Pembelian Aplikasi di Google Play

Modified on Fri, 21 Feb at 10:42 AM

Pembayaran melalui Celcom/ Digi untuk Google Play Store membolehkan anda membuat pembelian langganan digital pada mana-mana peranti Android dengan membayar melalui bil bulanan atau baki prabayar Celcom atau Digi anda.


Menetapkan Pembayaran melalui Celcom/ Digi

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk tetapan sekali:

Langkah 1: Dari aplikasi yang anda ingin beli, klik pada butang harga

Langkah 2: Terima syarat akses

Langkah 3: Klik 'Teruskan' untuk menetapkan kaedah pembayaran

Langkah 4: Pilih 'Aktifkan Bil Celcom/ Digi'

Langkah 5: Masukkan nama dan alamat anda - sebagai rujukan bil

Langkah 6: Pilih 'Beli' untuk meneruskan pembelian dengan pembayaran Celcom/ Digi

Langkah 7: Masukkan kata laluan Google anda dan pilih 'Sahkan'.



Pembelian Aplikasi 

Kebanyakan aplikasi boleh dimuat turun secara percuma. Walau bagaimanapun, sesetengah aplikasi memerlukan pembelian atas dasar freemium. Freemium bermaksud aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma tetapi mempunyai pembelian dalam aplikasi. Pembelian dalam aplikasi adalah kredit/ point yang perlu anda beli semasa menggunakan aplikasi, kebanyakan terpakai dalam permainan.


Selepas pembelian, anda akan menerima pemberitahuan emel ke ID emel Google anda, dan aplikasi yang dibeli akan muncul di bawah bahagian 'Aplikasi Saya' di Google Play Store. Sejarah terperinci transaksi anda di Google Play juga tersedia di laman Google Wallet anda.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembelian di Google Play, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Menggunakan aplikasi Play Store

Langkah 1: Pada peranti mudah alih anda, buka 'Play Store'

Langkah 2: Di bahagian kanan atas, klik pada ikon profil anda

Langkah 3: Klik 'Bayaran & langganan' > 'Bajet & Sejarah'

Langkah 4: Klik 'Sejarah pembelian'.

 

  • Menggunakan play.google.com

Langkah 1: Pergi ke Laman Web Google Play

Langkah 2: Pada bahagian kanan atas, pilih ikon profil anda

Langkah 3: Pilih 'Bayaran & langganan' > 'Bajet & Sejarah pesanan'

Langkah 4: Semak pesanan anda.

 

  • Menggunakan pay.google.com

Di komputer anda:

Langkah 1: Pergi ke Laman Web Google Pay

Langkah 2: Untuk melihat sejarah pesanan:

  • Pesanan individu: Klik 'Aktiviti'
  • Langganan: Klik 'Langganan dan perkhidmatan'

 

Di peranti mudah alih anda:

Langkah 1: Pergi ke Laman Web Google Pay

Langkah 2: Di bahagian kiri atas, tap 'Menu'

Langkah 3: Untuk melihat sejarah pesanan:

  • Pesanan individu: Klik 'Aktiviti'
  • Langganan: Klik 'Langganan dan perkhidmatan'


Nota: Jika anda bertukar kepada peranti Android baru, selagi anda menggunakan akaun Google yang sama, aplikasi yang telah anda beli/ dimuat turun akan dikesan dan anda boleh memuat turun semula tanpa membeli lagi.


 

Membatalkan Pembelian

Anda boleh membatalkan pembelian selagi ia masih dalam tempoh dasar pemulangan Google (2 jam). Dari Google Play Store, pilih aplikasi yang dibeli dan anda akan melihat pilihan untuk meminta bayaran balik.

 

 

Melaporkan Caj Tidak Dikenalpasti

Untuk kandungan digital (contohnya, filem, buku, dan lain-lain), aplikasi dan item dalam aplikasi dalam tempoh 65 hari selepas pembelian dan pengguna mempunyai akaun Google, sila isi borang ini. Jika tidak, sila hubungi Google Play. 

 

Untuk aplikasi dan item dalam aplikasi yang melebihi 65 hari selepas pembelian, sila hubungi pembangun aplikasi. Rujuk artikel ini untuk mengetahui cara menghubungi pembangun aplikasi Android.

 

Nota: Untuk mengelakkan pembelian yang tidak diingini atau tidak sengaja, sila rujuk di sini untuk mengetahui cara meningkatkan keselamatan akaun Google anda bagi pembelian Pay via Celcom/Digi di Google Play Store.


Untuk bantuan atau isu lanjut, sila hubungi Bantuan Google Play.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article