Kod Pendek Rasmi CelcomDigi

Modified on Tue, 3 Feb at 8:21 AM

Ini adalah notis penting untuk pelanggan CelcomDigi. 


Bermula 22 Januari 2026, selaras dengan ketetapan dan keperluan baharu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Piawaian Mandatori untuk Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih (MCS) serta Pelan Penomboran dan Pengalamatan Elektronik (NEAP), semua Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar oleh CelcomDigi akan memaparkan nombor asal sebagai kod penghantar. 


Berikut adalah kod pengirim rasmi yang kini digunakan oleh CelcomDigi. Anda boleh mengenal pasti mereka dan memberi respons kepada mesej-mesej yang dihantar oleh kod pengirim ini. Pastikan untuk mengikuti arahan yang diberikan dalam mesej-mesej tersebut, yang mungkin termasuk tawaran, rebat, dan tinjauan dari CelcomDigi.


CelcomDigi
CelcomDigi / 29000MYCD

Kemaskini untuk CelcomDigi  

  • Tawaran 
  • Pengumuman 
  • Maklumat
  • Tiket Giliran Kedai CelcomDigi
Celcom
Celcom / CELCOM / celcom / 29000MYCD 

Kemaskini untuk CelcomDigi  

  • Tawaran 
  • Pengumuman 
  • Maklumat
  • Pembayaran & Peringatan Bil Celcom
20000 / 78227MYCD 
SMS Pemberitahuan Pembayaran Perkhidmatan Celcom 
2888 / 28882/ 28282 / 22228MYCD
Tambah Nilai, Tawaran Langganan, Semak Baki, Promosi
22022 / 22044 / 22077Perkhidmatan Notify Me
22990Perkhidmatan Call Me Tone
28882 / 66677 / 78888
Pengesahan SMS MNP
68886
Mesej Khidmat Pelanggan
Digi
Digi / 20000 / 29000MYCD

Kemaskini untuk CelcomDigi  

  • Tawaran 
  • Pengumuman 
  • Maklumat
  • Permintaan Perkhidmatan TAC, OTP
200Pelan Perantauan

2901 / 2691

Maklumat & Peringatan Bil Digi, Tawaran Langganan

28879Tinjauan Rangkaian
27676 / 27676MYCD
Pengesahan SMS MNP
28282 / 22228MYCDPromosi, Tawaran Langganan
68886Mesej Khidmat Pelanggan


Soalan Lazim

 

1. Saya menerima SMS daripada ID penghantar “2XXXXMYCD” (contoh: 29000MYCD). Adakah ini satu penipuan (scam)? 

Tidak, ini adalah komunikasi rasmi daripada CelcomDigi. Anda boleh yakin bahawa mesej tersebut adalah rasmi sekiranya penghantar tersebut terdapat dalam senarai di atas. 

Penting: CelcomDigi tidak akan sesekali menghantar SMS yang mengandungi butiran peribadi, nombor telefon dan/atau pautan URL, atau meminta maklumat peribadi anda seperti OTP, butiran perbankan atau nombor kad pengenalan (IC). Jika anda menghadapi isu penipuan (scam), sila hubungi kami segera.

2. Mengapakah CelcomDigi menukar ID dan nama penghantarnya? 

Pertukaran ini dilakukan bagi mematuhi keperluan kawal selia baharu untuk memudahkan anda membezakan mesej jenama rasmi daripada sebarang percubaan “smishing” (pancingan data melalui SMS) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

3. Adakah terdapat sebarang perubahan pada kandungan mesej tersebut?

Tidak. Kandungan di dalam mesej SMS tersebut akan tetap sama/serupa. 

 

4. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penipuan (scam)? 

Lawati Semak Isu Scam Terkini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai sebarang penipuan yang berkaitan. 

 

Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article