Sekatan SMS yang mengandungi pautan URL, butiran peribadi, nombor telefon dan/atau lain-lain

Modified on Fri, 30 Aug at 11:14 AM

Pelanggan yang terhormat,

Sila maklum bahawa perkhidmatan mesej singkat (SMS) daripada nombor telefon bimbit tempatan / antarabangsa / kod penghantar yang mengandungi pautan URL, butiran peribadi, nombor telepon dan / atau lain-lain akan disekat.

Ini diikuti arahan yang dikeluarkan oleh Malaysia Communications and Multimedia (MCMC) untuk menyekat semua SMS yang mengandungi pautan URL, butiran peribadi, nombor telefon dan/atau lain-lain sebagai inisiatif untuk mengurangkan penipuan dalam talian. 


Klik di sini untuk membaca kenyataan media yang diterbitkan oleh The Malaysian Communications and Multimedia pada 14 Februari 2023. 


Bermula 1 September 2024, pengecualian kod pendek daripada MCMC akan ditarik balik.


Semua SMS yang mengandungi perkara-perkara disebutkan di atas akan disekat mulai 30 Ogos 2024.


Soalan Lazim


1. Mengapakah sekatan SMS ini diperlukan?
 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan semua syarikat telekomunikasi untuk menyekat penghantaran dan penerimaan SMS dengan pautan URL, butiran peribadi, nombor telefon dan/atau lain-lain untuk mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Direktif ini terpakai untuk P2P SMS dan Application-to-Person (A2P) / Enterprise SMS, termasuk tempatan dan antarabangsa dan akan berkuatkuasa pada 2 Julai 2023. 


2. Adakah sekatan SMS terpakai apabila saya berada di luar negara atau semasa mengguna servis perantauan?
Ya, sekatan SMS dengan pautan URL, butiran peribadi, nombor telefon dan/atau lain-lain akan berlaku walaupun anda berada di luar negara atau mengguna servis perantauan. 


3.  Adakah saya dikenakan bayaran jika SMS gagal dihantar kerana pelaksanaan sekatan SMS?
Tidak, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk sebarang SMS yang gagal dihantar. 


4. Bolehkah penerima tidak menerima SMS walaupun SMS telah dihantar dengan berjaya? Adakah saya akan dikenakan bayaran jika SMS berjaya dihantar?
Walaupun SMS telah dihantar dengan berjaya, penerima mungkin tidak mendapatkannya. Ini boleh berlaku jika pihak telekomunikasi penerima telah menyekat SMS kerana keperluan peraturan, yang berada di luar kawalan kami. Sila ambil perhatian bahawa SMS yang berjaya dihantar boleh dikenakan bayaran, walaupun SMS disekat oleh pihak telekomunikasi penerima. 


5. Bagaimanakah cara membuka sekatan SMS yang dihantar kepada saya?  

Pada masa ini, tiada opsyen yang tersedia untuk membuka sekatan SMS untuk mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.


6. Adakah saya masih boleh menghantar butiran peribadi, nombor telefon, dan pautan URL dengan keluarga dan rakan-rakan saya walaupun SMS disekat?
Ya, anda boleh berkongsi pautan URL, butiran peribadi nombor telefon dan lain-lain melalui panggilan telefon atau platform mesej lain. Walau bagaimanapun, sila berhati-hati dan elakkan mengklik pautan daripada penghantar yang tidak diketahui / mencurigakan, elakkan menjawab dan berkongsi maklumat peribadi anda, dan hanya log masuk ke eWallet atau akaun bank dalam talian anda menggunakan URL rasmi dan aplikasi mudah alih rasmi sahaja. Nasihat ini boleh dikongsi dengan orang yang anda sayangi. 


7. Bolehkah penyekatan SMS dengan URL, butiran peribadi, nombor telefon dan lain-lain menghapuskan semua aktiviti penipuan dalam talian?
Walaupun penyekatan SMS dengan butiran peribadi, URL, dan nombor telefon dan / atau lain-lain boleh mengurangkan aktiviti penipuan dalam talian, ia tidak menjamin penghapusan yang lengkap. Ada kemungkinan taktik untuk mengelakkan langkah-langkah penyekatan digunakan oleh penipu. Adalah penting untuk berhati-hati dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan, seperti mengelakkan mengklik pautan yang mencurigakan atau berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang tidak sah atau legitim. 


8. Di manakah saya boleh mendapat senarai kod pendek rasmi CelcomDigi?

Anda boleh mendapat kod pendek rasmi CelcomDigi di sini.


9. Bagaimanakah saya boleh log laporan pada kandungan SMS (dari penipu) yang tidak disekat? 

Jika anda menerima SMS yang mengandungi butiran peribadi, nombor telefon dan / atau pautan URL daripada penghantar yang tidak diketahui / mencurigakan yang tidak disekat walaupun dengan arahan peyekatan SMS, anda boleh menghubungi kami.


10. Bagaimanakah saya boleh menyemak dan memantau penggunaan perkhidmatan yang telah saya langgani? 

Anda boleh menyemak dan memantau penggunaan anda melalui aplikasi MyDigi / aplikasi Celcom Life secara terus dari peranti anda. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article