Maklumat Umum Mengenai e-Invois LHDN
Modified on Tue, 1 Jul at 2:26 PM
Selaras dengan inisiatif e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, CelcomDigi akan mula melaksanakan e-Invois mulai 1 Julai 2025.
Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui mengenai e-Invois:
1. Apakah itu e-Invois?
e-Invois ialah penyelesaian digital yang membolehkan perniagaan menghantar data yang diperlukan secara elektronik kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan fokus kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai. Ia terpakai kepada semua individu yang menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia, termasuk perniagaan yang menawarkan barangan dan perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.
2. Bilakah saya akan mula menerima e-Invois daripada CelcomDigi?
Bagi pengguna CelcomDigi, anda boleh mula memohon e-Invois melalui portal e-Invois kami mulai 1 Julai 2025.
3. Adakah saya memerlukan e-Invois?
Anda mungkin memerlukan e-Invois atas dua sebab:
- Pelepasan cukai individu (Borang B/BE): LHDN belum mewajibkan penggunaan e-Invois untuk tuntutan dan pelepasan cukai. Sehingga perundangan dipinda, anda boleh terus membuat tuntutan cukai menggunakan bil sedia ada.
- Tuntutan syarikat: Setiap syarikat mungkin mempunyai polisi tersendiri yang memerlukan anda mengemukakan e-Invois sebagai dokumen sokongan.
Kerajaan masih belum melaksanakan keperluan untuk mempunyai e-Invois sebagai dokumen sokongan bagi tuntutan cukai. Semua pembayar cukai masih boleh membuat tuntutan pelepasan cukai atau pelepasan cukai individu menggunakan dokumentasi sedia ada (bil biasa, resit atau invois) sehingga perundangan dipinda.
Anda boleh mula memohon e-Invois melalui portal e-Invois kami mulai 1 Julai 2025.
5. Bagaimana cara untuk dafter ke portal e-Invois CelcomDigi?
Langkah 1: Layari https://einvoice.celcomdigi.com
Langkah 2: Anda perlu menyediakan maklumat berikut untuk pendaftaran:
- Nombor kad pengenalan
- Nama penuh (seperti dalam MyKad)
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN). Anda boleh mendapatkan TIN melalui Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/
- Nombor SST (hanya untuk perniagaan)
6. Di manakah boleh saya mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) saya?
Anda boleh mendapatkan TIN melalui Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/.
7. Mengapakah saya perlu memberikan TIN saya?
Memberikan TIN anda membantu memastikan e-Invois anda dapat dihantar dengan berjaya kepada LHDN dan dipadankan dengan profil cukai anda di Portal MyInvois. Maklumat ini hanya digunakan untuk pemprosesan e-Invois, selaras dengan keperluan LHDN.
8. Di manakah boleh saya mendapatkan nombor akaun pascabayar atau service number saya?
Anda boleh merujuk bil bulanan CelcomDigi anda.
9. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan e-Invois saya?
Mulai 1 Julai 2025, anda boleh mendapatkan e-Invois dengan mengikuti arahan berikut:
- Untuk pelanggan pascabayar atau fiber:
- Pastikan anda telah daftar di portal e-Invois kami di https://einvoice.celcomdigi.com dan melanggan e-Invois menggunakan nombor akaun atau service number CelcomDigi anda.
- Setelah melanggan, e-Invois anda untuk bulan semasa dan seterusnya akan dihantar ke e-mel berdaftar anda dalam tempoh 3 hari selepas bil diproses.
- Untuk pelanggan prabayar dan transaksi 'on-demand' (contohnya: pakej peranti, kad tambah nilai, internet dan lain-lain):
- Setelah pembelian dibuat, daftar di portal e-Invois kami di https://einvoice.celcomdigi.com. Jika anda sudah mempunyai akaun, log masuk ke portal.
- Di portal e-Invois, hantar permohonan e-Invois menggunakan nombor invois atau resit untuk pembelian atau transaksi anda.
- e-Invois anda akan dihantar ke emel berdaftar anda dalam tempoh 24 jam.
10. Apakah perbezaan antara e-Invois dan e-Bil atau bil kertas CelcomDigi?
e-Invois memerlukan pengesahan daripada LHDN melalui kod QR yang disertakan pada dokumen e-Invois yang dikongsi kepada pelanggan.
e-Bil atau bil kertas CelcomDigi ialah bil bulanan sedia ada yang anda terima untuk langganan pascabayar atau fiber. Bil tersebut memaparkan maklumat akaun CelcomDigi anda, butiran langganan atau perkhidmatan nilai tambah, tempoh caj, diskaun dan jumlah keseluruhan caj perkhidmatan anda.
11. Adakah e-Invois akan menggantikan bil bulanan CelcomDigi?
Pelaksanaan e-Invois tidak akan menjejaskan proses bil sedia ada. Anda akan terus menerima salinan bil bulanan seperti biasa dan membuat bayaran berdasarkan bil tersebut.
Sebagai tambahan kepada bil sedia ada, anda juga akan menerima dokumen e-Invois yang mengandungi kod QR daripada LHDN. Ini bermakna anda akan menerima dua dokumen: bil bulanan biasa dan e-Invois baharu.
Anda boleh mula memohon e-Invois melalui portal e-Invois kami mulai 1 Julai 2025.
12. Mengapakah jumlah dalam e-Invois saya berbeza dengan jumlah bil CelcomDigi pascabayar atau fiber saya?
Bil CelcomDigi anda menunjukkan jumlah sebenar yang perlu dibayar. Ia merangkumi: semua perkhidmatan CelcomDigi, cukai, caj lain (seperti kandungan pihak ketiga yang anda beli melalui kami), serta sebarang bayaran terdahulu yang berlebihan atau tertunggak. Jumlah akhir ini juga dibundarkan.
Manakala, e-Invois ialah dokumen untuk tujuan percukaian (LHDN). Ia hanya memaparkan caj bagi perkhidmatan terus daripada CelcomDigi. Ia tidak termasuk caj pihak ketiga (walaupun bayaran dibuat melalui CelcomDigi) atau baki tertunggak atau lebihan dari bil terdahulu. Jumlah ini juga tidak dibundarkan.
Kesimpulannya, bil CelcomDigi anda ialah bil lengkap anda untuk pembayaran, manakala e-Invois ialah versi ringkas hanya untuk tujuan cukai.
13. Sebagai pelanggan Pascabayar / Fiber, apakah transaksi / pembelian yang akan ada di dalam e-Invois bulanan saya setelah saya melanggan e-Invois di Portal e-Invois CelcomDigi?
Anda boleh merujuk jadual berikut:
Ketersediaan e-Invois CelcomDigi | Transaksi / Pembelian |
Termasuk dalam e-Invois CelcomDigi setelah melanggan sekali-sahaja ke portal e-Invois | Pendahuluan bagi pendaftaran baru |
Penggunaan bil bulanan | |
Pas Perantauan | |
Beli Add-On Pelan Internet (bulanan/pas sekali-sahaja) | |
Beli Add-On Pelan IDD | |
Pakej Servis Kandungan StreamMORE / SpeedSTREAM | |
Pembelian Peranti / Aksesori (bukan pakej / tanpa kontrak) daripada CelcomDigi | |
e-Invois perlu dimohon daripada Portal e-Invois kami | Pembelian Pelan Pakej Peranti / Aksesori daripada CelcomDigi |
e-Invoice tidak diberi oleh CelcomDigi | Pembelian kandungan daripada PlayStore /App Store/Huawei AppGallery/itunes/Spotify/Apple Music/Shazam/Melon/Amazon Music/Bandcamp/TIDAL/Deezer/SiriusXM/YouTube Music/Qobuz/SoundCloud – termasuk permainan/aplikasi/lagu |
14. Sebagai pelan Prabayar, apakah transaksi / pembelian yang saya boleh memohon e-Invois?
Anda boleh merujuk jadual berikut:
Ketersediaan e-Invois CelcomDigi | Transaksi / Pembelian |
e-Invois perlu dimohon daripada Portal e-Invois kami | Pek Prabayar baharu |
Baucar Tambah Nilai Prabayar | |
Pembelian Peranti / Aksesori (bukan pakej / tanpa kontrak) – daripada CelcomDigi | |
Pembelian Peranti / Aksesori (bukan pakej / tanpa kontrak) – daripada CelcomDigi | |
e-Invois tidak tersedia kerana transaksi/pembelian tersebut ditolak daripada baki kredit anda | Pas Perantauan |
Beli Add-On Pelan Internet (bulanan/pas sekali-sahaja) | |
Beli Add-On Pelan IDD | |
Pakej Servis Kandungan StreamMORE / SpeedSTREAM | |
Pembelian kandungan daripada PlayStore /App Store/Huawei AppGallery/itunes/Spotify/Apple Music/Shazam/Melon/Amazon Music/Bandcamp/TIDAL/Deezer/SiriusXM/YouTube Music/Qobuz/SoundCloud – termasuk permainan/aplikasi/lagu |
15. Saya telah hilangkan e-Invois CelcomDigi saya. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan salinannya?
Anda boleh:
- Semak e-mel anda. e-Invois dari CelcomDigi akan dihantar dari CelcomDigi_E-Invoice_DoNotReply@einvoice.celcomdigi.com.
- Jika anda masih mempunyai nombor resit atau penyata bil yang digunakan semasa permohonan e-Invois, anda boleh mendapatkan semula e-Invois itu di portal e-Invois kami.
- Sebagai alternatif, anda boleh mencari e-Invois anda di portal e-Invois MyGov: Portal MyInvois.
16. Mengapakah saya tidak boleh memohon e-Invois untuk pembelian on-demand atau bil bulanan saya dari bulan-bulan sebelumnya?
Mengikut garis panduan LHDN, pengguna hanya boleh memohon e-Invois , sehingga hari kalendar ke-3 pada bulan berikutnya.
Contohnya, jika anda menerima bil bulanan anda atau membuat pembelian atas permintaan pada 18 November 2025, anda hanya boleh memohon e-Invois hingga 3 Disember 2025 sahaja. Jika permohonan dibuat selepas tempoh ini, e-Invois tidak akan tersedia.
17. Bagaimanakah saya akan menerima e-Invois?
e-Invois akan dihantar ke alamat e-mel yang anda nyatakan dalam borang permohonan e-Invois CelcomDigi. Sebagai alternatif, anda juga boleh log masuk ke portal myInvois untuk mendapatkan dokumen e-Invois.
18. Mengapakah saya tidak boleh memohon e-Invois?
Ia mungkin disebabkan oleh:
- Anda masukkan nombor resit atau invois yang tidak sah. Sila cuba semula dengan nombor yang betul.
- Anda telah memohon e-Invois menggunakan nombor resit atau invois yang sama. Hanya satu permohonan e-Invois dibenarkan bagi setiap resit atau invois.
- e-Invois yang dimohon bukan dikeluarkan dari CelcomDigi. Sila rujuk pada platform atau kedai di mana anda membuat pembelian.
- Permohonan e-Invois telah melepasi tarikh akhir (3 haribulan setiap bulan). Contohnya, jika pembelian dibuat pada 18 November 2025, anda hanya boleh membuat permohonan e-Invois dari 19 November 2025 hingga 3 Disember 2025.
19. Saya secara tidak sengaja memasukkan maklumat yang salah apabila saya memohon e-Invois saya. Bolehkah saya membuat permohonan sekali lagi untuk menjana semula e-Invois dengan maklumat yang betul?
Tidak. Setelah e-Invois dijana, ia tidak boleh ditukar atau edit. Selain itu, hanya satu permohonan dibenarkan bagi setiap resit atau invois.
20. Berapa lamakah e-Invois akan tersedia di dalam portal e-Invois CelcomDigi?
e-Invois akan disimpan dalam portal e-Invois CelcomDigi untuk tempoh 18 bulan. Anda digalakkan untuk memuat turun dan menyimpan salinan untuk rekod anda.
Anda juga boleh mendapatkan e-Invois anda di portal e-Invois MyGov: Portal MyInvois.
Untuk maklumat lanjut mengenai Portal e-Invois CelcomDigi, sila rujuk di sini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article