Soalan Lazim: Fiber/5G Home WiFi dengan Pelan CelcomDigi One 2026

Modified on Thu, 18 Dec at 10:01 AM

1. Bolehkah saya mendapatkan kedua-dua 300Mbps Fiber dan 5G Home WiFi dengan router pada pelan CelcomDigi One Pro/Ultra 2026?

Tidak, anda hanya boleh memilih sama ada mendapatkan 500Mbps Fiber atau 5G Home WiFi dengan Router Premium.

 

2. Bagaimanakah saya boleh menikmati 500Mbps Fiber dengan Pelan CelcomDigi One 2026?

Jika anda memilih untuk mendapatkan 500Mbps Fiber, ia akan diberikan melalui kaedah rebat untuk pelan fiber selagi anda kekal dengan pelan CelcomDigi Postpaid One 2026 Pro/Ultra dan mengekalkan keaktifan pelan fiber anda.


Jika anda belum mempunyai pelan fiber dengan kami pada masa ini, staf kami akan membantu untuk memeriksa liputan fiber di kawasan anda. Jika terdapat liputan yang tersedia, staf kami akan mengaktifkan pelan CelcomDigi One 2026 Pro/Ultra dan mengemukakan permintaan pengaktifan fiber. Setelah fiber dipasang dan diaktifkan, anda akan segera menikmati 500Mbps fiber tanpa sebarang caj tambahan! Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mendaftar untuk pelan CelcomDigi fiber 500Mbps dengan kontrak 24 bulan.


Jika anda kini mempunyai pelan fiber dengan kami, staf kami akan membantu untuk menukar pelan postpaid anda ke CelcomDigi One 2026 Pro/Ultra dan menukar pelan fiber anda ke pelan fiber yang layak. Setelah penukaran pelan fiber anda berjaya, lengkapkan kitaran bil fiber semasa anda dan sila jelaskan sebarang bil tertunggak. Rebat anda akan dikenakan mulai bil kedua.


Untuk kedua-dua senario, sila ambil perhatian bahawa pelan CelcomDigi Fiber 100Mbps, CelcomDigi Fiber 300Mbps, dan pelan fiber bukan CelcomDigi tidak layak untuk fiber percuma.


Jika anda ingin mendaftar untuk pelan fiber dengan kelajuan yang lebih tinggi, anda perlu membayar tambahan RM40/bulan untuk 1Gbps, dan RM110/bulan untuk 2Gbps.


Untuk maklumat lanjut mengenai CelcomDigi fibre, klik di sini.

Nota Penting: Kontrak pelan fiber dan kontrak Pelan CelcomDigi Postpaid 5G adalah dua kontrak yang berasingan. Sebagai contoh, jika anda menukar pelan daripada Pelan CelcomDigi One 2026 kepada CelcomDigi Postpaid 160 sementara kontrak fiber anda masih aktif, anda akan kehilangan rebat fiber tetapi kontrak fiber anda akan kekal seperti biasa. Sebarang pelanggaran terma dan syarat kontrak akan menyebabkan caj penamatan awal dikenakan pada kontrak fiber anda.

 

3Bagaimana saya boleh menikmati 5G Home WiFi dengan Router pada Pelan CelcomDigi One 2026?

Jika anda memilih 5G Home WiFi dengan Router, ia akan diberikan melalui rebat pada pelan 5G Home WiFi yang layak selama 24 bulan selagi anda kekal dalam Pelan CelcomDigi One 2026 dan mengekalkan pelan 5G Home WiFi anda aktif. Selepas 24 bulan, rebat ini akan diperbaharui secara automatik selagi anda terus kekal dalam Pelan CelcomDigi One 2026.


Jika anda belum mempunyai pelan 5G Home WiFi dengan kami, staf kami akan mengaktifkan Pelan CelcomDigi One 2026 serta pelan 5G Home WiFi dengan router untuk anda. Anda boleh menikmati 5G Home WiFi tanpa kos tambahan dengan serta-merta! Harap maklum bahawa anda perlu mendaftar untuk pelan CelcomDigi 5G Home WiFi dengan router dengan kontrak selama 24 bulan.


Jika anda sudah mempunyai pelan 5G Home WiFi dengan Router dengan kami, staf kami akan membantu menukar pelan pascabayar anda kepada CelcomDigi One 2026. Setelah pelan anda ditukar, lengkapkan kitaran bil 5G Home WiFi semasa anda dan sila jelaskan sebarang bil tertunggak. Rebat anda akan dikenakan mulai bil kedua.

Nota Penting: Kontrak pelan 5G Home WiFi dan kontrak Pelan CelcomDigi One 2026 adalah dua kontrak yang berasingan. Contohnya, jika anda menukar pelan dari CelcomDigi ONE Lite Plan ke CelcomDigi Postpaid 5G 160 sementara kontrak 5G Home WiFi anda masih aktif, anda akan kehilangan rebat 5G Home WiFi tetapi kontrak 5G Home WiFi anda akan kekal. Sebarang pelanggaran terma dan syarat kontrak akan dikenakan bayaran penamatan awal pada kontrak 5G Home WiFi anda.


4. Saya kini menggunakan pelan 5G Home WiFi tanpa router, bagaimana saya boleh mendapatkan rebat 5G Home WiFi setelah saya mendaftar untuk Pelan CelcomDigi One 2026?

Anda perlu pergi ke stor terdekat. Staf kami akan membantu untuk menamatkan langganan pelan 5G Home WiFi tanpa router and mengaktifkan pelan 5G Home Wifi dengan Premium router. Sekiranya anda mempunyai kontrak yang aktif pada pelan 5G Home WiFi tanpa router, anda perlu membayar caj penamatan awal.

Pelan 5G Home Wifi dengan router anda akan diaktifkan dengan kontrak 24-bulan.


5. Saya kini menggunakan pelan 5G Home WiFi dengan router berasingan, bagaimana saya boleh mendapatkan rebat 5G Home WiFi setelah saya mendaftar untuk Pelan CelcomDigi One 2026?

Anda perlu pergi ke stor terdekat. Staf kami akan membantu menukar pelan 5G Home WiFi berasingan kepada pelan 5G Home WiFi Pelan CelcomDigi One 2026.
 

6. Pengaktifan fiber saya gagal tetapi saya menggunakan Pelan CelcomDigi One 2026 Pro/Ultra. Bolehkah saya menurunkan taraf pelan saya kerana saya tidak menikmati Fiber 500Mbps?

Ya, anda boleh menurunkan taraf pelan anda tanpa caj jika anda tidak mempunyai kontrak aktif pada pelan anda. Namun, jika anda telah mengambil kontrak peranti atau kontrak Freedom Add-Ons, caj penamatan awal akan disertakan jika anda menurunkan taraf pelan anda.

Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mendapatkan 5G Home WiFi dengan Router Premium yang disertakan dengan kuota 5G/4G tanpa had dan router percuma.


7. Saya tidak mendapat liputan 5G di rumah dengan 5G Home WiFi. Bolehkah saya memulangkan router dan menamatkan pelan tanpa penalti?

Tidak, anda tidak boleh. CelcomDigi 5G Home WiFi menyokong kedua-dua sambungan 4G dan 5G. Jika liputan 5G tidak tersedia, anda masih boleh menikmati sambungan berkelajuan tinggi melalui 4G LTE.


8. Saya telah memilih 5G Home WiFi dengan Router pada Pelan CelcomDigi One 2026 saya. Bolehkah saya bertukar kepada fiber 500mbps pada masa akan datang?

Ya, anda perlu pergi ke stor terdekat. Staf kami akan membantu untuk mendaftarkan permohonan fiber anda. Apabila fiber anda telah diaktifkan, kami akan menamatkan langganan 5G Home Wifi anda dan mengecualikan sebarang caj penalti yang ada. Anda mungkin perlu memulangkan router anda kepada kami sekiranya anda menukar langganan 5G Home Wifi anda kepada fiber.

Penukaran daripada fiber 500mbps kepada 5G Home Wifi tidak dibenarkan untuk pelan CelcomDigi One.

 

9. Anda perlu membayar sebarang bayaran pendahuluan jika memilih Pelan Premium 5G Home WiFi dengan Pelan CelcomDigi One 2026?

Tidak, bayaran pendahulan untuk 5G Home WiFi akan dikecualikan jika anda memilih Pelan Premium 5G Home WiFi dengan Pelan CelcomDigi One 2026.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article