Bagaimana untuk menguruskan pengebilan automatik saya?
Modified on Thu, 16 Jul at 1:13 PM
Pendaftaran
Anda boleh mendaftar untuk pengebilan automatik melalui aplikasi CelcomDigi atau dengan mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi di seluruh negara bersama kad pengenalan/pasport serta kad kredit/debit anda. Sila pastikan kad tersebut dikeluarkan oleh bank di Malaysia kerana hanya kad yang dikeluarkan di Malaysia layak untuk pendaftaran pengebilan automatik.
Dengan mendaftar, anda mengesahkan CelcomDigi untuk mendebitkan jumlah bil secara automatik daripada akaun kad kredit/debit anda. Kad kredit/debit anda akan dicaj pada hari ke-5 selepas bil bulanan anda dijanakan supaya anda boleh mengesahkan sebarang caj yang dikenakan sebelum dibilkan secara automatik.
Untuk mendaftar melalui aplikasi, ikuti langkah-langkah di bawah.
Langkah 1: Tambah kad kredit/ debit ke akaun anda. Baca disini untuk mengetahui cara menambahkan kad bank ke akaun aplikasi CelcomDigi.
Langkah 2: Mulakan pengebilan automatik. Berikut ialah langkah-langkah mengaktifkan pengebilan automatik melalui aplikasi CelcomDigi. 
Hentikan Pengebilan Automatik
- Sistem akaun Digi: Alihkan butang ke kiri dalam aplikasi CelcomDigi untuk mematikan pengebilan automatik.
- Sistem akaun Celcom: Pengebilan automatik tidak boleh dimatikan melalui aplikasi CelcomDigi. Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk bantuan lanjut.
Untuk menyemak sistem akaun anda, tekan ‘Nombor Saya’ di halaman utama aplikasi. Dot berwarna di sebelah nombor menunjukkan sistem akaun anda: biru untuk Celcom dan kuning untuk Digi.
Nota: Jika anda merupakan pelanggan pengebilan automatik dengan mana-mana kontrak peranti, anda tidak dibenarkan menghentikan pengebilan automatik. Sebaik sahaja tempoh kontrak telah tamat, anda boleh terus menamatkan pilihan pengebilan automatik.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article