Perubahan pada Akaun Dan Pembatalan Langganan Phone Care

Modified on Thu, 30 May at 9:54 AM

1. Apakah yang akan terjadi kepada langganan Phone Care saya sekiranya saya menukar pelan bulanan talian yang baru?

Langganan Phone Care anda akan mengikut pelan bulanan baharu kecuali untuk penukaran Prabayar ke Pascabayar (P2P). Anda tidak perlu membayar yuran pendahuluan untuk langganan Phone Care. 

 

2. Bolehkah saya memohon untuk menukar nama pendaftar talian? Apakah yang akan terjadi kepada langganan Phone Care saya? 

Anda boleh. Akan tetapi, langganan Phone Care anda akan dilumpuhkan dan sebagai pendaftar talian yang baru, anda boleh mendaftar semula Phone Care dengan peranti baru sahaja. Anda tidak boleh meminta pendaftaran semula menggunakan nombor IMEI sedia ada.

 

3. Bolehkah saya memohon untuk penukaran nombor talian? Apakah yang akan terjadi kepada langganan Phone Care saya?

Anda boleh. Langganan Phone Care anda akan tetap kekal aktif. 

 

4. Saya akan melancong selama 3 minggu dan saya akan menyekatkan talian saya sementara waktu. Apakah yang akan terjadi kepada langganan Phone Care saya?

Anda boleh memohon untuk sekatan sementara waktu tidak melebihi 60 hari. Langganan Phone Care anda akan bersambung mengikut tarikh anda mengaktifkan semula talian anda. 

 

5. Adakah Phone Care menerima peranti bawah langganan “Swap Only” sekiranya nombor IMEI tidak dapat dijumpai? 

Untuk situasi di mana peranti tidak dapat dihidupkan atau peranti telah hancur melebihi pengenalan, kami akan menerima berdasarkan pada pembuatan dan model yang sama dengan peranti yang asal didaftarkan. Setelah pengesahan permohonan, pertukaran akan dibuat untuk pelanggan yang didaftarkan sahaja dan peranti akan dihantar kepada mereka.

 

6. Saya pengguna Prabayar dan berminat untuk memperbaharui perkhidmatan Phone Care saya yang akan tamat tempoh dalam 2 minggu lagi. Bolehkah saya menggunakan peranti yang sama untuk mendaftar semula selepas tamat tempoh tetap?

Anda boleh meminta pembaharuan setelah tamat tempoh perkhidmatan Phone Care anda dengan menggunakan peranti yang sama.

 

7. Saya telah menjumpai semula peranti yang hilang, bolehkah saya meminta untuk membatalkan sekatan IMEI bagi peranti saya?

Jika anda menjumpai semula peranti anda dan memberitahu kami sebelum menerima penghantaran peranti pengganti, kami akan dapat membatalkan sekatan IMEI peranti anda dan membatalkan permintaan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jika anda telah menerima peranti pengganti, anda dikehendaki mengembalikan peranti yang dijumpai kepada pihak Celcom.

 

8. Bolehkah saya meminta untuk menamatkan perkhidmatan Phone Care saya?

Ya. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh mendaftar semula Phone Care dengan peranti yang sama setelah langganan ditamatkan.

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article