Mengapa saya disenaraikan hitamkan walaupun saya telah membayar bil yang tertunggak?
Modified on Thu, 13 Feb at 11:26 AM
Anda mungkin disenarai hitamkan kerana anda tidak membayar semua bil selepas pemindahan keluar / port-out dari talian Celcom/ Digi anda. Semasa pemindahan keluar / port-out, anda perlu membayar dua jenis bil:
1. Bil tertunggak
- Caj sehingga waktu di mana anda meminta untuk pemindahan keluar / port-out dari Celcom/ Digi.
- Perlu diselesaikan:
- Celcom: Sebelum anda memulakan permintaan pemindahan keluar / port-out.
- Digi: Semasa proses pemindahan keluar / port-out, anda akan menerima notifikasi SMS. Untuk proses pemindahan keluar / port-out berjaya, anda perlu membuat pembayaran dalam masa 2 jam selepas menerima SMS.
2. Bil akhir
- Caj yang dikenakan antara bil tertunggak dan tarikh penamatan.
- Perlu diselesaikan pada akhir kitaran bil setelah menerima bil akhir.
Harap maklum bahawa setelah disenarai hitam, anda tidak dapat mendaftar untuk mana-mana pelan pascabayar dari CelcomDigi atau penyedia perkhidmatan lain di Malaysia sehingga anda menyelesaikan bil akhir. Untuk mengeluarkan nama anda dari rekod senarai hitam, bayar bil tertunggak melalui saluran pembayaran yang tersedia.
Jika anda ingin menyemak jumlah bil tertunggak/ akhir anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan. Celcom: +6019-6011111 Digi: +6016-2211800
Nota: Selepas pembayaran, nama anda akan dikeluarkan dari rekod dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas pembayaran.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article