Penipuan Jemputan Palsu

Modified on Thu, 25 Jul at 7:45 AM

Penipuan jemputan palsu sering memanfaatkan kepercayaan dan keinginan seseorang untuk interaksi sosial, terlihat seperti jemputan yang sebenar yang diterima melalui mesej atau emel. Jemputan ini boleh diterima dalam bentuk jemputan perkahwinan, jemputan persidangan, acara persendirian atau parti, acara rumah terbuka, atau peluang bertemu dan bersalaman dengan selebriti. Namun, di sebalik jemputan yang kelihatan seolah-olah benar ini adalah satu penipuan yang mengelirukan untuk menipu anda untuk memberikan maklumat peribadi atau wang.


Biasanya, penipu akan menyuruh anda untuk membuka fail yang dilampirkan untuk maklumat lanjut tentang jemputan. Jangan klik atau buka lampiran, kerana ia mengandungi fail APK yang berbahaya yang boleh memasang perisian berbahaya ke dalam peranti anda. Jika perisian bahaya ini dipasang, ia boleh mencuri maklumat anda, termasuk nombor TAC yang membenarkan mereka membuat transaksi perbankan tanpa kebenaran anda sendiri.


Dalam beberapa keadaan, scammer juga mungkin menyuruh anda untuk menghantar wang atau memberikan maklumat sensitif, berpura-pura bahawa ia perlu untuk mengesahkan kehadiran bagi sesuatu acara yang tidak wujud. Manipulasi ini menyalahgunakan keinginan anda untuk mengambil bahagian dalam perkumpulan sosial atau peluang, yang akhirnya membawa kepada kerugian kewangan atau pencurian identiti.


Cara Mengenalpasti Penipuan Jemputan Palsu

  • Jemputan dari penghantar yang tidak dikenali sering meminta anda untuk klik pada pautan yang tidak dikenali atau membuka lampiran untuk maklumat lanjut.
  • Berhati-hati dengan masa jemputan dan perhatikan sebarang kesilapan ejaan atau tatabahasa.
  • Beri perhatian jika jemputan menjanjikan ganjaran yang tidak masuk akal.


Contoh jemputan palsu:

A screenshot of a phone 
Description automatically generated
 

Perkara yang perlu diingati:

  • Sahkan jemputan dengan menghubungi penghantar secara langsung melalui saluran rasmi.
  • Cegah jangkitan perisian berbahaya dengan mengelakkan mengklik pada pautan yang mencurigakan atau lampiran dalam teks atau aplikasi mesej.
  • Pastikan perisian dan aplikasi telefon anda sentiasa dikemaskini dengan penyelenggaraan keselamatan terkini.
  • Pasang antivirus yang boleh dipercayai pada peranti mudah alih anda dan pastikan ia sentiasa dikemaskini.
  • Hanya muat turun dan pasang aplikasi dari sumber yang dipercayai seperti Google Play Store atau Apple App Store.
  • Bekalkan diri dengan pengetahuan mengenai penipuan umum dan kongsi maklumat tersebut untuk membantu melindungi orang yang anda sayangi dari penipuan.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article