E-baucar ini sah untuk kelas wayang berikut: Normal Class.
  • E-baucar ini sah untuk jenis tempat duduk berikut: Normal.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article