Mengapakah talian saya disekat?
Modified on Fri, 6 Sep at 4:26 PM
Talian anda disekat kerana anda mempunyai bil tertunggak atau telah melebihi had kredit anda.
1. Bil Tertunggak
Bil tertunggak ialah bil yang belum dibayar selepas tarikh akhir pembayaran.
Pengeluaran penyata bil bergantung pada tarikh talian pascabayar anda diaktifkan. Anda akan diberikan tarikh kitaran bil yang paling hampir dengan pengaktifan talian Pascabayar anda. Anda boleh menyemak tarikh akhir bil melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.
2. Melebihi Had Kredit
Semua pelan pascabayar disertakan dengan had kredit. Penggunaan dan pembelian yang dibuat melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi akan dicaj pada bil pascabayar dan dikira dalam had kredit anda. Sebaik sahaja penggunaan mencapai 100% daripada had kredit, talian akan disekat serta-merta, tanpa mengira kitaran bil anda.
Cara-cara untuk mengelakkan sekatan
1. Semak dan bayar bil anda sebelum tarikh akhir pembayaran
Celcom Life | MyDigi |
2. Sebelum talian disekat, anda akan menerima beberapa SMS peringatan daripada CelcomDigi untuk membayar bil. Jika bayaran belum dibuat pada masa itu, sila buat bayaran dengan segera untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan. Tangkap layar di bawah menunjukkan beberapa SMS peringatan yang akan anda terima:
Celcom | Digi |
3. Semak had kredit anda melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Pantau pembelian anda untuk mengelakkan had kredit dicapai tanpa disedari.
Celcom Life | MyDigi |
4. Sila ambil perhatian terhadap notifikasi tentang penggunaan had kredit anda. Anda akan menerima SMS apabila anda mencapai 70% dan 90% (Celcom) dan 80% (Digi) daripada had kredit anda. Untuk mengelakkan talian disekat, bayar bil anda sebaik sahaja anda menerima notifikasi ini. SMS lain akan dihantar setelah anda mencapai 100% had kredit anda. Berikut adalah beberapa notifikasi SMS yang akan anda terima.
Celcom | Digi |
Jika talian anda telah disekat, bayar bil anda melalui saluran ini. Talian anda akan dinyahsekat selepas pembayaran diterima.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article