Pembelian Aplikasi di App Store

Modified on Fri, 21 Feb at 9:52 AM

Bayar melalui Celcom/ Digi atau Pay via Celcom/Digi membolehkan anda membuat pembelian langganan digital seperti pembelian dalam aplikasi dari App Store, iTunes Store, melanggan Apple Music, membeli storan iCloud dan lain-lain pada mana-mana peranti Apple dengan membayar melalui bil bulanan atau baki prabayar Celcom/ Digi anda.


Nota: Caj tersebut akan disenaraikan dalam bahagian 'Perkhidmatan Mudah Alih' sebagai iTunes atau Apple Media dalam penyata bil anda.


Penetapan Pay via Celcom/ Digi

Mula dengan menetapkan Apple ID. Setelah anda mempunyai Apple ID, pergi ke tetapan telefon anda > Apple ID > Pembayaran & Penghantaran > Tambah Cara Pembayaran > Pilih Telefon Mudah Alih.

 

Sekiranya anda ingin caj pembelian anda ke nombor telefon mudah alih Celcom/ Digi yang lain menggunakan Apple ID yang sama, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Lawati http://apple.co/digi 

Langkah 2: Pilih telefon mudah alih dan kemudian masukkan nombor mudah alih lain

Langkah 3: Masukkan nombor telefon yang anda ingin caj kan pembelian anda

Langkah 4: Isikan maklumat akaun dan klik 'Seterusnya'. Kod pengesahan akan dihantar kepada anda

Langkah 5: Setelah kod disahkan, anda akan kembali ke skrin 'Akaun'

Langkah 6: Pilih 'Selesai' dan anda kini sudah bersedia untuk membuat pembelian.

 

Nota: Jika anda menukar nombor telefon mudah alih, anda perlu menetapkan semula Pay via Celcom/Digi.

 

Had Perbelanjaan

Tempoh bersama CelcomDigi
Pascabayar
Prabayar
Kurang dari 30 hari
RM50
RM1,000 hingga RM25,000
(berbeza mengikut pelan)
Lebih dari 30 hari
RM200 hingga RM1,000
(berbeza mengikut pelan dan had kredit akaun)


Membatalkan Langganan

  • iPhone, iPad, atau iPod touch

Langkah 1: Buka aplikasi 'Tetapan'

Langkah 2: Klik pada nama anda

Langkah 3: Klik 'Langganan'

Langkah 4: Klik 'Batal Langganan'. Anda mungkin perlu skrol ke bawah untuk mencari butang batalkan langganan. Jika tiada butang batalkan atau anda melihat mesej tamat tempoh dalam teks merah, langganan itu sudah dibatalkan.

 

  • Mac

Langkah 1: Buka App Store

Langkah 2: Klik nama anda. Jika anda tidak dapat mencari nama anda, klik 'Log Masuk'

Langkah 3: Klik 'Tetapan Akaun'

Langkah 4: Klik ke 'Langganan', kemudian klik 'Urus'

Langkah 5: Di sebelah 'Langganan', klik 'Edit'

Langkah 6: Klik 'Batal Langganan'. Jika tiada butang batal atau batal langganan, langganan itu sudah dibatalkan.

 

  • Windows PC

Langkah 1: Pada PC anda, buka iTunes. Jika anda tidak mempunyai iTunes, ketahui cara untuk memuat turun iTunes untuk Windows di sini.

Langkah 2: Dari bar menu di bahagian atas tetingkap iTunes, pilih 'Akaun', kemudian pilih 'Lihat Akaun Saya'

Langkah 3: Klik 'Lihat Akaun'

Langkah 4: Klik ke bahagian 'Tetapan'. Di sebelah 'Langganan', klik 'Urus'.

 

 

Pemulangan Wang

Jika anda telah dikenakan bayaran secara salah untuk pembelian, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk meminta pemulangan wang:

Langkah 1: Log masuk ke reportaproblem.apple.com

Langkah 2: Klik  'Saya ingin,' kemudian pilih 'Minta pemulangan wang'

Langkah 3: Pilih sebab mengapa anda ingin meminta pemulangan wang, kemudian pilih 'Seterusnya'

Langkah 4: Pilih aplikasi, langganan atau barang lain, kemudian pilih 'Hantar'. Jika anda dikenakan bayaran untuk langganan yang tidak lagi anda inginkan, anda juga boleh membatalkan langganan tersebut.

 

Untuk bantuan lanjut atau masalah, sila hubungi Apple Support.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article