Penipuan Pesanan Pukal

Modified on Fri, 3 Oct at 10:25 AM

Skim Penipuan Pesanan Pukal (Bulk Order) semakin menjadi ancaman, khususnya bagi perniagaan yang membekalkan barangan atau perkhidmatan. Dalam skim ini, penipu menyamar sebagai pembeli daripada organisasi yang bereputasi—seperti sekolah, universiti, atau syarikat pengurusan hartanah. Mereka menghubungi perniagaan dengan alasan untuk membuat pesanan besar yang mendesak, selalunya bagi barangan yang biasanya tidak dijual oleh perniagaan tersebut atau dalam kuantiti yang sukar dipenuhi dalam masa singkat. Taktik ini menimbulkan kekeliruan dan tekanan, sekali gus menyukarkan perniagaan untuk berfikir secara kritis atau mengesahkan kesahihan permintaan tersebut.

 

Bagaimana Scam Pesanan Pukal Berfungsi:

  • Pembeli Palsu, Pembekal Palsu: Penipu yang menyamar sebagai pembeli akan mencadangkan seorang “pembekal dipercayai” yang kononnya boleh membekalkan barang dengan segera. Hakikatnya, pembekal tersebut adalah sebahagian daripada sindiket penipuan.
  • Minta Bayaran Awal: Pembekal palsu mendakwa barang sudah tersedia, namun menuntut bayaran segera untuk memastikan penghantaran.
  • Bukti Pembayaran Palsu: Bagi meyakinkan mangsa, penipu mungkin menghantar tangkapan skrin (screenshot) bayaran palsu, seolah-olah deposit atau bayaran penuh telah dibuat kepada syarikat anda. Taktik ini membuatkan syarikat percaya pesanan itu sah dan akhirnya membuat bayaran awal kepada pembekal palsu.
  • Akhirnya: Selepas bayaran dibuat, barang tidak pernah dihantar. “Pembeli” dan “pembekal” akan terus menghilang.

 

Perkara yang Perlu Diingat:

  • Waspada dengan pesanan besar dan mendesak: lebih-lebih lagi daripada pelanggan baru. Penipu guna alasan “urgency” untuk paksa anda bertindak cepat.
  • Sahkan identiti pembeli: Hubungi organisasi tersebut melalui maklumat rasmi, bukan nombor atau email yang diberi oleh pembeli.
  • Periksa latar belakang pembekal: Pastikan ada alamat syarikat yang sah, laman web, dan ulasan dalam talian. Berhati-hati jika hanya berhubung melalui emel atau aplikasi mesej.
  • Jangan bayar awal kepada pembekal yang tidak dikenali: Buat bayaran hanya selepas barang dihantar atau guna kaedah bayaran selamat dengan perlindungan pembeli.
  • Didik pekerja anda: Pastikan pekerja kenal tanda-tanda scam dan sentiasa berbincang tentang taktik scam terbaru.
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article