Pembelian Aplikasi di Huawei AppGallery
Modified on Fri, 21 Feb at 10:56 AM
Bayar melalui Celcom/ Digi untuk Huawei AppGallery membolehkan anda membuat pembelian langganan digital, pembelian dalam aplikasi melalui AppGallery atau produk/ perkhidmatan seperti Huawei Cloud Space, Huawei Movies, Huawei Music atau Huawei Books dan banyak lagi pada mana-mana peranti Huawei dengan membayar melalui bil bulanan Celcom/ Digi atau baki prabayar anda.
Nota: Kebanyakan kandungan digital dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM), tetapi ada yang mungkin menunjukkan harga dalam Dolar AS (USD) terlebih dahulu dan kemudian ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) untuk pembayaran.
Menetapkan Pembayaran melalui Celcom/ Digi
Anda perlu mendaftar Huawei ID terlebih dahulu. Setelah anda mempunyai Huawei ID, pergi ke: 'Tetapan' > 'Huawei ID' > 'Pembayaran & Pembelian' > pilih 'Pembayaran Mudah Alih' > pilih 'Telefon Mudah Alih'.
Permintaan Invois
Anda boleh membuat permintaan dari lokasi berikut melalui telefon anda:
Langkah 1: Pergi ke 'Tetapan'
Langkah 2: Klik 'Akaun Anda' dan 'Pembayaran dan Pembelian'
Langkah 3: Pilih 'Sejarah Pembelian' dan klik pada pesanan yang anda telah buat
Langkah 4: Klik 'Request Invois' untuk meminta invois. Invois akan dikeluarkan dan dihantar ke alamat e-mel anda yang didaftarkan dalam akaun Huawei anda.
Untuk bantuan lanjut atau masalah, sila hubungi Pusat Sokongan Huawei.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article