Viu Premium Percuma untuk 24-bulan dengan CelcomDigi 5G Home WiFi
Modified on Thu, 18 Dec at 10:01 AM
Umum:
1. Apakah yang ditawarkan?
Dapatkan Viu Premium percuma selama 24 bulan (bernilai RM525.60) apabila anda melanggan mana-mana pelan CelcomDigi 5G Home WiFi semasa tempoh kempen.
2. Bilakah tempoh kempen bagi tawaran ini?
ITempoh kempen bermula 18 Disember 2025 sehingga diberitahu kelak.
3. Siapakah yang layak untuk tawaran ini?
Tawaran ini untuk pelanggan baharu yang membeli pelan CelcomDigi 5G Home WiFi di kedai CelcomDigi selepas 18 Disember 2025
4. Apakah yang termasuk dalam tawaran ini?
Setiap pembelian pelan CelcomDigi 5G Home WiFi akan disertakan dengan langganan Viu Premium percuma selama 24 bulan (bernilai RM525.60).
5. Pelan CelcomDigi 5G Home WiFi manakah yang layak untuk tawaran ini?
Semua pelan baharu CelcomDigi 5G Home WiFi selepas 18 Disember 2025 layak untuk tawaran ini. Sila rujuk senarai pelan layak untuk maklumat lanjut.
6. Adakah terdapat tempoh kontrak bagi tawaran ini?
Ya, pelan CelcomDigi 5G Home WiFi mempunyai kontrak 24 bulan. Jika anda menamatkan pelan sebelum kontrak tamat, caj penamatan awal akan dikenakan.
7. Bagaimanakah cara untuk mendaftar untuk tawaran ini?
Anda boleh membeli pelan CelcomDigi 5G Home WiFi di mana-mana kedai CelcomDigi. Sila ambil perhatian bahawa pembelian atas talian tidak layak untuk tawaran ini.
8. Berapa lamakah tempoh sah bagi akses Viu Premium ini?
Akses Viu Premium anda sah selama 24 bulan dari tarikh pengaktifan.
| Akses Viu Premium Diberikan pada | Akses Viu Premium Access Sah hingga |
| 1 Jan 2026 14:00PM | 1 Feb 2026 13:59PM |
9. Bagaimanakah cara untuk menebus akses 12-bulan percuma Viu Premium saya?
Langganan Viu Premium anda akan diaktifkan secara automatik setelah anda berjaya mendaftar ke pelan CelcomDigi 5G Home WiFi. Untuk log masuk kali pertama, layari aplikasi Viu atau laman web Viu dan gunakan nombor CelcomDigi 5G Home WiFi.
| Akses | Langkah-langkah |
| Melalui aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pergi ke ‘Lifestyle’ Langkah 3: Pilih “My Subscriptions” Langkah 4: Dibawah “Active”, pilih Viu (Premium) Langkah 5: Dibawah ikon “Access Via”, klik ‘Viu’ untuk lancarkan aplikasi Viu atau laman web Viu Langkah 6: Log masuk melalui nombor 5G Home WiFi yang digunakan untuk membuat pembelian Atau Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pergi ke ‘Shop’ Langkah 3: Pergi ke ‘Lifestyle’ Langkah 4: Pilih ‘Entertainment’ dan klik di ‘My Subscriptions’ Langkah 5: Dibawah “Active”, pilih Viu (Premium) Langkah 6: Dibawah ikon “Access Via”, klik ‘Viu’ untuk lancarkan aplikasi Viu atau laman web Viu Langkah 7: Log masuk melalui nombor 5G Home WiFi yang digunakan untuk membuat pembelian |
| Melalui Pelayar Web | Langkah 1: Log masuk melalui https://www.viu.com/ott/my Langkah 2: Klik di “Daftar dengan nombor telefon” Langkah 3: Log masuk melalui nombor 5G Home WiFi yang digunakan untuk membuat pembelian Langkah 4: Tetapkan kata laluan pilihan anda dan selesai! |
| Melalui aplikasi Viu | Langkah 1: Muat turun aplikasi Viu dari Google Play Store atau Apple App Store Langkah 2: Klik di “Daftar dengan nombor telefon” Langkah 3: Log masuk melalui nombor 5G Home WiFi yang digunakan untuk membuat pembelian Langkah 4: Tetapkan kata laluan pilihan anda dan selesai! |
10. Apakah akan berlaku selepas Viu Premium percuma 24 bulan tamat?
Akses Viu Premium anda akan berhenti secara automatik. Jika anda ingin terus menonton, anda boleh langgan terus dengan Viu pada kadar bulanan semasa.
11. Bolehkah saya memindahkan akses Viu Premium saya kepada orang lain?
Tidak. Tawaran ini tidak boleh dipindah milik dan mesti ditebus menggunakan nombor Home WiFi yang didaftarkan dengan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi anda.
12. Apakah akan terjadi jika saya menamatkan talian CelcomDigi 5G Home WiFi saya?
Jika anda menamatkan talian sebelum kontrak 24 bulan tamat, caj penamatan awal akan dikenakan dan akses Viu Premium percuma anda akan dihentikan serta-merta.
13. Saya tidak boleh log masuk ke akaun Viu Premium saya? Apa yang patut saya buat?
Jika anda tidak boleh log masuk ke akaun Viu Premium, sila hubungi Viu di WhatsApp +6017-951 4048 untuk mendapatkan bantuan lanjut.
14. Bagaimana cara untuk tetapkan semula kata laluan Viu Premium saya untuk langganan ini?
Untuk menetapkan semula kata laluan Viu Premium anda, hubungi Viu di WhatsApp +6017-951 4048, pilih Pilihan 6M untuk CelcomDigi 5G Home WiFi Password Reset, dan sediakan bukti akaun 5G Home WiFi jika diminta.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article