Penipuan SMS (Smishing)
Modified on Thu, 25 Jul at 7:37 AM
SMS penipuan, juga dikenali sebagai mesej phishing atau 'smishing,' adalah satu penipuan yang membinbangkan. Penjenayah siber menghantar mesej ini, berpura-pura menjadi sumber yang dipercayai, dengan tujuan menipu orang untuk melakukan perkara yang boleh membahayakan mereka, seperti mengklik pautan berbahaya, memberikan maklumat peribadi, atau menyebarkan perisian berbahaya yang boleh menyebabkan kerugian kewangan.
Untuk melindungi diri dari SMS penipuan, adalah penting untuk mengetahui bagaimana cara untuk mengenal pasti ciri-ciri unik mereka.
- Penjenayah sering berpura-pura menjadi organisasi besar dan dipercayai seperti bank, agensi kerajaan, perkhidmatan kurier, penyedia perkhidmatan telekomunikasi, dan lain-lain.
- Penjenayah mencipta rasa kecemasan atau ketakutan dalam mesej mereka untuk menekan anda untuk mengambil tindakan segera, seperti mengaku akaun anda telah digodam, akaun anda perlu dikemas kini dan sebagainya.
- Tawaran yang terlalu baik dan tawaran terhad yang menarik juga merupakan taktik biasa yang digunakan oleh penipu untuk menarik individu ke dalam penipuan mereka.
- SMS penipuan mungkin mengandungi pautan ke laman web palsu atau nombor telefon untuk dipanggil untuk arahan lanjut. Mengklik pautan ini boleh membawa kepada laman web phishing atau pemasangan malware.
Perkara yang perlu diingat:
- Jangan kongsi maklumat peribadi atau kod OTP dengan sesiapa pun, walaupun mereka mengaku sebagai pegawai CelcomDigi atau wakil jualan.
- Jangan klik pada mana-mana pautan yang mencurigakan yang diberikan.
- Sila rujuk laman web rasmi untuk sahkan promosi.
- Hubungi bank atau agensi penguatkuasaan anda secara langsung menggunakan maklumat hubungan rasmi untuk mengesahkan kesahihan mesej.
- Sila jangan percaya tawaran yang terlalu baik, terutama dari orang asing.
- Sila laporkan mana-mana nombor yang mencurigakan kepada pengendali mudah alih anda.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article